CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM siasat aset luar biasa keluarga Tun Daim Zainuddin di 11 negara dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion

12-7-2025 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2395| Komen: 19

 

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan membabitkan penyitaan serta pelucuthakan aset luar biasa berkaitan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, ahli keluarga dan rangkaian sekutunya.

Menurut SPRM, siasatan dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) itu memfokuskan kepada aset bernilai tinggi yang dikenal pasti hasil kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa antarabangsa, termasuk National Crime Agency (NCA) dan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) dari United Kingdom (UK).

”SPRM telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa bernilai tinggi di 11 buah negara iaitu UK, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara Afrika, dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Jelasnya, antara tindakan terbaharu ialah memperoleh Perintah Halangan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tujuh aset milik mereka di UK bernilai RM758 juta, pada 3 Jun lalu.

SPRM turut memaklumkan bahawa permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) kepada pihak UK sedang diproses menerusi Pejabat Peguam Negara.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah memfailkan permohonan perintah halangan terhadap empat akaun pelaburan bernilai RM1.15 bilion di Jersey dan 12 akaun bank bernilai RM540 juta di Singapura, yang akan didengar pada 23 dan 25 Jun ini.

“SPRM juga telah menyita Menara Ilham di Malaysia pada 5 Jun lalu dan memfailkan pelucuthakan aset tanpa pendakwaan di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 pada 25 Jun,” ujarnya.

Setakat ini, keterangan Na’imah dan anak beliau, Muhammed Amir Zainuddin telah diambil manakala anak kedua, Muhammed Amin Zainuddin akan dipanggil memberi keterangan selepas ini.

“Ketiga-tiga individu ini merupakan pemegang saham utama Ilham Baru Sdn Bhd, syarikat yang memiliki majoriti saham dalam Ilham Tower Sdn Bhd dan dikenal pasti sebagai pemilik manfaat (beneficial owner) kepada Menara Ilham,” jelasnya.

Selain itu, sebanyak 22 notis isytihar harta turut dikeluarkan kepada individu yang dikenal pasti sebagai saudara dan sekutu rapat Tun Daim dan Na’imah bagi tujuan pengesanan dan pengesahan pemilikan aset. 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 12-7-2025 12:57 PM
Aset Vincent tan xluar biasa ke weh
Quote Buritan 12-7-2025 02:20 PM
L.U.S.M: Aset Vincent tan xluar biasa k ...


Vincent tan dah jd mendiang nanti baru kita tau..

Aset samy vellu  elok elok jah.. pdhl ckp edulu ckp byk eeta jugak
Quote Buritan 12-7-2025 02:22 PM
Depa yg byk duit ni.. tak kira la duit judi kaa duit curi ka rasuah kaa.. bg aje laa kat aku.. aku nak bg mknan kucing
Quote hyie 12-7-2025 11:23 PM
standard lah heols pon ada bank sendiri kat luar negara sana..lainlah jual bengkung
Quote pengecatbintang 12-7-2025 11:56 PM
L.U.S.M replied at 12-7-2025 12:57 PM
Aset Vincent tan xluar biasa ke weh

mgkn sebab Ton Diam penah 2 kali jadik muntri kewangan

jadik muntri kewangan dilantik oleh Ton M

anak Ton M plak luar biasa punya kaya
Quote pengecatbintang 13-7-2025 12:01 AM
Edited by pengecatbintang at 13-7-2025 12:09 AM

andaikata mmg benar billion2 tu hasil sakauan semasa jadik muntri

adakah duit yg disakau tu milek DSAI, PH or DAP or milik rekyat Mesia?

dan jika duit n aset sakauan tu dapat dirampas oleh SPRM dan bagi semula kpd Kerajaan

adakah SPRM or gomen akan bagi duit tu kat DSAI or PH or DAP?

atau adakah duit rampasan tu bole buat spital baru kat Ganu atau buat lebuh raya tanpa tol

sapa yg untung?

DSAI, PH, DAP or rekyat Mesia?
Quote pengecatbintang 13-7-2025 12:11 AM
L.U.S.M replied at 12-7-2025 12:57 PM
Aset Vincent tan xluar biasa ke weh

luar biasa aset Vincent Tan

cuba check

mgkn Ton M penah 2 kali lantik Vincent Tan sebagai Muntri Kewangan





Quote kemaruk 13-7-2025 01:03 AM
Najib yabg katanya sakau sakau sakau bertrilion trilion takde pon harta banyak camni
Quote Purplehaz 13-7-2025 07:03 AM
Siasat je lah...lepas tu..lepasss.. hahaha
Quote asmurai 13-7-2025 01:01 PM
Edited by asmurai at 13-7-2025 01:03 PM

Ada laaa somewhere else aku duk baca acik bodo tak puas hati katanya apa pasal kerajaan duk sibuk kira harta dorang ni haha. Munafik katanya huhuhu. Aloo acikk, takkan laa balik balik harta kita yang miskin ni je yang nak kena kira dengan LHDN , kena isyhtihar harta bagai, yang kaya kaya billion tu takyah kena kira takyah isytihar.
Quote L.U.S.M 13-7-2025 05:06 PM
Buritan replied at 12-7-2025 02:20 PM
Vincent tan dah jd mendiang nanti baru kita tau..

Aset samy vellu  elok elok jah.. pdhl ckp edulu ...

Ahahahahhahahah ok...kena doakan dia mati cpt la cmni

Tp tgk fit satu maciam..lmbt lg la nk pergi nmpk gayanya...huhuhu
Quote sharlenetexas 14-7-2025 01:22 AM
L.U.S.M replied at 13-7-2025 05:06 PM
Ahahahahhahahah ok...kena doakan dia mati cpt la cmni

Tp tgk fit satu maciam..lmbt lg la nk pergi ...

Tapi naza dulu wife dia yang sakit tiba2 hasben yg pergi dulu.

Quote matbad 14-7-2025 12:34 PM
Cari duit utk duit mengundi tahun dpn..hihihi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.167043 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top