CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Minuman Piya hanya campuran koko asli, madu dan rempah’ - Diyana Tahir

15-7-2025 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4997| Komen: 35

 


PETALING JAYA – Pengasas program eHati menjelaskan minuman Piya, yang sebelum ini tular kerana didakwa mampu mengubah emosi peserta hanyalah air campuran koko asli, madu dan rempah semulajadi yang yang dirumus untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh badan.

Pengasasnya, Diyana Tahir berkata, dakwaan mengenai air piya yang mengandungi bahan psikoaktif seperti ‘magic mushroom’ (kulat Psilocybin), iaitu sejenis kulat halusinogen yang sering ditemui di destinasi pelancongan seperti Bali adalah tidak benar.

“Tentang minuman Piya, kami ingin jelaskan bahawa ia hanyalah campuran koko asli (raw cocoa), madu dan rempah semula jadi yang dirumus untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh badan.

“Minuman ini langsung tidak mengandungi bahan terlarang atau ‘cendawan ajaib’ seperti yang didakwa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Diyana, pihaknya merupakan pengamal bertauliah dalam bidang hipnoterapi dan setiap program eHATI dibangunkan secara teliti bagi mematuhi piawaian etika profesional serta selari dengan nilai budaya dan agama masyarakat.


Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program tersebut yang didakwa songsang apabila diselitkan de­ngan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lalu.

Wanita itu mendakwa eHATI berselindung di sebalik program keluarga bahagia, seni cinta suami isteri dan motivasi kepada wanita terutama mereka yang mempunyai masalah dalam rumah tangga.

Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta.

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 15-7-2025 02:44 PM


dah start dah..
Quote missyL 15-7-2025 03:03 PM
Sometimes x dpt nk hadam people can be this stupid.
Carik tenang sndiri pn boleh xperlu bayar org ribu2
Quote dua_chzy 15-7-2025 03:23 PM
Semoga hado video leaked.
Quote IzzahF 15-7-2025 03:57 PM
kenapa gamba2 dia agak comey juga berbanding yg bideo...apsal bideo muka kertu amat2?
Quote bored_atticus 15-7-2025 04:04 PM
kalau macam tu tak ada apa-apa psychoactive drugs dalam tu..
memang berbugil-bugil tu dalam keadaan waras lah maksudnya kan
Quote sayawifenikmie 15-7-2025 04:08 PM
..... minah2 tu di hypnotised ke?
Quote ulamalu 15-7-2025 04:09 PM
Ambil masa few days utk dia issue statement counter balik.
Quote babelina 15-7-2025 04:20 PM
apapn sis yg didakwa berbogel.. sila jwb isu bogel bogelan tu.. urutan gspot bagai tu.. wartawan ptt tny soalan cepumas tu..
Quote KBW2 15-7-2025 04:30 PM
Minuman Piya tuh bukan femes ke kat Bali tuh? Memang campor magic mushroom kan sebab tuh lain macam korang naik syeikh, takkanlah minum air koko jadi lagu tuh. Hagak-hagaklah weyh.
Quote blakcswan 15-7-2025 04:53 PM
aku suka minum koko..x lak aku nk bogel dpn tv..gilos..nak bodo kan orang agak2 lah
Quote shida81 15-7-2025 05:08 PM
Dia la ni yg bogel2 tu ke..
Quote Kitty_catz 15-7-2025 05:17 PM
ye le teww.. meh sini i buatkan kajian

ujung2 kulat taik lembooo jugak korang pakai ekk

tp byk betul  bebenang ratu clitoris ni nohh padahal kat thread tu udah dari minggu lepas kecoh kann

udah baca dekat thread, masuk porem cari pun cerita acik2 gatai vijiks jughekkkkks
Quote swateng1 15-7-2025 05:25 PM
dua_chzy replied at 15-7-2025 03:23 PM
Semoga hado video leaked.

chu ols lalu ke nak tgk bodis dia tu. me ols tgk muka n body dia pun mcm nk muntahhhh jurrr. hhahahahahahha... mesti lemak goyang2 kt perut
Quote TomyamPuteh 15-7-2025 07:40 PM
Teringat lagu Hindi .Piya,Piya,oooo Piya,Piya(ulang 2x)
Quote saliv 15-7-2025 08:21 PM
Aik, aku bila consume koko ke, madu ke, rempah ke takde pulak jadi high sampai tanggal baju menari..
Quote Zack8hunter 15-7-2025 08:28 PM
mungkin minuman koko biasa jer....


Tapi....mungkin telah dikangkangkan
Quote kitaserupaaa 15-7-2025 10:16 PM
Guna rempah kas-kas ke? Rempah tu yg selalu digunakan utk nasi kandar kan? Mamak selalu guna kas2 dlm utk nasi kandar / nasi ganja
Quote Nenasketum 15-7-2025 10:23 PM
Rape drug tak letak ke? Hehehe
Quote pocongkiutss 16-7-2025 02:04 AM
ye la tuuu

tp cemana nk siasat eh..sah2 la kalau sample yg dia bg tu tak buh mushroom bagai..mesti semua da sorok kan

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.045770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top