|
Berdepan tekanan selepas mengundang individu didakwa masih dalam siasatan polis, pengendali audio siar Apa Cerita? Podcast, Asyraf Khalid mengesahkan tidak akan menyiarkan episod bual bicara terbabit. Menurut kenyataan rasmi, pihak audio siar tersebut memohon maaf atas segala kesulitan selain menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. “Kami mendengar segala maklum balas diberikan dan sedar bahawa ramai berasa kurang senang dengan episod yang bakal kami siarkan. “Setelah membuat pertimbangan dengan teliti, kami membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod tersebut. “Kami percaya itu adalah keputusan paling wajar,” tulis kenyataan tersebut di Instagram. Sebelum ini, aktivis kemasyarakatan dan penyanyi rap, Caprice turut menyelar tindakan Asyraf menjemput seorang lelaki didakwa pernah mencederakan beberapa orang individu ke program audio siar tersebut.
Caprice atau Ariz Ramli, 37, berang apabila individu seperti itu yang juga didakwa pernah melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga diketengahkan. Selain berkongsi semula beberapa foto kecederaan mangsa yang mendakwa dilakukan lelaki terbabit, Caprice juga berkongsi tangkap layar mesejnya dengan Asyraf. Terdahulu, netizen ‘menyerang’ laman sosial Apa Cerita? Podcast selepas Asyraf memuat naik potongan klip pendek daripada video wawancara audio siarnya dengan wajah tetamu tersebut dikaburkan. Perkongsiannya mencetuskan perasaan tidak puas hati ramai yang mempersoal motif sebenar suami kepada pelakon Tya Ariffin itu mengundang lelaki terbabit ke program berkenaan. Sumber- KOSMO! ONLINE. |
dua_chzy replied at 31-7-2025 12:23 PM
Boleh tahan Kepris sound Asrap. Dalam hal ni meols sokong Kek Pris.

BoongaKertas replied at 31-7-2025 12:18 PM
lama2 rasa annoyed dgn mamat ni, dont know why. statement dia mostly mcm x berapa nk cerdit ayat2nya ...
bluebutter replied at 31-7-2025 05:16 AM
Dia cam tak cekap pikir.
prince_marhaen replied at 31-7-2025 01:52 PM
si gundu ni memang attention seeker....dulu2 pun drpd kawin dia yg paling excited menempel ngan mak ...
ADVERTISEMENT