CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya dah cakap dalam mahkamah, nak lepaskan Zehra’ - Nur Mohd. Iqwan

14-7-2025 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1017| Komen: 3

 


Ingin semua diselesaikan, suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd. Iqwan Samsudin mengakui sudah lebih daripada bersedia menceraikan isterinya, namun perlu akur dengan prosedur ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Menurut Iqwan atau nama sebenarnya, Nur Muhd. Iqwan Samsudin, tiada keputusan dicapai dalam prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini dan kes kini dilanjutkan ke peringkat hakam islah.

“Saya dah nyatakan dalam mahkamah, saya nak lepaskan Zehra. Tapi sebab kes bawah Seksyen 47, kena ikut proses dulu.

“Saya ikut saja. Memang berat untuk saya, tapi saya reda,” katanya kepada Kosmo! Online ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, prosiding hari ini sepatutnya boleh ditamatkan melalui keputusan JKP, namun tiada persetujuan dicapai membuatkan kes diteruskan dengan lantikan Hakam Islah pada 13 Ogos hadapan.


“Hari ini sepatutnya keputusan JKP, tapi tak jadi. Kes masuk hakam islah pula.

“Saya tak mahu cakap lebih sebab anak tak sihat. Kalau nak tahu lebih, boleh tanya pihak Zehra,” ujarnya.

Untuk rekod, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu selepas mendakwa lebih tiga tahun berdepan masalah rumah tangga.

Mereka bernikah pada 10 November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 14-7-2025 03:00 PM
Smoga dipermudahkhuens
Quote Binodino 14-7-2025 03:20 PM
So zehra uturn takmau cerai pulak ke?

Bukan ke zehra yang beriya minta dilepaskan?
Quote makciktijah 14-7-2025 09:09 PM
kaki spin sekor ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.040401 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top