CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Itik Salai Kuala Pilah, Sekali Cuba Nak Lagi!

21-1-2016 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 28306| Komen: 20

Description: Tak perlu restoran atau kafe hebat, cukup dengan gerai-gerai tepi jalan pasti membuatkan anda sudah cukup terliur.
Oleh Adib ZA
Kredit foto: mykeledek.com/ suparjo.blogspot.com

Antara lokasi makanan yang anda harus pergi jika berkunjung ke Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah. 


Tak perlu restoran atau kafe hebat, cukup dengan gerai-gerai tepi jalan pasti membuatkan anda sudah cukup terliur.

Kenapa agaknya? Jika anda melalui jalan utama di Kuala Pilah, selain ditemani dengan pemandangan hijau yang sangat mendamaikan dan juga kabus-kabus bikin rasa sejuk, di sini banyak gerai menjual itik salai!

Ya, itik salai jika di negeri lain mungkin jarang ditemui. Maklumlah di Negeri Sembilan memang terkenal dengan menu bersalai.

Ini termasuklah daging salai, ayam salai, ikan keli salai, burung puyuh salai dan juga itik salai. Semuanya boleh didapati dalam gerai yang sama (selalunya).


(Sumber foto: mykeledek.com)


(Sumber foto: mykeledek.com)


Dari jauh anda boleh melihat gerai-gerai menghiasi bahu-bahu jalan sambal asap berkepul di situ. Aktiviti menyalai lazimnya dilakukan di situ juga. 

Jadi, anda boleh melihat sendiri bagaimana daging-daging haiwan ini dibakar dan disalai.

Tunggu dulu, jika anda mendapatkan itik salai ini, bukan terus dimakan ya. Ia harus dimasak terlebih dahulu seperti gulai lemak cili padi, rendang dan sebagainya. 




Penulis sendiri sangat menggemari daging itik salai yang dimasak rendang. Terasa manis dagingnya yang dicampur dengan pelbagai rempah! Walla!

Harga itik salai agak berbeza setiap gerai, maka anda harus memilih sendiri ya. Lazimnya serendah RM40 seekor, atau juga boleh dibeli setengah ekor dengan harga RM25. 

Jom apa lagi, moh poie Kuala Pilah kito! - CARI Infonet

(Sumber foto: Suparjo.blogspot.com)

16

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 21-1-2016 04:28 PM
haritu ade gak bhenti tengok nak beli mase nak pegi bahau ,tp was2 tengak leher itik tu mcm sembelihan dia tak memuaskan.. nampak sikit je kesan sembelih kt leher dia...so decide x beli hehehe
Quote jelitaqasyah 21-1-2016 04:33 PM
kamil8891: haritu ade gak bhenti tengok nak beli mase nak pegi bahau ,tp was2 tengak leher itik tu mcm sembelihan dia tak memuaskan.. nampak sikit je kesan sembe ...


beli la.. majoriti org Melayu Islam kita jual.. bersih je.. sy selalu beli n fevret.. nnt masa beli, dia potongkanlah kaki n kepala tu.. sedap tau msk lomak cili api.. berdesuppppp pedas nya
Quote CiliPadiSedap 21-1-2016 06:00 PM
kamil8891 replied at 21-1-2016 04:28 PM
haritu ade gak bhenti tengok nak beli mase nak pegi bahau ,tp was2 tengak leher itik tu mcm sembelih ...

pernah sembelih ke tak ni?
Quote yusryimran 22-1-2016 06:53 AM
tu hari hakak balik KP hakak sempat membeli itik salai kemain lah sedapnya hakak masak kari masak pekat2 sikit ada org tu bertambah lah makan nasi hihi
Quote DahliaTulip 22-1-2016 09:33 AM
kalau dah ade rase was-was tu usah ler beli..klo dah beli tu kene yakin lah ye. Klo aku ni dah jual tepi jalan ni mmg taklah sbb dah bercampur habuk n angin2 sepoi tepi jalan raya kan.huhu
Quote mizkajura 22-1-2016 09:45 AM
apa susahnya...beli n salai sendiri je
Quote lindarafee 22-1-2016 09:59 AM
i selalu beli itik salai dgn daging salai bila hantar anak balik poli muadzam.
Quote CARI-MAMS 22-1-2016 10:23 AM
yusryimran:    tu hari hakak balik KP hakak sempat membeli itik salai kemain lah sedapnya hakak masak kari masak pekat2 sikit ada org tu bertambah lah makan nasi h ...


yeke kak..dpt bygkan kesedapannya...sodap!
Quote ffawwaz 22-1-2016 10:46 AM
nasihat sy yg selalu menggunakan jalan ni..
sapa2 yg nak beli kt kedai2 tepi jalan ni, boleh bagi signal awal2 ye..
kadang2 tiba2 je bagi signal sedangkan org belakang drive laju ni..huuu..

tpi..memang terbaik itik salai dorang..
Quote BebeQ 22-1-2016 12:45 PM
walaupun i orang pilah tapi i tak pernah beli itik salai ni. ayam dgn daging salai ada la beli tu pun takde la selalu. selalunya i suka beli telur itik. daging itik ni macam mana rasa dia?
Quote imransulaiman 22-1-2016 12:49 PM
Itik ni sama rasa dengan ayam ke?
Quote ira79 22-1-2016 03:00 PM
err... masih belum berani makan ititt.. ntah rasa semacam jek. ape rasanye ek? sedap lg dari ayam?
Quote amieab 22-1-2016 03:17 PM
itik salai buat rendang cili api campur sayur maman atau daun puding....baghulah ngam....nak pulak guna cili api yang betul2 cili api kampung...bukan cili api vietnam tuh... kelapa lak gunalah  kelapa kampung...pehhhh...wa cakap lu..terangkat....
Quote Ipo 22-1-2016 03:18 PM
pernah lalu sekali dulu masa banjir teruk tahun lepas..
kena lalu ikut kuala pilah nak ke KL..
banyak juga rupanya itik salai kat tepi jalan sini..
bila tgk macam tu...teringat itik salai restoran cina..
Quote LavaUollss 22-1-2016 08:44 PM
share la resipi masak lemak itik salai kat sini
Quote shernazz 23-1-2016 02:33 PM
iols slalu masak ayam salai masak lemak aje...
masak lemak cm biasa tapi..rasa salai dia tu memang sedap gilaaaa
santan kene pekat k....
Quote kelip2_07 4-2-2016 11:45 AM
kena masak lama ckit la kn..tkt nati keras..aku xpenah masak itik
Quote C3cakKempes 4-2-2016 12:37 PM
Sekali cuba nak mahu ke toilet
Quote bellaa 8-2-2016 09:23 AM
ritu mama @spankee_fili ngimdam makan itik salai

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.095668 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top