CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajai mohon maaf, kami terima dengan hati terbuka – AC Mizal

14-7-2025 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1056| Komen: 8

 


Tidak menyimpan dendam, penyanyi Datuk AC Mizal mengakui kenyataan Ajai membabitkan isu lagu kumpulan 4U2C sudah diselesaikan secara baik selepas komposer dan penyanyi itu meminta maaf.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 53, berkata, tindakan menegur rakannya itu adalah bagi mengelakkan orang ramai tersalah tafsir terhadap isu hak cipta lagu yang mencetuskan perdebatan terhadap penganjuran konsert We 4U2C Live In Concert.

“Apabila Ajai mohon maaf, kami terima dengan hati terbuka serta menghargai usahanya. Lagipun dulu 4U2C dan Ajai di bawah satu syarikat.

“Saya sendiri baik dengan Ajai, manakala dua lagu daripada konsert ini nanti adalah daripadanya iaitu Kembalilah Fiona dan Dusta.

“Permohonan maaf itu juga bukan untuk saya, tapi kepada 4U2C bagi membolehkan orang luar faham isu sebenar hak cipta lagu yang diperkatakan,” katanya pada majlis doa selamat di Masjid Bukit Indah, Ampang, semalam.


Menurut ketua kumpulan 4U2C itu, majlis berkenaan diadakan bersempena penganjuran We 4U2C Live In Concert yang dijadualkan di Idea Live Arena Petaling Jaya pada 15 September depan.

Pada masa sama, AC Mizal mengakui masih belum berkesempatan bertemu Ajai berikutan kesibukan dengan persediaan konsert masing-masing.

“Hal yang saya suarakan bukan isu peribadi. Saya bercakap mewakili 4U2C dan sekadar nak memperbetulkan keadaan serta kenyataan. ‘No hard feelings’.

” Alhamdulillah, harapnya tiada lagi fitnah. Dari sudut lain, hal yang tercetus ini ada bagusnya untuk satu Malaysia tahu situasi sebenar industri seni,” katanya.

Sebelum ini AC Mizal meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Ajai yang mendakwa konsert 4U2C tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran pemilik lagu.

Susulan itu, beliau menerusi peguamnya menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Kontroversi tercetus apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert We 4U2C Live In Concert, sedangkan mereka merupakan pemegang hak cipta lagu kumpulan terbabit.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 14-7-2025 04:11 PM
Alhamdulillah oklah tu. Bila sorang api, sorang lg air, okla. Lega dgr
Quote makneng 14-7-2025 07:48 PM
Musim retis2 tua renta buat perangai ke noks??? Eee letih ketet melayan
Quote sharlenetexas 14-7-2025 08:04 PM
Semoga tak laku.


Quote I.K.A888990 14-7-2025 08:12 PM
bengkaknya muka seram aku tgk
mesti dia fefeeling above dari ajai kan
Quote Goodluckdontcry 14-7-2025 11:00 PM
Amboi konon semoga xkena fitnah lg..tp majlis doa.selamat ni pun ko hijack ckp sempena konsert lagho ko nt..sesuka ati claim..smp pihak masjid den baca kat Portal mana tah,.xingt..menafikan..yg sebtlnya majlis doa.selamat dan tahlil ...tp akhir minit srh pihak masjid ckp majlis utk.sempena konsert
...of course la pihak masjid xnk terima...sesuka ati majlis yg baik srh rai konsert lagho haprak ko...harktuih..
Muka ko mesti bini dia.ajak g jumpa doc yg sama...sikit lg, idung pun jd mcm idung arwah Michael Jacksen... kehkehkeh
Quote slyfynx 15-7-2025 12:06 AM
AC ni, lg ko bising, lg orang meluat.
Dah la x hensem
Diam2 je la
Quote KamikuP 15-7-2025 05:05 PM
Apa nak buat cuolls, kerana bini tinted, konsert diteruskan juahhh.. ekekek
Quote luc 15-7-2025 10:23 PM
Poyonya dia ni.

Tapi nak puji reputs yang tulis artikel ni di mana baginda menulis dengan betul iaitu no hard feelings karena selalunya reputs lain akan menukilkan no HEART feelings.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066031 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top