CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Berhenti sebar berita tak tepat, tiada penyeksaan, tembakan’ - Nadzmi Adhwa

2-10-2025 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15541| Komen: 436

 


Hari yang penuh debaran, pelakon Nadzmi Adhwa masih ternanti-nanti kemas kini terbaharu keadaan isterinya, Ardell Aryana yang kini ditahan pihak Israel di lokasi tidak diketahui ketika ini.

Menurut Nazdmi, dia masih tidak melelapkan mata sehingga kini kerana diselubungj perasaan bimbang memikirkan situasi Ardell yang merupakan salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) apabila gagal dihubungi ketika ini.

“Saya tak tidur sejak malam tadi tetapi dalam masa sama menunggu.

“’Call time’ saya pukul 11 pagi, masih menanti kemas kini terbaharu daripada pihak yang berkaitan,” katanya.

Dalam masa sama, dia memohon orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak benar yang mendakwa berlaku penyeksaan terhadap aktivis yang ditahan.


 

“Tolong jangan sebarkan info yang salah dan tidak sahih.

“Saya menerima khabar bahawa tiada apa-apa penyeksaan atau sebarang tembakan berlaku.

“Bawa bertenang dan mari kita teruskan berdoa untuk mereka semua. Allah ada, serah kepada Allah,” ujarnya.

Tiada apa yang dapat dilakukannya ketika ini, dia hanya berharap Ardell sentiasa dalam keadaan selamat.

“Jika tidak ditahan sepatutnya sudah boleh hubungi.

“Apa saya nak buat? Hanya berdoa sahaja,” ujarnya.

Nadzmi memberitahu, pihak Sumud Nusantara Command Centre juga sudah menghubunginya dan meminta untuk hadir ke pusat tersebut bagi memantau keadaan semasa kapal dinaiki isterinya ketika ini.

“Sumud Nusantara Command Centre ada hubungi dan minta supaya waris Ardell berkumpul di pusat operasinya bagi bersama-sama memantau perkembangan terkini kapal dinaiki Ardell,” katanya lagi.

Difahamkan, kali terakhir Ardell berkongsi perkembangan adalah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya diserang rejim Zionis.

Sehingga pagi tadi, akaun laman sosial Sumud Nusantara Official melaporkan seramai 17 sukarelawan Malaysia ditahan rejim Israel termasuk penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan pempengaruh Hazwani Helmi. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 2-10-2025 12:33 PM
ingatkan nama sebenar..
sekali jauh menyimpang..
Quote makadek 2-10-2025 12:42 PM
nadir baru cakap SEMUA SELAMAT
jgn over dayah kawan2 ko perati je
kena culik kena tahan tk kan ni layan carpet merah .... teruk lagi rakyat palestine kebulur bunuh dn rogol
Quote eyansss 2-10-2025 01:37 PM
makadek: nadir baru cakap SEMUA SELAMATjgn over dayah kawan2 ko perati jekena culik kena tahan tk kan ni layan carpet merah .... teruk lagi rakyat palestine ke ...


geng2 retis perempun yang pegi kalini jenis propa2, jadinya aku pun susah nak percaya...  kena pulak contra darik apa nadir cakap...

Quote eyansss 2-10-2025 01:38 PM
prettyuglybabe replied at 2-10-2025 12:33 PM
ingatkan nama sebenar..
sekali jauh menyimpang..

aku pun terkejut baca...  hahahaha...  takde persamaan langsung...  nick dia ni dia dapat dari novel kot...
Quote Sesuatu… 2-10-2025 01:39 PM
Lakinya pulak kate jgn buat cerita. Semuanya okay…aterr dh bini kome yg upload gitu
Quote katak hijau 2-10-2025 01:41 PM
makadek replied at 2-10-2025 12:42 PM
nadir baru cakap SEMUA SELAMAT
jgn over dayah kawan2 ko perati je
kena culik kena tahan tk kan ni la ...

Dia ni mmg drama sangat
Quote Lampuled 2-10-2025 01:47 PM
So status dia masih bebas atau dh ditangkap? Makin tak fhm pulak. Video dia takde pun dlm list ditangkap tu.
Quote solarlunar 2-10-2025 01:50 PM
Lampuled replied at 2-10-2025 01:47 PM
So status dia masih bebas atau dh ditangkap? Makin tak fhm pulak. Video dia takde pun dlm list ditan ...

Tgk kt FB. Ardell and another volunteer Razali tak dpt dikesan lepas kapal mereka kena serangan.
Quote brainbiru 2-10-2025 02:01 PM
eyansss replied at 2-10-2025 01:37 PM
geng2 retis perempun yang pegi kalini jenis propa2, jadinya aku pun susah nak percaya...  kena pul ...

Sama.. aku perati jeerrrrr
Quote brainbiru 2-10-2025 02:01 PM
Ardell atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin


OKAY
Quote stania83 2-10-2025 02:01 PM
Idf tangkap tak berani buat apa apa..all eyes on them now . Kena tangkap atas kapal lagi selamat daripada sampai pantai gaza
Quote Prickford 2-10-2025 02:21 PM
Status terkini dekat tracker, kapal Ardel dah jadi kapal paling dekat nak sampai Gaza. Please jgn bnyk drama sangat boleh tak. Kita tengah simpati dekat rakyat kita yg betul2 kena tahan.
Quote naina 2-10-2025 02:31 PM
Ardell katanya dah melepasi red zone. Ckit lagi nak sampai. Ntah2 dah sampai sekarang. Tggu update dari phone rakyat Gaza. Sebab HP ahli GSF dah buang lautkan
Quote dua_chzy 2-10-2025 02:32 PM
Membongak ke? Emh.
Quote Sendawg 2-10-2025 02:49 PM

Lepasni kalu dapat balik Malaysia lagi membongkak tapi idk mungkin hati aku hitam sangat. Aku kesian dgn ahli2 lain, even retis2 lain. Cuma Ardell ni je aku skeptical. Entahlah Allah mohon bersihkan hati aku yang hitam ni kalu aku salah sangka.
Quote IzzahF 2-10-2025 02:51 PM
prettyuglybabe replied at 2-10-2025 12:33 PM
ingatkan nama sebenar..
sekali jauh menyimpang..

haa tu le pasal
Quote toynme 2-10-2025 02:53 PM
Sendawg replied at 2-10-2025 02:49 PM
Lepasni kalu dapat balik Malaysia lagi membongkak tapi idk mungkin hati aku hitam sangat. Aku kesi ...

amin. aku amin kan yang paling ikhlas tau ni
mesti ko teringat2 lagi ekk dia pakai skirt pendek pastu ngedate ndn dato merah tu kan
Quote kalchi 2-10-2025 02:55 PM
Maafkan la dia ni korang mcm xtau dia ada over over sikit. Belum apa apa lg dikatakanya kena siksa. InsyaAllah la semua selamat, kan delegasi pelbagai negara tu. Wlpn cuti public katanya bederet cuti tapi Isewel tu takkan bole buat sesuka hati pada aktivis ni. Semua negara memandang
Quote kalchi 2-10-2025 02:56 PM
dua_chzy replied at 2-10-2025 02:32 PM
Membongak ke? Emh.

She mmg drama queen sikit...

Lihat semua komen(436)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.129669 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top