CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RMK13: Seawal lima tahun akan diwajibkan ke prasekolah

31-7-2025 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3365| Komen: 38

 

KUALA LUMPUR – Pendidikan prasekolah akan diwajibkan bagi kanak-kanak seawal usia lima tahun sebagai langkah memperkukuh keberhasilan sistem pendidikan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut akan melaksanakan kajian semula bagi menentukan waktu persekolahan paling optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus, serta memperbaiki model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat.

“Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan penguasaan bahasa, termasuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan, manakala pembelajaran bahasa tambahan pula akan diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 31-7-2025 04:16 PM
Wajib dalam keadaan bersunat atau tidak sissy?
Quote alesandra 31-7-2025 04:50 PM
Kata rafizi kpm byk bantahan masa nak buat rmk13 ni.takkan benda mcm ni ko membantah? klau yg  ini bukan..apa yg paling dibantah sgt tu?
Quote hart_attack 31-7-2025 05:43 PM
Ramai ke pra la kalau 5 tahun dah boleh
Tadika kemas x ramai la pelajar agaknya
Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:45 PM
pooh~key replied at 31-7-2025 04:16 PM
Wajib dalam keadaan bersunat atau tidak sissy?

Eh ko ni pun. Agak2 lah.


Quote PULANGKAN 1-8-2025 03:12 AM
eh, i thought dari dulu dah wajib 5 tahun masuk tabika, tadika, prasekolah bagai ni

apa bezanya dengan pengumuman ni??
Quote Tinot7 1-8-2025 03:39 AM
PULANGKAN replied at 1-8-2025 03:12 AM
eh, i thought dari dulu dah wajib 5 tahun masuk tabika, tadika, prasekolah bagai ni

apa bezanya den ...

Bila wajib 5 tahun?
Quote PULANGKAN 1-8-2025 06:25 AM

as I said, i thought dah lama wajib. im not sure. since me and everyone i know hantar anak seawal umo 4 tahun pun ada. playschool bagai. 5 tahun semua dah ke sekolah. sebab prasekolah, umo 6 tahun sekarang ada yang tak terima budak tak reti membaca dan mengira. so I thought, that was the norm and the law?
Quote Tinot7 1-8-2025 07:01 AM
PULANGKAN replied at 1-8-2025 06:25 AM
as I said, i thought dah lama wajib. im not sure. since me and everyone i know hantar anak seawal  ...

Wallahualam

Screenshot_20250801_070124_Samsung Internet.jpg
Quote raihaneem 1-8-2025 07:40 AM
Wajib..maknanya tk hntr ank 5 tahun boleh dikenakan tindakan la kot.


Sbb sebel ni pilihan parents utk hntr usia 5-6tahun. Ada yg 4 tahun dah hntr.


Dulu sbb dah jadi kebiasaan parents hntr awal...jadi kita rasa mcm dah kewajiban hntr ank usia 5tahun ke pra/tadika.

Sejak 90an lg rasanya ramai yg dah hntr ank seawal 5 tahun. Mgkin ada 4 tahun ..tp tk ramai.

Atau sebelum 90an dah hntr tp sgt tidak ramai..jadi kita tktau.
Sbb permintaan tinggi..jadi tadika dah mula open utk usia 4-5 tahun.

Quote raihaneem 1-8-2025 07:41 AM
Tinot7 replied at 1-8-2025 07:01 AM
Wallahualam

Yg penting jgn dok ubah silibus..kalau unah bg jadi mudah tkpa..jgn lagi payah
Quote prince_marhaen 1-8-2025 08:13 AM
Patutnya ubah sistem sekolah ikut peringkat umur, bukan exam based, ini umur 4-6 tahun dah henyak belajar 3M, darjah 1-6 dah macam high school punya silibus... life skills kurang, common sense kurang...play school pun kadang2 dah ada exam.. nanti belum darjah 6 dah burn out..
Quote cm_vungtau 1-8-2025 08:28 AM
Sebenornya tingkatan 3 boleh cancel. Jadikan sekolah menengah 4 tahun aje. Singapore pun 4 tahun aje sekolah menengah.
Quote Tinot7 1-8-2025 08:31 AM
raihaneem replied at 1-8-2025 07:41 AM
Yg penting jgn dok ubah silibus..kalau unah bg jadi mudah tkpa..jgn lagi payah

Tatau la apa plan deme..
Quote Tinot7 1-8-2025 08:37 AM
Ada influencer tak hantaq anak pi tadika pun.. tau2 kena masuk skolah darjah 2.. giteww..
Quote batmana 1-8-2025 10:12 AM
masalahnya guru pra tak cukup
tk semua sekolah rendah ada
PPM - pembantu pengurusan murid pun ada yg tkde

blum lagi brg2 bantuan pengajaran dlm kelas, cikgu2 pra sndiri kluarkan poket sendiri bli smart board bagai , belum lagi cite tahap internet mcm kura2 bila kongsi dgn murid

aku tau psl ada ank sdra masuk pra ..haha
Quote batmana 1-8-2025 10:13 AM
pastu kalu guru pra ada pun, cikgu2 ni slalu ada kursus, kursus bukan 5minit oii.
kursus 4 hari

4 hari la budak2 pra termenung takde cikgu, pembantu pengajar tu tkle ajar budak2, tkde tauliah..
Quote vanilacup 1-8-2025 11:01 AM
Salah satu pendidikan terbaik di peringkat pra sekolah bagi saya adalah pendidikan Montessori sbb anak diajar dgn alam, melakukan rutin kehidupan spt mengemas dapur, memegang objek dlm mcm2 bentuk jadi sensori mereka akan menjadi lebih peka dan berkembang dgn baik dan fikiran akan memberi mcm2 pertanyaan utk ditanya kpd cikgu berbanding tadika biasa yg lebih menerapkan unsur membaca,menulis dan mengira ..
Quote krustykrab 1-8-2025 12:40 PM
Awat tak wajibkan lahir lahir je terus antar kolej
Quote shalalat 1-8-2025 02:38 PM
PULANGKAN replied at 1-8-2025 06:25 AM
as I said, i thought dah lama wajib. im not sure. since me and everyone i know hantar anak seawal  ...

memang tak wajib. kalau dekat bandar, majority parents bekerja, diorang akan hntr anak full day preschool or half day preschool, half day transit. bila masuk tahun 1, 3M tu semua diorang dah cover, cikgu pon tak susah nak ajar. tp bila anak i masuk tahun 1 this year, ramai je yg tak kuasai 3M. i tau pon sebab cikgu minta copy of preschool cert anak. dan ramaiiiiiiiiii parents tak hantar anak ke mana2, not even kemas atau preschool biasa. so sekolah terpaksa buat exam nak tau tahap anak2. patut la ramai meraung macam histeria masa awal2 sekolah tu, sbb tu la first time diorang gi school

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055226 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top