|
PETALING JAYA – Penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur tindakan wanita Muslimah yang menyertai senaman zumba secara terbuka di khalayak ramai kerana dikhuatiri boleh membuka ruang kepada fitnah dan maksiat. Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, beliau menegaskan walaupun niat untuk sihat itu amat baik dan disokong dalam Islam namun, ia tidak boleh menghalalkan cara yang bercanggah dengan syariat. “Aktiviti yang membuka ruang pandangan ajnabi, gerakan menggoda dan rentak muzik yang berlebihan tetap berada dalam sempadan larangan syarak,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Menurut beliau, isu utama bukan semata-mata pada pakaian, tetapi turut melibatkan pergerakan badan menyerupai tarian, muzik rancak serta dilakukan di tempat terbuka. “Dalam keadaan seperti itu, ia tidak lagi sekadar senaman, tetapi boleh menjadi ruang kepada fitnah dan pintu maksiat.
“Walaupun tiada interaksi fizikal antara lelaki dan wanita, pandangan mata yang tidak dijaga sudah cukup untuk mengundang dosa,” katanya. Tambahnya, suasana terbuka menjadikan wanita mudah diperhatikan, dirakam dan dikongsi ke media sosial tanpa keizinan, sedangkan Islam amat menjaga maruah wanita. “Apa sahaja perbuatan atau pakaian yang mendedahkan bentuk badan secara nyata termasuk dalam larangan, walaupun niatnya bukan untuk menggoda” jelasnya. Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menegaskan bahawa teguran yang diberikan bukan untuk menyekat kebebasan, sebaliknya membina keselamatan, kehormatan dan ketenangan jiwa. “Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan menggoda, melenggang-lenggok dan mengajarkan maksiat kepada wanita lain, tidak akan masuk ke syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga,” katanya sambil memetik hadis riwayat Muslim. Beliau turut menyeru wanita Muslimah agar menjaga maruah dan pandangan Pencipta lebih daripada keinginan untuk menjaga tubuh. “Jangan kerana nak sihat badan, kita abaikan sihat jiwa. Bila kita menjaga kehormatan diri kerana Allah SWT, itulah sebenar-benar kebebasan dan kemuliaan,” ujarnya. Sumber- KOSMO! ONLINE. |


ifanonline replied at 31-7-2025 07:35 PM
betul, especially buah yg besar2 tu...geram..melantun-lantun depan belakang
gideoncross replied at 1-8-2025 06:58 PM
Abeh tu llaki yg gi brlari pkai sluar pndek ats lutut dgn nmpk 6 packs tu ok ke?
ifanonline replied at 31-7-2025 07:35 PM
betul, especially buah yg besar2 tu...geram..melantun-lantun depan belakang



sharlenetexas replied at 31-7-2025 09:32 PM
Yang jantan tu janganlah pergi tengok.

Buritan replied at 1-8-2025 08:44 PM
Aku tak geram tp lebih kpd geli.. Sian kopek bergego skala 6 richter pas tuu ade yg nmlk sgt kendo ...

Buritan replied at 1-8-2025 08:42 PM
Tambah satu lg.. Kote tersembul
gideoncross replied at 1-8-2025 06:58 PM
Bab ni uol sllu ada eh


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.078052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.