|
PETALING JAYA – Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang pengguna Facebook mendedahkan kegiatan seorang penulis yang didakwa menjalankan program yang melanggar syarak melibatkan golongan wanita. Menurut beberapa hantaran di Facebook tersebut, penulis wanita berkenaan serta suaminya menganjurkan program yang didakwa mempergunakan kelemahan peserta yang sedang kecewa, tidak bersemangat dan berada di titik terendah dalam hidup. Difahamkan, ramai peserta telah keluar daripada program berkenaan selepas menyedari pasangan itu melakukan perkara yang haram di sisi agama. Katanya, ada juga peserta yang telah membuat aduan kepada pejabat agama, namun tiada tindakan diambil sehingga kini. Menurut hantaran itu, penulis berkenaan dikatakan menganjurkan seminar kononnya bagi memulihkan kembali semangat para wanita yang kecewa.
Bagaimanapun katanya, didakwa berlaku beberapa perkara yang tidak senonoh seperti aksi lucah, menanggalkan pakaian di hadapan semua peserta dan tarian mengghairahkan. Lebih memeranjatkan lagi, program tersebut menawarkan beberapa pakej program kepada pesertanya hingga mencecah RM10,000. Perkara ini juga dikatakan sudah dikongsikan kepada pempengaruh terkenal seperti Cikgu Fadhli Salleh dan Caprice agar pihak berkuasa dan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada pengasas program tersebut. Sehingga kini, tinjauan Kosmo! di media sosial penulis berkenaan mendapati tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung dakwaan itu. Sumber : Kosmo |
kmbg replied at 12-7-2025 10:25 AM
Pengikut jijang semang gak la ni..merepek2 ritual depa ye .ada minuman coklat yg bole buat dorg high ...
Buritan replied at 12-7-2025 12:49 PM
Kalo aku ade kat situ kan bestt.. leh aku tgkp video mak mak opah org berbigel.. hahahs..pas tuu aku ...
L.U.S.M replied at 12-7-2025 12:57 PM
Jabatan agama Islam mmg xde function betul..jaga tengkuk masing2 je..resign letak jawatan jela oiii
L.U.S.M replied at 12-7-2025 12:57 PM
Jabatan agama Islam mmg xde function betul..jaga tengkuk masing2 je..resign letak jawatan jela oiii
pengecatbintang replied at 13-7-2025 02:36 AM
naper pompuan2 suka program2 mcm zumba dan lain2 program seumpamanya
tengok berat badan x turun pon ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.310653 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.