|
Akibat keletihan melampau, penyanyi Aisha Retno pengsan di Jakarta, Indonesia selepas menjalani penggambaran video muzik (MV) terbaharunya di negara republik berkenaan. Perkara itu dimaklumkan ibunya, Jean Retno Aryani, yang memberitahu bahawa Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berada di negara jiran bagi menyiapkan single terbaharunya bersama komposer terkenal, Ade Govinda. “Semalam tengah menjalani penggambaran video muzik, dia rebah kerana kepenatan. “Aisha kan ‘hyper’ (aktif), jadi mungkin petang semalam dah penat sangat. “Dia ‘back to back’ di Jakarta dalam lima hari kena buat banyak benda selesaikan projek bersama Ade Govinda,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi hari ini. Pada masa sama, Jean memaklumkan pelantun lagu Sutera itu kini berada dalam keadaan stabil dan dalam perjalanan untuk pulang ke Malaysia pada hari ini.
“Alhamdulillah semuanya okey. Aisha dah dirawat semalam kira-kira dua jam. “Dia dah boleh kembali ke tempat penggambaran tapi pihak produksi tak izinkan dia bekerja,” ujarnya. Sebelum ini, Aisha menerusi InstaStory memaklumkan ditahan di wad Jakarta, Indonesia. Sumber : -KOSMO! ONLINE |
Carcosa replied at 15-7-2025 08:12 PM
Pengsan mengejut. Ada ke pengsan terancang?

Duta lover replied at 16-7-2025 08:30 AM
Ade govinda tolonglah stop buat lagu utk artis malaysia. Semua bunyi sepesen n x sedap
Carcosa replied at 16-7-2025 04:12 AM
Pengsan mengejut. Ada ke pengsan terancang?

lasagna replied at 16-7-2025 08:50 AM
ohh yer ke? iols tau lagu ernie, latest trdgr penyanyi bernombor..
ada lagi kaa? sori tak aware sg ...
prince_marhaen replied at 16-7-2025 12:29 PM
masing-masing nak berebut buat lagu banyak2 kat Indon, pastu merentan muzik Malaysia orang tak terim ...
Ctfantasi replied at 16-7-2025 10:27 PM
Louder chuols...lepas masing2 viral, semua penyanyi malaysia berebut lagu mas ade ni..meols ok jah ...
sukanyanyi replied at 16-7-2025 12:39 PM
Ade lg chuollls.. bellastilla pon dpt haa lagu adevinda ni.. dh kluor dh pon
lasagna replied at 17-7-2025 09:33 AM
ohhh kannn bella pun ada si adevinda buat.. kemainnn..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-6-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.092068 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.