CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bila Mika dapat peluang ini, saya bersyukur" Nabil Ahmad nafi guna ‘kabel’, tak larang anak teruskan minat sebagai pengacara

17-7-2025 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4541| Komen: 43

 


PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad tidak menganggap peluang anak sulungnya iaitu Nayla Mikayla dipilih sebagai 'support sister' dalam program The Chosen One musim ketiga kerana menggunakan pengaruhnya. 

Kata Nabil, 42, Mikayla atau lebih mesra disapa Mika tetal menjalani sesi uji bakat sebelum terpilih untuk menjadi teman sokongan buat semua peserta. 

“Saya bersyukur Mika dipilih, bukan senang nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki dalam industri.

 

“Kadang-kadang saya simpati juga melihat anak orang lain buat macam-macam untuk rebut peluang masuk ke dalam industri. Usaha yang mereka letakkan memang dahsyat.


“Jadi bila Mika dapat peluang ini, saya bersyukur. Tapi dia tetap kena pergi uji bakat, proses dia sama macam orang lain dan kena masuk kelas bersama Datuk Aznil Nawawi,” katanya kepada mStar. 

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekspres yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa. 

Dalam pada itu, Nabil mengakui dia berasa lega apabila melihat kemampuan Mika mampu melaksanakan tugasan diberi dengan baik. 

Menurut Nabil, Mika sebelum ini sudah menunjukkan minat untuk bergelar pengacara dan sebagai bapa dia sentiasa memberikan sokongan namun mahu anaknya itu belajar  bagaimana susah untuk mencari duit.

“Walaupun bayaran mungkin tak tinggi, tapi yang penting saya nak dia rasai sendiri pengalaman dan dapat gambaran macam mana susah payah saya mencari duit.

“Saya nak bila dia melangkah ke dunia pekerjaan kelak, dia dah ada pengalaman itu. Jadi banyak lagi cabang yang boleh dia terokai selepas ini,” ujarnya. 

Meskipun tidak pernah menghalang Mika menceburkan diri dalam bidang seni, namun pelawak berkenaan tetap mahu memastikan anak perempuannya itu memberikan fokus terhadap pelajaran. 

Kata Nabil, dia berhasrat untuk melihat Mika memiliki segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan yang baik. 

“Bagaimanapun pelajaran tetap nombor satu. Macam mana penat sekalipun bersiaran langsung pada Ahad, keesokan harinya tetap kena pergi sekolah macam biasa. 

“Saya tak mahu Mika abaikan pelajaran. Platform ini hanyalah sementara saja untuk bantu Mika supaya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan berani. 

“Saya tak ada pelajaran dan sijil, saya cuma ada kerja ini saja. Jadi saya tak nak dia jadi macam saya.

 
“Saya nak tengok Mika masuk universiti dan nak dia belajar jadi doktor ataupun jurutera.  Industri seni pula hanyalah platform untuk dia belajar mengenai kehidupan,” katanya.

Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.


Sumber: mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aint 17-7-2025 02:32 PM
Cantik ank sulung Nabil
Quote Cookeelaat 17-7-2025 02:50 PM
Wah dah besar Mika ni, last follow nabil ni dak ni kecik lagi rambut curly. Cepatnya masa berlalu ye
Quote pocongkiutss 17-7-2025 02:59 PM
Eh makin lawo lak pakai tudung ni
Quote shernazz 17-7-2025 03:06 PM
Senyum mcm mak dia
Mmg lawo le...
Quote awanysss 17-7-2025 03:08 PM
cantik dah.. kejap je membesar semua ni..
Quote sfrnna 17-7-2025 03:24 PM
Kejapnya besar anak dia nii. Tua dah meolsss
Quote dua_chzy 17-7-2025 03:31 PM
Uik, sejak bila anak dia besar camtu dah?
Quote kakakko 17-7-2025 03:42 PM
Cantik Mikaa.. Tinggi pun ye jugak.. Moga berjaya ya Mika..
Quote Lampuled 17-7-2025 03:45 PM
Lawa anaknye.. helok jdnye kacukan Nabil & Nazira.
Quote babelina 17-7-2025 03:49 PM
cantikkk ank dia.. moga sukses ye dik..
Quote dewi_rina 17-7-2025 03:55 PM
Cantik jugak ek muka nabil versi pempuan
Quote SANKURIANG 17-7-2025 04:10 PM
Jaga2 la Nabil…semua anak kau pompuan…ingat!!!!! Dulu2 abis semua aweks kau kepit…mujur jadi baik kau Bil. Harap jaga anak2 tu ye…
Quote JahLupa 17-7-2025 04:10 PM
Beso dah budak ni
Quote pembacagosip 17-7-2025 04:21 PM
ye la x pakai kabel
tetap bau ikan masin yeee bila ada org industri belakang ko
Quote pauliza 17-7-2025 04:26 PM
Gambar yg baju pink tu mcm iras Irma Hasmie pulak
Quote Hoola 17-7-2025 08:08 PM
la ni generasi ank2 retis plak tgh up
sedar2 bil pun dh tua 40an
Quote hashashes 17-7-2025 08:10 PM
Cantik anak heols
Ala ujibakat just formality je
Quote dani-rox 17-7-2025 08:20 PM
Okay saya percaya

Quote noor2 17-7-2025 08:29 PM
Tua teruk acik2 forum termasuk aku..anak artis semua dah besar2 dari sebelum mereka kawin dah bertenggek kat forum

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.305870 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top