CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kawan dah terasa hati, saya minta maaf sebab memang tak dengki’ - Ajai

14-7-2025 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2478| Komen: 24

 


Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai mengakui terkesan melihat tangisan anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal yang menitiskan air mata dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

Disebabkan itu juga, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kumpulan itu.

“Sudah tentu saya terkesan melihat dia menangis sebab kita sudah kenal lama. Saya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana saya tiada hasad dengki ataupun ‘vibe’ negatif dalam percakapan saya sebelum itu.

“Mungkin ada yang terasa, disebabkan itu lebih baik saya minta maaf. Tiada masalah untuk saya minta maaf sebab tiada dendam,” katanya ketika ditemui di konsert minggu keempat Raise The Star Malaysia, di sini, semalam.

Tindakan Ajai yang juga merupakan anggota kumpulan Exists mendapat respons baik daripada netizen sehingga ramai menyifatkannya seorang anak seni yang profesional.


“Saya tak pernah anggap diri saya lebih hebat dengan memohon maaf. Apa yang saya fikir, mungkin kawan saya sudah terasa hati. Saya tak mahu disebabkan pendapat saya menjadikan hubungan kami sesama artis tidak ‘sedap’.

Ditanya adakah dia ada berhubung dengan AC selepas kejadian tersebut, kata Ajai tiada sebarang komunikasi yang berlaku.

“Kami tidak berhubung. Kalau isu ini tidak berlaku pun, kalau terjumpa kami macam biasa sahaja. Tak adalah berhubung setiap hari,” ujarnya.

Sebelum ini AC Mizal menerusi satu sidang media khas meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Ajai yang mendakwa konsert 4U2C tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran pemilik lagu.

Susulan itu, beliau menerusi peguamnya menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Kontroversi tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert We 4U2C Live In Concert, sedangkan mereka merupakan pemegang hak cipta lagu kumpulan terbabit.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 14-7-2025 03:05 PM
kenapa ajai tak dapat dato eh
Quote sukanyanyi 14-7-2025 03:15 PM
Inigo-Montoya replied at 14-7-2025 03:05 PM
kenapa ajai tak dapat dato eh

Oo tak terpikir plak. Maybe soon? Aamiin. Tgk heols ni dh byk humble sejak dihentam teruk sbb bg budak big stage markah 2 tu. So oklah, i like him sbb mostly jujur n insightful
Quote cmf_jeangrey 15-7-2025 04:14 AM
Big hearts bring us more peace than big weapons..

Ajai ni cool jugak ya..seiring dgn usia

Quote royaldanish 15-7-2025 08:04 AM
terbaik
Quote azimodin 15-7-2025 08:41 AM
Xde sebab ajai nak dengki. Walaupon ajai xde Bentley,xde wifu hidung kejung, xde stesen tv sendiri tapi ajai sentiasa on screen. Exist buat concert pon laku keras
Quote ainonymous 15-7-2025 08:45 AM
Over la AC menangis..bughukk wehh
Quote Hessa 15-7-2025 08:48 AM
azimodin replied at 15-7-2025 08:41 AM
Xde sebab ajai nak dengki. Walaupon ajai xde Bentley,xde wifu hidung kejung, xde stesen tv sendiri t ...

Betul..Exist Masih relevant dlm industri muzik.
Quote KamikuP 15-7-2025 04:57 PM
sENGKETA ANTAra 4u2c dgn Man Senoi, Ajai pulak yg kene mintak maaf.. apa punya turrrr...
Quote JahLupa 15-7-2025 05:01 PM
Biau kan je dia teriak sampai kesudah. Xde la konsert nye nnti kalau asek la teriak
Quote L@L@ 15-7-2025 11:59 PM
Suka dengan respon Ajai. Very de positip, matang. Lots of love Ajai, eh tibehhhh…
Quote awenda507 16-7-2025 12:02 AM
Bagus ajai tak panjang2 cite. DAC tu koyak dh kenape? Overrr~
Quote sudirmanistas 16-7-2025 11:49 AM
cmf_jeangrey replied at 15-7-2025 04:14 AM
Big hearts bring us more peace than big weapons..

Ajai ni cool jugak ya..seiring dgn usia

Mmg cool pun Ajai. Kes anak dia x ngam dgn Nurul tu pun, org mintak dia komen, dia just ckp biasa la hubungan anak dgn ibu bapa ada pasang surut, kadang2 dia marah dkt ajai, dia pegi dkt Nurul, kalau marah dkt Nurul, pegi dkt ajai. Pastu rasenye ajai ni apa2 cerita dia smua pasal kerjaya je la, xde sgt pasal peribadi dia.
Quote nadie90 16-7-2025 12:42 PM
sudirmanistas replied at 16-7-2025 03:49 AM
Mmg cool pun Ajai. Kes anak dia x ngam dgn Nurul tu pun, org mintak dia komen, dia just ckp biasa  ...

Itulah yg sebetulnya bila jadi artis. Lagi2 yg dah berpuluh tahun kerja dalam bidang hiburan. Tmbh skg dgn zmn media sosial LAGI SENANG nak jaja cerita dalam kain kat public.

Cuba bila kena 'batang hidung' sendiri, igt plak nak petik agama masing2, masa tu masing2 acah2 baik lol
Quote Misslalala167 16-7-2025 04:39 PM
Ajai very cool ya
Quote supernaturalee 20-7-2025 01:49 PM
what about nurul...eh tiberrr

Quote luc 20-7-2025 02:20 PM
Dah tua tua ni ajai makin mellow ya. Baguslah.
Quote chandrahusin 20-7-2025 03:15 PM
Aku tgh tgk ulangan Konsert Exist kat TV1 dr 1.30 td
Fuhh power Exist! Aku layan smpai dh nak habis dh ni
Ajai nmpak enjoy nyanyi sama2 tiap lagu
Ada Ezad, Mamat, Zoey & Black
Suara msg2 mmg mcm telan kaset org kata
Kecuali Mamat lah tak sihat katanya
Quote rayna_raynes 20-7-2025 11:57 PM
sukanyanyi replied at 14-7-2025 03:15 PM
Oo tak terpikir plak. Maybe soon? Aamiin. Tgk heols ni dh byk humble sejak dihentam teruk sbb bg b ...

Terbukti budak tu tak ke mana pun skrg
Boleh nyanyi tapi takde star factor

Quote epuepy 21-7-2025 12:08 AM
Thumbs up jai. Mintak maaf bkn bererti ko salah pn.
pernah tgok interview ajai dulu. Rupanya dulu dia yg bwk raihan smpi nasyid meletops zmn tu.And time duet dgn nurul pn.  

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2026 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034542 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top