|
KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,127 projek perumahan terbengkalai sejak 2022 berjaya diselesaikan membabitkan seramai 135,211 pembeli rumah dengan nilai pembangunan keseluruhan berjumlah RM106.4 bilion. Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencapaian itu adalah hasil tindakan segera kementeriannya yang menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyelamatkan projek perumahan swasta yang tertangguh sejurus kerajaan dibentuk. “Antara projek tertua yang berjaya kita selesaikan ialah Rumah Ladang Estet di Selangor yang terbengkalai sejak 27 tahun lalu. “Sepanjang ia terbengkalai, lima kali pilihan raya telah diadakan dan lima Rancangan Malaysia telah diperkenalkan dan akhirnya kini siap dengan dana RM75 juta,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Tapak Projek Residensi Hektar Gombak hari ini.
Kor Ming berkata, dua lagi projek besar yang berjaya diselesaikan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Putera Kiamsam di Kota Kinabalu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia Ke-8 serta Projek Perumahan Bestari Jaya yang terbengkalai hampir tiga dekad. Sumber- KOSMO! ONLINE. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-4-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.368693 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.