CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang maut, lima cedera dihempap rak barang 17 tingkat di sebuah kilang di Olak Lempit

15-7-2025 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1967| Komen: 3

 

 


KUALA LANGAT – Seorang pekerja maut manakala lima lagi terselamat selepas dihempap runtuhan rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat dalam kejadian sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Olak Lempit di sini, hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai Rahman berusia 33 tahun yang merupakan warga Bangladesh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.54 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 11 minit kemudian.

“Berdasarkan laporan komander operasi mendapati enam orang mangsa dihempap runtuhan rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat.

“Lima mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan,” katanya hari ini.


Beliau menambah, bomba yang melakukan operasi mencari kemudiannya menemui lelaki warga Bangladesh dibawah timbunan barangan kira-kira pukul 11.20 pagi.

Jelasnya, lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM). 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-7-2025 11:42 PM
Dakwa majikan cukup2. Macam tu ja ko pandang pekerja mentang2 dia bangla. Apa beza ko dengan acik forum sekor tu

Quote white_musk 18-7-2025 01:47 PM
Innalillah... semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041320 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top