CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RMK13: Kerajaan sasar bina 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035

31-7-2025 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1498| Komen: 5

RMK13: Kerajaan sasar bina 1 juta rumah mampu milik



KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan membina satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langlah tersebut bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat mendiami kediaman yang selesa dan selamat.

Jelas Anwar, sasaran tersebut akan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif sedia ada seperti Program Residensi Madani dan Program Perumahan Penjawat Awam.

Ia termasuk program bantuan bina baharu rumah serta program perumahan mampu milik yang digerakkan oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta.

“Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan diperluas bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

“Peralihan kepada penggunaan teknologi seperti Sistem binaan Berindustri (IBS) dan Pengurusan Bersepadu Bangunan (BIM) pula akan mempercepatkan pelaksanaan projek serta membantu mengurangkan kos pembinaan termasuk bagi projek perumahan awam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 1-8-2025 03:25 PM
dah berapa kali tukar kerajaan dah, janji tetap sama...  hahaha...
Quote Decaffeinated 2-8-2025 10:50 AM
eyansss replied at 1-8-2025 03:25 PM
dah berapa kali tukar kerajaan dah, janji tetap sama...  hahaha...

Sebab sekejap2 ja memerintah. Sempat isi poket sendiri ja.

Quote eyansss 3-8-2025 11:23 AM
Decaffeinated replied at 2-8-2025 10:50 AM
Sebab sekejap2 ja memerintah. Sempat isi poket sendiri ja.

orang ni isi orang tu isi padahal patutnya teruskan je...  masing2 asyik nak sakau...
Quote AlyaAsylo 4-8-2025 09:40 AM
x takut dosa fitnah langsung duk tuduh orang sakau. yg kawan tu, kerja 24/7 x amik gaji pun. yg menuduh tu, OT payment kurang sejam dua pun bising kot

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.427292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top