CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ini tak pernah rasa nikmat makanan, ‘hidup’ telan 8 liter minyak enjin setiap hari

30-9-2025 07:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2384| Komen: 6

 


SEORANG lelaki dari Karnataka, India menjadi perhatian dunia apabila mendedahkan dia bertahan hidup dengan hanya minum minyak pelincir enjin selama 33 tahun.

Lelaki yang digelar 'Kumar minyak' oleh penduduk tempatan itu akan meneguk tujuh ke lapan liter minyak berkenaan setiap hari.

Malah dakwanya dia tidak pernah menyentuh nasi, roti atau sayur-sayuran sepanjang hidupnya dan tiada perasaan teringin untuk mencuba makanan berkenaan.

Menerusi video tular di Instagram, Kumar dilihat sedang duduk di pinggir jalan sambil menikmati bahan api itu yang di isi dalam botol mineral.

  

Meskipun tabiat berbahaya itu diamalkan bertahun-tahun, Kumar mendakwa dirinya rudak pernah sakit mahupun dimasukkan ke hospital.


Jelasnya, dia percaya tubuhnya dilindungi oleh dewa serta menganggap bahan api itu sebagai sumber tenaga yang membuatkan dia terus sihat.

Rakaman tersebut telah meraih lebih 3.9 juta tontonan sejak dimuat naik awal September lalu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka sukar mempercayai kata-kata lelaki itu malah menyifatkan tindakkannya itu sekadar gimik untuk meraih perhatian.

"Biar betul, macam tipu je! Takkanlah tak mati, bahaya kot minyak tu.

"Minyak jenama apa eh dia minum?," komen netizen.

 
Sekadar info, minyak enjin mengandungi bahan kimia beracun dan logam berat yang boleh merosakkan hati, ginjal serta sistem saraf manusia.

Oleh itu, ia sama sekali tidak sesuai untuk diminum malah boleh membawa maut jika diamalkan.

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 30-9-2025 09:14 PM
Susah aku nak percaya kalau dr negeri konoha atau yenna.  Minyak enjin keta dah kaler hitam kotor punya pun kau mencekik sampai 30 tahun boleh x mati lak.
Quote afie_m 1-10-2025 10:30 AM
seriuslah, minyak tu..
Quote plywood 1-10-2025 12:25 PM
sampai buat gimik bawa nasi... lepas tu orang ni buat isyarat menolak. haha kelakarlah wartawan ker inlfuencer yang buat.. haha

nampak gaya... orang ini termasuk dalam golongan pengamal mistik. Ada kalung, ada cat2 didahi, ada tutup kepala seperti mereka yang mungkin selalu buat ritual mistik. Kata dia sendiri "dilindungi dewa" itu sangat kontroversi... kes ini boleh dibandingkan spt kes ramanujan ahli matematik terkenal india...


... ini kalau doc atau saintis atau sesiapa yang latarbelakang pengetahuan mereka adalah berasaskan pengetahuan sains moden akan 'pengsan' jika ianya benar-benar berlaku.

Ini saintis berbaloi untuk siasat... kenapa ada seorang dari bebillion manusia ada kelainan keupayaan badan yang sangat pelik...
Quote plywood 1-10-2025 12:27 PM
aku masih ingat kes seorang lelaki di iraq(iraq kah?) yang tak pernah mandi berpuluh tahun... dia kata dia tak boleh mandi, jika mandi akan mati..

lepas viral dan dipaksa mandi oleh siapa entah.. tak lama kemudian orang ni mati..kebetulan atau memang ada sbb lain? ...
Quote TOPwind 1-10-2025 08:53 PM
Ular pun dah pandai makan minyak

yang tololo bodoh pulak percaya 100%

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042163 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top