CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan doktor berkhalwat di Melaka mungkin dibuang kerja

31-7-2025 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13709| Komen: 94

 


MELAKA – Pasangan doktor yang dicekup berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Semabok Perdana kelmarin bakal berdepan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan penuh daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pasangan berusia 26 tahun itu.

“Jika siasatan JAIM mendapati berlaku kesalahan, maka Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.

“Tindakan tegas boleh diambil termasuk penamatan perkhidmatan sekiranya terbukti berlaku pelanggaran etika penjawat awam,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Akta 446 di sebuah tapak pembinaan di Tambak Paya, di sini hari ini.

Tambah beliau, ketika ini kedua-dua doktor tersebut masih bertugas seperti biasa di hospital memandangkan siasatan masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan rasmi dikeluarkan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 31-7-2025 05:19 PM
Boleh pindah private lah?
Quote tungkai 31-7-2025 05:22 PM
Kalau tak kantoi kira diam2 aje la kan?
Quote Firenzza 31-7-2025 05:27 PM
OT jap, klau kes ni berlaku pd pasangan Dr bukan Islam adakah akan dibuang jugak?
Quote pisanggoreng 31-7-2025 05:28 PM
boleh kerja kat Singapurrr
Quote ifanonline 31-7-2025 05:36 PM
mungkin kedua-duanya sedang mengkaji alat sulit masing2 utk kajian perubatan
Quote naina 31-7-2025 05:38 PM
Laki bini orang ke?
Kalau bujang kawen jelah
Bestnya jadi muda rasa Spark sentiasa
Quote pocongkiutss 31-7-2025 05:40 PM
aik..sbb diorg contract & senang nk buang eh? cikgu cctv lg dasatttttt...yg Thanos kt klia lg dasatt..awat tak kena buang juga? i iz konfius
Quote otai_g 31-7-2025 05:46 PM
Bgs jgk strategi ni. Kebanyakan Dr muda kerajaan ni adalah sbb terikat kontrak biasiswa. So kena bon utk keje dgn kerajaan certain period. Kalo x de bon, baik dorang join private lg bnyk gaji.
Quote farlis 31-7-2025 05:47 PM
Edited by farlis at 31-7-2025 06:10 PM
pocongkiutss replied at 31-7-2025 05:40 PM
aik..sbb diorg contract & senang nk buang eh? cikgu cctv lg dasatttttt...yg Thanos kt klia lg dasatt ...

Staff i ada sorang jatuh kes syariah, khalwat ni pun under syariah.
Bkn senang nk buang org ye kalau gomen. Pjg proses dia.
Kalau jenayah tu, muungkin lain pulak proses dia.

Kes staff i, kantoi kena tangkap main no ekor, dia mengaku salah dan byr denda.
Dia ingat dia senyap, x kecoh2, jabatan tak tau.
Tapi mahkamah syariah hntr by hand surat kes dia pada i.
So sapa2 penjawat awam yg buat salah, x kisah jenayah atau syariah, jgn ingat blh diam2 ya.
Lps tu ada klausa kalau jumlah denda rendah atau tak melebihi gaji, hikuman dia sekian2..
Ada hukuman dia la.

Staff i kena tahan pergerakan gaji ja kut, lama jugak la masuk board tatatertib smpi JPA tu

Quote pocongkiutss 31-7-2025 05:57 PM
farlis replied at 31-7-2025 05:47 PM
Staff i ada sorang jatuh kes syariah, khalwat ni pun under syariah.
Bkn senang nk buang org ye kala ...

tp staf uols tak kena buang kan ? kalau kes ni tetibah kena buang..awat senang pulak kena buang? cam ramai lg yg teruk tp tetap diperam dlm gomen..i iz konfius
Quote pocongkiutss 31-7-2025 05:59 PM
otai_g replied at 31-7-2025 05:46 PM
Bgs jgk strategi ni. Kebanyakan Dr muda kerajaan ni adalah sbb terikat kontrak biasiswa. So kena bon ...


tetapla kena bayor juga noks kalau dh namanya terikat..mana aci kalau tetibah lepas takyah bayor.. makin ramai pulak buat taik nanti. kalau tanak terikat pi la bayor sendiri yuran kau tu..jgn guna duit tax payer
Quote farlis 31-7-2025 06:01 PM
pocongkiutss replied at 31-7-2025 05:57 PM
tp staf uols tak kena buang kan ? kalau kes ni tetibah kena buang..awat senang pulak kena buang? c ...

Ya, staff i tak dibuang..I rasa ini mungkin nak meredakan keadaan saja..sbb statemnet dia "kemungkinan boleh dibuang kerja"..Lagipun doktor ni belum lagi didakwa kt mahkamah syariah lagi etc..panjang proses dia..
Sama jugak kes cikgu viral tuh..




Quote pocongkiutss 31-7-2025 07:03 PM
farlis replied at 31-7-2025 06:01 PM
Ya, staff i tak dibuang..I rasa ini mungkin nak meredakan keadaan saja..sbb statemnet dia "kemungki ...

Iols paling takleh blah yg kes Thanos KLIA tu..melampau kut..last2 tindakan cuma tukar unit je? Serius? Kes pedo pun sama kan..eii..bodonya
Quote farlis 31-7-2025 08:06 PM
pocongkiutss replied at 31-7-2025 07:03 PM
Iols paling takleh blah yg kes Thanos KLIA tu..melampau kut..last2 tindakan cuma tukar unit je? Se ...

For sure akan ada tindakan lanjut. Tindakan tukar unit ni kira drastik which is melibatkan pertukaran serta merta. At the same time, proses tindakan tatatertib akan berjalan, siasatan terperinci akan dilaksanakan. Mcm kes2 jenayah tu. Jgn buat main2 bila libatkan kes tatatertib ni. Kerajaan pun kena ikut tatacara yg betul. Kang main buang ja tanpa pendakwaan yg betul, kerajaan blh kena saman blk tau...

I bukan nk sokong Tharnos tu tau.. Just nk infrm ja prosedur yg kena lalu.
Quote kaishi 31-7-2025 08:35 PM
terbaca kat TT katanya memasing ada suami dan ada isteri

hmmmmm
Quote dua_chzy 31-7-2025 09:03 PM
pocongkiutss replied at 31-7-2025 09:40 AM
aik..sbb diorg contract & senang nk buang eh? cikgu cctv lg dasatttttt...yg Thanos kt klia lg dasatt ...

Betul la tu. Lantikan kontrak. Bila2 masa I kick you haut. Sebab tu jangan bodoh sangat berzina di kawasan Muslim. Bodoh bodoh bodoh.
Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:17 PM
Baru umur 26. Baru berapa tahun kerja. Tiba2 kena coldplayed.




Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:19 PM
farlis replied at 31-7-2025 05:47 PM
Staff i ada sorang jatuh kes syariah, khalwat ni pun under syariah.
Bkn senang nk buang org ye kala ...

Staf gomen yg bersalah sebab kutuk bos kat media sosial pun sekarang ke arah nak dibuang.


Quote sambaldurian 31-7-2025 10:29 PM
Firenzza: OT jap, klau kes ni berlaku pd ...

Aah kn, mcm unfair pulak. Bkn aku nk ckp bersedudukan tu ok, tp selagi ok servis kpd pesakit, x ngelat rawat, boleh dipertimbangkan. Mungkin tu 'cara' dorg kurangkan stress. Mungkin sbb tgk drama Gray Anatomy ke dorg nk jd cm gitu.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.195854 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top