CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tolong jadi manusia! Takut suatu hari kena anak kita pula’ - Rita Rudaini

31-7-2025 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1424| Komen: 14

 


Mahu keadilan ditegakkan, pelakon Rita Rudaini meluahkan kekecewaan apabila pelaku yang dipercayai mengakibatkan kematian pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qasrina masih belum diberkas.

Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berharap pihak yang sepatutnya memastikan keselamatan pelajar di sekolah dan asrama juga wajar bertanggungjawab terhadap kecuaian mereka.

“Sudah hari ke berapa dah ni, seorang pun tiada ditahan reman lagi ke? Susah sangat nak cari?

“Cekup dulu warden, pengetua dan guru-guru, siasat! Waktu macam ini tak nak pula mengaku Zara di bawah jagaan kalian.

“Mungkin hari ini nasib ibu Zara, suatu hari akan kena dekat anak kalian pula. Tolong jadi manusia!,” katanya dalam Instagram Story.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menegaskan kejadian membabitkan pelajar berusia 13 tahun itu menjadi peringatan untuk mereka yang berkaitan.


“Wahai pelajar dan guru-guru, Allah sedang menguji kamu untuk bercakap benar atau tidak,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan seramai 60 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Papar, baru-baru ini.

Difahamkan, kesemua saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah termasuk pelajar yang dikenali sebagai Kak Wana, Kak Dedeng dan seorang gadis berpewatakan lelaki atau tomboi.

Siasatan juga kini sudah berada di peringkat akhir dan dibawa ke Bukit Aman dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, ditemui kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Begitupun, pelajar terbabit menghembuskan nafas terakhir di hospital pada keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Kes tragis ini menjadi tumpuan seluruh negara apabila timbul dakwaan mengaitkan kejadian menimpa Zara Qairina sebagai kes buli. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 31-7-2025 08:17 PM
umur rita 49 tahun? wow lawo nya dia!
Quote serimaya 31-7-2025 08:22 PM
Hidung dah cantik
Quote dua_chzy 31-7-2025 09:09 PM
Cakap macam tau semua jah.
Quote noor2 31-7-2025 10:04 PM
Suka dia ni...mewakili hati seorang ibu...aku pun panas hati baca kes kematian budak perempuan ni...mmg mcm.kes buli
Quote one_aiman 31-7-2025 10:19 PM
kalau dia yg bersuara psl isu ni aku setuju..sbb dia memang jaga betul2 anak dia..yg sorang lagi, hmmm x payah la
Quote sleepandream 31-7-2025 11:34 PM
jgn2 sleepwalking pastu jatuh...
Quote Aribaariba 1-8-2025 12:45 AM
Moga2 si pembuat jahat x pernah tenang sepanjang hayat, x pernah tido nyenyak seumur hidup, dibalas kekejaman berpanjangan ke atas hidupnya
Quote shernazz 1-8-2025 05:58 AM
Gambo di atas dah mcm pelakon cite s line tu..yang pakcik polis tu...
Quote gideoncross 1-8-2025 05:43 PM
dua_chzy replied at 31-7-2025 09:09 PM
Cakap macam tau semua jah.

Sheol ingt cri pnjnayah ni mcm dlm series
Quote gideoncross 1-8-2025 05:44 PM
sleepandream replied at 31-7-2025 11:34 PM
jgn2 sleepwalking pastu jatuh...

Aiol tringat kisah late Liam Payne yg heol trjatuh dri tingkat atas tu, bnyk sngt spekuan psl mcmna heol boleh trjatuh smpai jdi mcm tu
Quote Kuin-Kepam 1-8-2025 09:38 PM
Ko pun...mulalah nak ride isu ni
Quote ninja boy 2-8-2025 04:26 AM
Beliau patut jadi ketua pesatuan ibu tunggal
Quote nonymous 2-8-2025 07:19 AM
setuju Rita.
Quote scarflicious 2-8-2025 09:29 AM
Kuin-Kepam replied at 1-8-2025 09:38 PM
Ko pun...mulalah nak ride isu ni

mak2 yg ank2 pernak kena buli akan merasai apa yg mak zara rasai. so aku tak fikir dia saja nak ride.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.525848 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top