|
Bekas suami kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Ameng Spring berkata dia menerima pangila daripada anaknya berkenaan bekas isterinya itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Memetik Astro Gempak, Ameng berkata anak sulungnya turut memaklumkan jatung A Aida terhenti 8 kali dan diberikan defibrilasi. Menurut Ameng lagi, anaknya berkata doktor turut memaklumkan meminta untuk membacakan surah Yasin. “Saya mendapat panggilan daripada anak sulung saya, dia menangis teresak esak, saya ingatkan kucingnya mati. “Sebab sebelum itu dia ada muat baik gambar kucing dia sakit, rupa-rupanya sebab mama dia. Mama dia pula tiga hari sebelum itu, saya tengok dekat IG dia pergi klinik nak buat lutut. “Jadi saya terus terfikir ini mesti kesan daripada pembedahan itu. Anak saya kata mamanya di ICU dan maklumkan bahawa doktor sudah suruh baca surah Yasin. “Anak saya kata jantung mamanya sudah berhenti sebanyak lapan kali, jadi saya terus bergegas dengan isteri saya ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ameng memamklumkan dia ada melawat Aida dan keadaan bekas isterinya itu penuh dengan wayar serta seolah sudah tiada harapan. “Saya sempat melawat A.Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. “Pada mulanya saya syak dia terkena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi. Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan solat hajat,” katanya. Dalam pada itu, Ameng meluahkan rasa syukur Aida sudah pun sedar dan mengenali anak mereka. Tambahnya lagi, Aida kini dalam proses pemulihan dan akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi. “Alhamdulillah saya dapat khabar daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar. Paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Kita yang paling takut adalah bila sedar daripada koma mereka tidak kenal orang. “Buat masa ini dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal atau tidak, dia angguk,” katanya. Sumber:- Astro Gempak, Rotikaya |
emera replied at 30-9-2025 12:52 PM
Laaahhhhhh…. Tajuk kemain mengundang!!!!!
Semoga cepat sembuh A. Aida!
Goodluckdontcry replied at 30-9-2025 05:54 PM
Mungkin juga ada doa2 org luar yg diangkat..klu tgk channel Salam HD, mmg kebanyakkan program2 berci ...
elia201 replied at 3-10-2025 03:27 PM
terminal lucidity?
ADVERTISEMENT