CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam lagi anggota polis ditahan SPRM, disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000

31-7-2025 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1807| Komen: 9

 


TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki air ketum.

Kelmarin seramai tiga pegawai polis termasuk seorang yang sudah bersara ditahan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar negeri Pahang.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos depan terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini.

Menurut sumber, keenam-enam suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu telah ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh.


“Kejadian bermula apabila kesemua suspek telah menahan lima orang individu dalam satu operasi di sekitar daerah Temerloh pada Mei lalu kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki air ketum.

“Salah seorang suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah,”katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 1-8-2025 02:03 AM
wah... betul² hamba duit...
Quote PULANGKAN 1-8-2025 02:49 AM
seramai tiga pegawai polis termasuk seorang yang sudah bersara ditahan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar negeri Pahang.



harapkan pegar, pegar makan ketum..
Quote Decaffeinated 1-8-2025 07:12 AM
Zaman dah berubah. Jangan ingat dah pencen ko selamat.
Quote Tutul 1-8-2025 04:27 PM
pnglmn dlm kg i.. skumpuln org kg tgh berkumpul depn rmh borak smbil2 minm ketum then dtg polis 3-4 org g soal sorng2 spe yg memliki air ketum then geledah rmh ownr tu, ketika itu ada 5 org jst bygkn polis mintk 2.5k sorg setld luar yg slh sorg tu kktgn krjaan bhg kastam lg la mmbr risau lg 2-3 thn lg nk pencen.. x smpi 3 jm polis dh dpt 12.5k errmm.. dgr skit ati
Quote pengecatbintang 1-8-2025 05:48 PM
Tutul replied at 1-8-2025 04:27 PM
pnglmn dlm kg i.. skumpuln org kg tgh berkumpul depn rmh borak smbil2 minm ketum then dtg polis 3-4  ...

resuah dikalangan anngota beruniform berlaluasa di zaman Umngok & Pee End

la ni kalo resuah n sakau zaman madani..

mmg mendapat lah

resuah n sakau ni legasi Umngok n Ton M
Quote B40tastePosh 2-8-2025 06:09 PM
PULANGKAN replied at 1-8-2025 02:49 AM
harapkan pegar, pegar makan ketum..

Mana ada burung pegar jaga ketum
Quote pocongkiutss 2-8-2025 07:36 PM
Tutul replied at 1-8-2025 04:27 PM
pnglmn dlm kg i.. skumpuln org kg tgh berkumpul depn rmh borak smbil2 minm ketum then dtg polis 3-4  ...

Skrg ni wajib ada ccctv kt umah..yg hidden lg bagus..fuh bygkan kalau dpt dirakam ms tgh minta duit tu..puasnya hati oii
Quote kemaruk 2-8-2025 09:15 PM
Setakat tangkap bilis ni dari zaman p.ramlee lagi dah dibuat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037545 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top