CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Russia, Jepun, Hawaii tarik balik amaran tsunami

30-7-2025 10:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1340| Komen: 8

 


MOSCOW – Pihak berkuasa Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Russia mengumumkan bahawa amaran tsunami telah ditarik balik, lebih 11 jam selepas gempa bumi berukuran 8.8 magnitud berhampiran pantai rantau itu menyebabkan pemindahan besar-besaran.

“Penduduk dan pengunjung yang dihormati di wilayah Kamchatka, rakan sekerja kami dari Kementerian Situasi Kecemasan Negeri telah menarik balik amaran tsunami,” kata Menteri Kecemasan wilayah itu, Sergei Lebedev di media sosial.

Di Jepun, agensi cuaca negara itu pada petang ini menurunkan amaran tsunami yang dikeluarkan untuk sebahagian kawasan, namun mengekalkan amaran untuk kawasan utaranya.

“Amaran untuk wilayah Ibaraki di timur Jepun sehingga ke wilayah selatan Wakayama kini telah diturunkan kepada ‘nasihat,” kata agensi cuaca Jepun di laman webnya.

Di Amerika Syarikat, Hawaii County menarik balik perintah pemindahan dan menurunkan tahap amaran tsunami kepada ‘nasihat’, kata pihak berkuasa.


“Pemindahan ditarik balik. Hawaii membatalkan perintah pemindahan untuk zon banjir pantai,” kata Agensi Pertahanan Awam Hawaii County di platform X. – AFP 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 31-7-2025 07:59 AM
ok la
Quote kotakbaju 31-7-2025 08:07 AM
Iols tertunggu juga kot jadi betul tsunami ke apa. So rupanya takde. Alhamdulillah. Risau iols.
Quote kemaruk 31-7-2025 10:32 AM
Cancel ke   
Quote supernaturalee 31-7-2025 12:11 PM

postpone


Quote supernaturalee 31-7-2025 12:13 PM
kotakbaju replied at 31-7-2025 08:07 AM
Iols tertunggu juga kot jadi betul tsunami ke apa. So rupanya takde. Alhamdulillah. Risau iols.

kt rusia tu jadi, air naikyg ade beberapa building dekat laut tu hanyut
tp tak ganas menderu macam tsunami 2004 tu




Quote kotakbaju 31-7-2025 01:31 PM
supernaturalee replied at 31-7-2025 12:13 PM
kt rusia tu jadi, air naikyg ade beberapa building dekat laut tu hanyut
tp tak ganas menderu maca ...

Allah kesiannya. Harap takde kemalangan jiwa ke apa.
Quote pooh~key 31-7-2025 02:52 PM
Ala musnah harapan akak nak tengok ramai mati sissy.
Quote tungkai 31-7-2025 03:03 PM
Ramai dok observe 2nd waves yg more destructive katanya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.246758 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top