CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan sekadar konsert, tapi malam kongsi memori – Ernie Zakri

31-7-2025 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1874| Komen: 33

 



Menutup tirai 2025 penuh istimewa, pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri menyifatkan pentas Konsert Eksklusif Tahun Baharu yang dijadual berlangsung pada 31 Disember depan akan menjadi antara pengalaman paling bermakna.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, peluang untuk berinteraksi dengan peminat dalam suasana yang lebih intim dan eksklusif cukup mengujakan.


“Saya amat menantikan peluang untuk bersama peminat dalam suasana yang begitu eksklusif dan peribadi.

“Ini bukan sekadar konsert, ini adalah malam yang membolehkan saya berkongsi kenangan, emosi dan suara hati saya secara langsung kepada semua tetamu yang hadir.

“Persembahan diharap dapat meninggalkan momen yang akan dikenang sampai bila-bila. Semoga yang hadir dapat merasai apa yang saya rasakan dan membawa pulang memori indah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Nostalgia NYE di Le Meridien, Petaling Jaya.

Sementara itu, Syamel turut menyatakan keterujaannya untuk membuat persembahan penuh makna sempena malam yang bertemakan Nostalgia itu.

“Sebagai seorang penghibur, tiada yang lebih bermakna daripada mengakhiri tahun dengan mereka yang menghargai muzik saya.

“Konsert ini adalah pentas untuk saya merakamkan rasa syukur, dan saya janji akan berikan yang terbaik malam itu,” tambahnya.

Selain pasangan duet yang terkenal menerusi lagu Aku Cinta itu, para tetamu juga bakal dihiburkan dengan seleksi muzik istimewa yang akan dikendalikan oleh artis hip-hop tempatan, DJ Fuzz.

“Selalunya, saya akan lihat dahulu kelompok yang hadir. Jadi, saya akan sediakan lagu-lagu yang sesuai dengan tema Nostalgia ini,” ujarnya.

Konsert Eksklusif Tahun Baharu ini merupakan anjuran Hotel Le Meridien Petaling Jaya dan akan berlangsung di Grand Ballroom hotel berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarberbisa 31-7-2025 07:34 PM
semakin memondan
Quote Ginaleen 31-7-2025 07:38 PM
Keponenan makin terserlah yach
Quote likilu 31-7-2025 07:48 PM
Ok je kapel ni sama kualiti takde sapa dengki

Ada ada takde sudah
Quote LembingDayanti 31-7-2025 08:13 PM
Actually kalau takde Syamil aku maybe berminat nak pegi. Siapa syamil nyah lagu apa nyah? Erni pun 2, 3 lagu je kita tahu haha! Tapi faktor lain, pakngah & makngah awak nama besau tapi lokasi konsert mcm penyanyi BBNU nak buat showcase. Potong mood kiteww! Hahaha!
Quote bambimbom 31-7-2025 09:43 PM
Tak cantik baju purple dak Ernie ni pakai pada mata aku
Quote dua_chzy 31-7-2025 09:54 PM
Sekarang meols percaya laki she kelempks dengan melihat gambar.
Quote dua_chzy 31-7-2025 09:55 PM
LembingDayanti replied at 31-7-2025 12:13 PM
Actually kalau takde Syamil aku maybe berminat nak pegi. Siapa syamil nyah lagu apa nyah? Erni pun 2 ...

Setuju. Paling high ranking Pak Ngah tu la penyebab konsert ni almost sold out. Diikuti Mak Ngah. Then Ernie.
Quote black_handbag 31-7-2025 10:07 PM
sesuatu sangat yach bungsyamel tu kelihatan. macam nak tiru hael huseni tapi gagal. nak nampak manly pun ya tapi gagal jua

bungsyamel nak jadi apa sebenarnya
Quote supernaturalee 1-8-2025 11:45 AM
LembingDayanti replied at 31-7-2025 08:13 PM
Actually kalau takde Syamil aku maybe berminat nak pegi. Siapa syamil nyah lagu apa nyah? Erni pun 2 ...

pakngah and makngah?

u refer to org yg sama ke


sbb ziana tu mak long

x baek taw memakngahkan bang nuar



Quote hyie 1-8-2025 11:54 AM
annoying lah tengok mimik muka kak nini bila sheols nyanyi. Terus rasa turn off nak tengok video2 persembahan live sheols, pastu lately macam banyak menjerit jah..
Quote RosVilla13 1-8-2025 12:13 PM
Mmmmm bila kuat lemari [em:1:]
Quote LembingDayanti 1-8-2025 03:36 PM
supernaturalee replied at 1-8-2025 11:45 AM
pakngah and makngah?

u refer to org yg sama ke

muahahhahahahaha.. error la walaupun betul. tangan lagi laju taip dari otak nyahhhh walaupun betul la tu pak ngah boleh mak ngah pun boleh hahahahhaa
Quote gideoncross 1-8-2025 08:07 PM
RosVilla13 replied at 1-8-2025 12:13 PM
Mmmmm bila kuat lemari [em:1:]

Aiol trhibur tngok display photo uol
Quote RosVilla13 1-8-2025 10:45 PM
gideoncross replied at 1-8-2025 08:07 PM
Aiol trhibur tngok display photo uol

Hahahaaha lucu
Quote L.U.S.M 2-8-2025 11:46 AM
Kebetulan plak

Is this lavender marriage using IVF ke ritu(Tanya jer)
Quote SisLena 2-8-2025 12:05 PM
Syamel dh tak bersinar lepas Ernie mendonia. And for me lagu Ernie lately tak sedap. Aura blh masuk AJL tu sgt meh. Dekat radio pn jarang2 keluar. Nsb baik Marsha yg menang. Lepas tu tiap2 tahun nk buat konsert. Nasibla kan peminat ramai walaupun lagu so - so je.
Quote krustykrab 2-8-2025 01:25 PM
Awat pelik sgt gambar2 tu
Quote mamajawie 3-8-2025 05:01 PM
Enie muka cam hamster kemam kacang bila gmba sebelah lemari tu.. yihhhh sgt
Quote cmf_premierleag 3-8-2025 11:23 PM
Tengah tgk anugerah melodi
Ya ampun...nuar jeng dah mcm pompuan berjanggut

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.302616 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top