CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Jadi Finalis Dewi Remaja, Suriati Syukur Bangga

30-9-2025 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3960| Komen: 46

 


Pelakon Suriati Baharom meluahkan rasa bangga dan gembira apabila anak perempuannya, Camelia Natasya terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2025.

Memetik Astro Gempak, Suriati berkata Natasya seorang sahaja satu-satunya anak yang menunjukkan minat dalam dunia seni sert bangga anaknya boleh menyambung legasinya.

“Saya rasa gembira apabila dia berjaya mendapat tempat sehingg menjadi finalis. Sangat bangga, dia boleh menyambung dan mewarisi bakat saya dalam dunia seni.

“Dalam keluarga, dia seorang sahaja yang berminat dalam bidang lakonan, bidang seni. Jadi, bila ada seorang anak seperti ini, saya teringat zaman muda dahulu.

“Alhamdulillah, apa yang kami impikan Allah dengar. Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk mengembangkan bakat yang dia miliki,” katanya.

Untuk rekod, Natasya juga merupakan anak kepada pengarah Khir Mohd Noor ini pernah membintangi dua filem iaitu Miimaland dan Banglo No 99 selain beberapa drama lain.


Sumber: Astro Gempak,Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-9-2025 10:59 AM
Edited by dua_chzy at 30-9-2025 03:07 AM

Nak jadik joy killer jap.

1000084683.jpg

Level yang patut kau banggakan.
Quote caprisonne 30-9-2025 11:31 AM
dua_chzy replied at 30-9-2025 10:59 AM
Nak jadik joy killer jap.



Memang  dia tunaikan janji dia sungguh kan.. siap dpt award.. mmg tabikkk..
Quote telracs 30-9-2025 11:39 AM
Suriati?
Natasya?
Who are yusssssss???????
Quote telracs 30-9-2025 11:40 AM
Tapi Khir Mohd Nor tu saya tahu laaa pulak...
Quote nisako 30-9-2025 11:42 AM
ape yg bangga sgt tu hahaaaaaa
Quote adeqbun 30-9-2025 12:12 PM
belom mnang dh beriya bangga
Quote dua_chzy 30-9-2025 12:19 PM
caprisonne replied at 30-9-2025 03:31 AM
Memang  dia tunaikan janji dia sungguh kan.. siap dpt award.. mmg tabikkk..

Best student tuuuu

Sangat kagum dengan semangat dia. Pehtu Allah pun baik bagi bapak dia panjang umur untuk tengok kejayaan anak dia. Hari ni meols serius touched dengan berita ni.
Quote red_velvet 30-9-2025 12:33 PM
dua_chzy replied at 30-9-2025 10:59 AM
Nak jadik joy killer jap.



Hebatnya... Semoga dapat terus berbakti pada bangsa n negara
Quote Barebow77 30-9-2025 12:56 PM
telracs replied at 30-9-2025 11:39 AM
Suriati?
Natasya?
Who are yusssssss???????

Pelakon spektra nih..idok la panazz letopss...idok le pulak sejuk beku..tahap suam2 ayer teh 0 jah..cuma baru tau bini Khir Rahman rhupenya..idok le meol tahu selama ini eventho selevel jaman drama spektra dolu2..
Quote kaseh80 30-9-2025 12:56 PM
Average looking sajo
Quote sharlenetexas 30-9-2025 12:58 PM
Muka maknya lagi nmpk ori.


Quote makadek 30-9-2025 01:48 PM
maknya pelakon muka sedih ..sbb mata jenis gitew
Quote Incanto 30-9-2025 01:56 PM
dua_chzy replied at 30-9-2025 10:59 AM
Nak jadik joy killer jap.

aku pun tumpang bangga

bukan mudah nak jadi doktor
Quote Shayang 30-9-2025 02:05 PM
Barebow77 replied at 30-9-2025 12:56 PM
Pelakon spektra nih..idok la panazz letopss...idok le pulak sejuk beku..tahap suam2 ayer teh 0 jah ...

Bukan khir rahman
Tp pengarah khir mohd noor tu
Suriati tu anak Tamam Idris kalau tak salah ke aku salah
Pastu mcm mak dia dulu pun pelakon selalu jd org gaji
Quote kechikchomel 30-9-2025 02:13 PM
dua_chzy replied at 30-9-2025 10:59 AM
Nak jadik joy killer jap.

iolss sokong joy killer yang macam ni


semoga adik ni dapat terus berbakti kepada keluarga, negara. jangan sombong, jangan lupa diri.
syabas adik!

p/s : anak tunggal ka? mak dia ada lagi?
Quote caprisonne 30-9-2025 02:14 PM
Shayang replied at 30-9-2025 02:05 PM
Bukan khir rahman
Tp pengarah khir mohd noor tu
Suriati tu anak Tamam Idris kalau tak salah ke aku ...

Bukan laa shayang.. itu Norlie Tamam.. ???? Tapi tahu pelakon Suriati ni sb dulu dia selalu berlakon drama HVD productions pukul 7 pm kat tv..
Quote dua_chzy 30-9-2025 02:53 PM
Edited by dua_chzy at 30-9-2025 06:55 AM
kechikchomel replied at 30-9-2025 06:13 AM
iolss sokong joy killer yang macam ni




Tak tau uols. Tapi wartawan yang tulis pasal dia pun bagus meols nak puji. 6 tahun dia follow adik ni kot. Meols baca kat Threads, wartawan tu yang usahakan supaya kisah adik ni viral tahun 2019 sampai dia dapat masuk UIA dengan biasiswa dan sumbangan orang ramai. Tahun 2025 pun dia yang tulis artikel tu.

Semoga dia terus berjaya dalam karier.
Quote pocongkiutss 30-9-2025 02:57 PM
dua_chzy replied at 30-9-2025 10:59 AM
Nak jadik joy killer jap.



Iols pulak jd joykiller..dh grad doctor patu tetibah stress tak tahan jd doctor KKM
Quote IzzahF 30-9-2025 03:01 PM
maknya pelakon zaman2 spektra..muka mcm nak nangis je, gembira ke, sedih ke sama je..ai is confuse

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058081 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top