CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar lelaki 14 tahun berang ditegur kerana ponteng kelas tumbuk guru, mengaku salah

30-7-2025 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3642| Komen: 27

 


KAJANG – Seorang pelajar lelaki yang tular menumbuk guru lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Tertuduh juvana yang berusia 14 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 11 September ini bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam pada itu, semasa prosiding, pendakwaan terhadap remaja tersebut dibuat secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas guru lelakinya berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah di sini pukul 4.48 petang pada 28 Julai lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd. Zulbahrin manakala tertuduh diwakili peguam S.Priyalatha.

Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Semalam Kosmo! melaporkan berang ditegur kerana ponteng kelas punca seorang pelajar lelaki bertindak menumbuk muka seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada guru lelaki berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 7.15 malam.

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca selepas pelajar tersebut didapati ponteng kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya berada di padang ketika itu.

Kata kenyataan itu, pelajar terbabit telah ditegur oleh pengadu menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

Naazron berkata, suspek kemudian bergelut dengan pengadu sehingga mula mengugut dan menumbuk muka mangsa yang disaksikan oleh beberapa guru dan pelajar lain.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan pergelutan antara seorang pelajar dengan seorang guru lelaki sebelum remaja terbabit dilihat menumbuk muka individu tersebut. 

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 30-7-2025 11:25 PM
Aku x suka bdk kurang ajar juga.tp kenapa xbwa ke bilik disiplin.napa cikgunya gadoo kt situ.napa merakam bagai.
Quote hart_attack 30-7-2025 11:42 PM
Cikgu dik senyum² budak tu pun senyum² mcm acah² je. Yg dok merakam ni pun satu ckp la kt dorg tu x pyah nk bgaduh dkt public. Sibuk dok suh panggil cikgu lain
Quote AceHand 31-7-2025 12:31 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Pelajar tu macang bukang baka Malaysia jer...?


Jizzz... Klong! Klong!

Quote Orenn1 31-7-2025 12:57 AM
Edited by Orenn1 at 31-7-2025 12:58 AM

Cikgu pun kurang ajar tak tahu cara nak handle budak, dah tu ada seko cikgu pompuan duk provoked dgn mulut jahat dia. Perlu ke tarik baju budak mcm tu, lps tu duk cabar dia suruh pukul. Aku prefer salahkan cara dewasa dulu, ko provoked budak remja darah tgh havoc  gitew n expected dia buat benda betul? Apa jadah org2 dewasa ni. Budak jahat sekalipun klu cakap cara baik hornat dorg selalunya dorg akan hormat kita balik.
Quote zuuu 31-7-2025 01:07 AM
mmula dengar berita ni kt tv tadi terkejut gak tapi bila tengok video kat atas tu hurmmm...
Quote AceHand 31-7-2025 01:07 AM
Orenn1 replied at 31-7-2025 12:57 AM
Cikgu pun kurang ajar tak tahu cara nak handle budak, dah tu ada seko cikgu pompuan duk provoked dgn ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Macang cara aku layan ko worang yang jejahat kat sini ke...? Hah! Hah! Hah! Eh...! Aku tak kata ko haaa... Dilarang burok sangka...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote PinkyPie 31-7-2025 07:33 AM
Kajang mmg banyak samseng. Habis sekolah ni confirm join kongsi.
Quote prince_marhaen 31-7-2025 07:37 AM
budak rohingya ke...sebab tak macam indian.. cakap pun lain bunyik dia.. btw, meols memang menyampah budak kurang ajar ni, tapi benda boleh settle dalam bilik guru ke tempat tertutup ke tanpa rakam & viral... banyak benda nak hadap nanti sebab musibat tu under age. kalau rohingya silap2 geng hak asasi pukimak tu turun sekali nanti..
Quote nisako 31-7-2025 07:57 AM
padan le muka
Quote Kitty_catz 31-7-2025 08:36 AM
sekolah henry gurney ada space lagi

boleh la apply situ
Quote Kancilkering 31-7-2025 09:34 AM
kajang tu merangkap kelang samseng banyak
merompak banyak
penjara kajang tu kena besarkan lagi ….patut nya
Quote KamikuP 31-7-2025 09:44 AM
mEOLLS sapot cikgu tu.. persetankan ckp2 acik puaka dan netizen sempudal yaach..
Anyhoo, budak tu mcm Rohingya.. tak mcm Melayu atau kelly.ng.. ekekeke
Quote batmana 31-7-2025 10:44 AM
Bukan Rohingya la.. Rohingya pengecut.lari tk MCM Palestin
Quote batmana 31-7-2025 10:47 AM
Cikgu tu saiz besar..kalu sama saiz aku support je cikgu tu

Sekolah aku 30 tahun lalu pun ada je kes tumbuk cikgu laki dgn pelajar tingkatan 5..dh mulut cikgu tu hausang..dia tumbuk cikgu depan2..cikgu pn xdela lembik nk report polis bagai sbb tau apa jadi nnti kt budak tu.
Tapi xviral sbb xde smartphone bagai
Quote PinkyPie 31-7-2025 11:18 AM
Kancilkering replied at 31-7-2025 09:34 AM
kajang tu merangkap kelang samseng banyak
merompak banyak
penjara kajang tu kena besarkan lagi …. ...

Betul kongsi gelap recruit awal, sebab tu dorang berani. Dulu pun ada kes kat Sg long budak sekolah gaduh dengan geng lagi satu. Gila betul. Ayahanda2 melayu siap feeling buat filem Kajang Gangster. Kalau ada masa lapang nak cari bahan lawakk boleh la tengok
Quote Radzor 31-7-2025 11:25 AM
maybe dah gaduh sebelum record lagi, sebab tu cikgu pegang and cakap macam tu. tak sempat nak bawak gaduh kat bilik disiplin sebab unplanned.  maybe lah..
Quote PULANGKAN 31-7-2025 11:42 AM
batmana replied at 31-7-2025 10:47 AM
Cikgu tu saiz besar..kalu sama saiz aku support je cikgu tu

Sekolah aku 30 tahun lalu pun ada je ke ...

sama weh. iols dulu gigih berlari sampai ke tangga hujung blok, semata-mata nampak cikgu heret senior ke tingkat atas, aras kelas kosong. mula2 dengar jerit-jerit, which was, biasa kan kat sekolah, budak sembang bising. sekali toleh, senior tengah tengking cikgu. cikgu lawan balik, budak tu nak tumbuk, cikgu pegang baju, bawak ke tempat budak lain tak nampak

budak2 kalau gaduh, ganas. koyak, berdarah lebam tu semua biasa. tapi dengan cikgu dia slow down kut, dia tumbuk sekali je. tapi hangin la cikgu, kena tumbuk. dia lempang senior kitorang tu sampai jatuh. bangun je kena lempang lagi. dan lagi, dan lagi
muka iols waktu tengok dari jauh


dah settle kena lempang, senior tu diam tak melawan, dia jeling je cikgu. pastu cikgu tarik ke pejabat pengetua. tapi takde pulak kes polis ke, kena buang sekolah ke. elok je sampai habis spm kat situ. cikgu tu pun mengajar lama, takde tindakan tatatertib ke ape

yang iols ingat. cikgu tu namakan rotan saiz balak dia tornado. kenapa?
bila sebat budak, diorang berpusing  
Quote Orenn1 31-7-2025 01:56 PM
AceHand replied at 31-7-2025 01:07 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Macang cara aku layan ko worang yang jejahat kat sini ke...? Hah! Hah! Hah! ...

Ko lagi dasat, forumer sesuci mcm aku pun ko zass kreditt dekat seratuss sekalii zass, klu aku boleh tumbuk, aku tumbuk ko ace
Quote Orenn1 31-7-2025 02:19 PM
Bagi aku muka budak tu rohingya ke, india ke melayu ke cina ke, itu semua bukan persolan. Masalahnya cikgu2 provoked tunjuk superior. Mcm tu ke cara deal dgn budak remaja.   Budak2 remaja dah le satu zmn yg byk perkara berlaku dlm hidup dorg, transition antara zmn kanak2 kpd seorg dewasa. Zmn remaja ni penuh dgn mcm2 perkara yg dorg kena lalui, fizikal changes, suara pecah lah tumbuh jambang tumbuh misai semua, ingat dorg takde mood swing ke time ni, time ni berlaku perubahan hormon dlm diri dorg. Time ni otak dorg start blh pikir benda2 complex itu ini mcm2 tapi masih figure out things, byk yg dorg start lalui n banyak yg kena belajar. Apalah salahnya kita ni yg dewasa ada sedikit perikemanusiaan untuk lead n pimpin budak2 remaja ni ke jalan yg baik dgn penuh empathy. Klu sendiri oun baran tak perlu nak salahkan budak, budak tu kena provoked, ko tuang minyak kat situ, tak expect dia bagi reaction lebih kurang mcm tu ke. Ramai org dewasa jahat di sekeliling budak2 yg baru nak hidup. Ye dorg mungkin buat salah, terbabas itu ini sbb masih belajar dgn perkara2 yg dorg lalui, tp didiklah dgn cara elok, dgn ikhlas, dgn empathy bukan tunjuk baran lps tu repirt budak tu. Ntahlah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.103336 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top