CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufi Rashid sudah tahu awal Sabronzo nak kahwin, tumpang gembira bila hubungan dihalalkan

1-10-2025 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4606| Komen: 43

 


PENYANYI Sufi Rashid sudah mengetahui lebih awal mengenai ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.

Kata Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 34, perkara itu bukan lagi satu rahsia kerana hubungan pasangan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2023.

“Sejujurnya saya tahu dia nak kahwin dan mereka sudah berkawan sejak tahun 2023.

“Ryan seorang lelaki yang baik, pendiam dan tak banyak bercakap. Hanya orang yang tahu saja tahu.

“Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan berkahwin, saya tumpang gembira untuk mereka. Eloklah berkahwin daripada couple lama-lama,” katanya kepada mStar.

Sufi berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media tergempar Hafiz Suip yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

 


Menurut Sufi, dia sudah menjangkakan perkahwinan Sabronzo akan menjadi topik hangat dalam kalangan peminat memandangkan nama Dolla sering menjadi perhatian ramai.

Lebih mengecewakan apabila segelintir netizen tergamak melemparkan pelbagai spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas terhadap penyanyi itu. 

“Saya dah boleh agak peminat akan buat pelbagai spekulasi bila Sabronzo berkahwin, sedangkan Dolla pun ramai yang cakap macam-macam.

“Apa yang terbaik adalah terus mendoakannya. Macam mana industri muzik kita nak maju? Kesian dia sebelum ini kena tuduh bukan-bukan.

“Selepas dia muat naik gambar dah kahwin, apa jadi dengan netizen yang kata buruk dulu. Anda sudah buat fitnah yang besar dan patut minta maaf,” jelasnya.

 

Pada Isnin lalu, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Ryan Fieret.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung secara sederhana di Bali, Indonesia.

 

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-10-2025 12:10 PM
Tingginya slit


Quote sharlenetexas 1-10-2025 12:11 PM
Jadi gosip je la katanya politician/org bisnes kelate tu?

Tetap memilih dj.


Quote prince_marhaen 1-10-2025 12:14 PM
kenapa si temasek kepam ni pulak yang into the scene? terpaling tau ke?
btw takkan la mek sabrina nak pilih awe klatey kan... nanti takleh lanjerrr.. hahaha
Quote sharlenetexas 1-10-2025 12:16 PM
Nah liyana j pun tak mampu pose tertonggeng macam ni.

[ig]https://www.instagram.com/p/DPD7Nc9kz_c/?igsh=QkFNdXhTLUxkbg%3D%3D[/ig]

Quote sharlenetexas 1-10-2025 12:17 PM
sharlenetexas replied at 1-10-2025 12:16 PM
Nah liyana j pun tak mampu pose tertonggeng macam ni.

Ni pun mention dj. Dj suami dia lah tu.


Quote BoongaKertas 1-10-2025 12:20 PM
mamat ni besti dgn sheols ke? kenapa dia kuarkan statement ni? ok, citer tak lengkap lah. byk persoalan. mohon reputz buat keje bebetul masa tulis artikel tu yach!
Quote Binodino 1-10-2025 01:01 PM
Bakpo mu nikoh sapa ke bali nu, mek weh? Bakpo tok nikoh alik kelate? Kawe royak doh kae, sek kito jange pecoh. Huk aloh la mek weh. Bakpo berona lagu tu.

Cokcekcokcekcokcek itulah bunyi cicok galok
Quote pocongkiutss 1-10-2025 01:05 PM
Eh iols kompius..sidang tergempar pasal hapis suip..pehtu tetibah citer pasal sabronzo?
Quote pocongkiutss 1-10-2025 01:06 PM
Sesuai la dia ngan mat saleh kan..sekufu gituh
Quote PocongTerbang 1-10-2025 01:38 PM
Sbb SAH ent syarikat sufi kan? SAH ent yg handle concert dolla nanti,tu sbb kot sufi enterprem. Ada org cakap sab ni dah nikah awal dah,bulan 8 cuma baru ni buat resepsi kat bali
Quote SisLena 1-10-2025 01:42 PM
Nk jadi macam si ipan ke terpaling spill hahaha. BTW, tak ensem ye laki dia hahha.
Quote Cpkay 1-10-2025 02:11 PM
dah 30 tahun si sab ni .. masih lagi ligat menari nari dan sexy mexy ya..
Quote I.K.A888990 1-10-2025 03:37 PM
retis2 lain kawen walau kebaratan majlisnya tu takde lah dasyat komen2 netz kat situ

tapi si meksab ni mmg habis kena hamun.."siapa bimbing siapa" "baru tahu dia islam"
Quote LaskarHijayu 1-10-2025 03:58 PM
Takpa la kawen ngan DJ ryan. Jgn la dgn DJ kid. Yg tu EM punya
Quote KamikuP 1-10-2025 04:07 PM
Dia kawen mat saleh rejek ke macam Liena Hangat tu?
Quote hyie 1-10-2025 05:32 PM
prince_marhaen replied at 1-10-2025 12:14 PM
kenapa si temasek kepam ni pulak yang into the scene? terpaling tau ke?
btw takkan la mek sabrina n ...

sebab heshe yang handle konsert dolla hujung tahun ni kat KL & Singapore under SAH Entertainment
Quote penmerah 1-10-2025 05:46 PM
Sufi handle konsert dolla dan hafiz shuib ye?
Wahhhh bisness baik ni.... pandai sufi cari income... tak bergantung pada nyanyian heol je

Akak meraikan comeback hafiz shuib
Piz, hazama sgt berbakat. Nyanyi live sedap harap bersinar lama . Akak suka vocal piz dan hazama berbanding hail

On the second note.... syantek2 ye persalinan sab nih though seksi
Cutting baju2 sume on point
Selamat pengantin baru sab dan pasangan

On third notes: fuhhh lega benang fattahwho dan mirahhh kelihatan hampir pupus di persada board gossip
Harap boleh la kembali ke kuburan... ampa pun sekadar tibaiunta
Paling lega si infant bulu sudah tidak kedengaran lagi di persada seni gossip. Habis dah riwayat menunggang fattahwho  vibe. Good bye infant bulu

Quote supernaturalee 1-10-2025 06:02 PM
pocongkiutss replied at 1-10-2025 01:05 PM
Eh iols kompius..sidang tergempar pasal hapis suip..pehtu tetibah citer pasal sabronzo?

sian dek hapis

dah lah tiket konsert sendu

buat PC tergempar pun korg ambik limelight

caner nk buat bg org bg center attention kt konsert heols nih




btw si supi ni ke yg jd organizer konsert heols

sbb rs mcm pnh baca yg dia bisnes event2 ni

tak kan retis opening plk kan

kot iye pun cari semenggah sikit

KB ke, aina abdul ke


Quote seibei 1-10-2025 07:55 PM
pocongkiutss replied at 1-10-2025 01:05 PM
Eh iols kompius..sidang tergempar pasal hapis suip..pehtu tetibah citer pasal sabronzo?

haha.. kan..ke dollah penah buat show kt spore, jadi adalah ikatan terjalin.dia pun manager ke company mngement konsert kat spore kan.
tp yg bgtau dia pun universal music

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050243 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top