CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau melampau, tak sesuai dengan imej, saya tolak’ - Erra Fazira

2-10-2025 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 992| Komen: 14

 


NAMPAK menyeronokkan, namun menjadi duta sesebuah produk dan jenama bukanlah satu tugas yang mudah.

Kepercayaan dan perbelanjaan tinggi ditabur sesebuah jenama yang terlibat seharusnya dibalas dengan impak serta hasil mendatangkan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak.

Perkara tersebut diakui Erra Fazira selepas hampir lima tahun bergelar duta kepada rangkaian produk makanan Captain Dolphin.

Akui Erra, 51, dia tidak mudah menerima tawaran untuk bergelar duta mana-mana produk selama ini sebaliknya hanya akan bekerjasama dengan jenama yang diyakini daripada semua aspek.

“Saya sangat bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk tahun kelima bagi menjalin kerjasama dengan Captain Dolphin.

“Kerja saya sebagai duta bukan jual muka untuk promosikan produk semata-mata tetapi turut terlibat dalam banyak perkara termasuk pemilihan rekaan bungkusan dan konten media sosial.


“Menerusi kerjasama ini, saya juga banyak belajar tentang selok-belok perniagaan.

“Biarpun hanya seorang duta, saya jenis akan beri usaha yang lebih untuk memastikan jenama tersebut diterima dan dikenali umum,” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran produk terbaharu jenama Captain Dolphin yang berlangsung di Sepang baru-baru ini.

Dalam masa sama, bintang filem Soal Hati itu masih menekankan prinsip untuk tidak melakukan sebarang konten yang boleh merosakkan dan bertentangan dengan imejnya sebagai wanita Muslim.

“Kandungan media sosial adalah antara syarat yang penting yang saya ambil berat sebelum menjalinkan kerjasama dengan mana-mana produk.

“Jika keterlaluan dan tidak sesuai dengan gaya atau imej, saya akan tolak. Saya tidak mahu disuruh buat sesuatu yang bukan diri sendiri sebab bukan cara saya.

“Bimbang nanti peminat terkejut dan tak boleh terima selepas melihat sesuatu yang berbeza dengan diri saya,” ujarnya.

Ujar pelantun lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, dia juga tidak keberatan untuk memberi input untuk sebarang kerja promosi bahkan

Erra yang mula bekerjasama dengan Captain Dolphin sejak 2022 turut memberi sumbangan idea dalam penghasilan perisa baharu syarikat berkenaan.

“Sebenarnya bayaran hanyalah sebagai ‘pintu’ untuk kerjasama. Kalau semuanya okey, saya tiada masalah untuk kerja lebih daripada yang diminta,” jelasnya.

Kahwin, tajaan

Tidak lengkap sekiranya tiada topik  peribadi dibicarakan apabila bersua muka dengan Primadona Filem Melayu seorang ini.

Masakan tidak, namanya kembali kerap menjadi bualan ramai selepas mengakui berkawan rapat dengan usahawan, Ezwan Zain,  namun ada yang khuatir sekiranya dirinya dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

Tegas Erra, pada usia ini, tiada istilah saling memperguna sebaliknya hubungan yang dijalin disifatkan sangat matang.

“Masing-masing sudah sangat dewasa dan matang serta bukan nak mencari tempat persinggahan.

“Saya pernah cakap pada Ezwan, kalau nak main roller coaster, saja mencuba, pergi kepada orang lain, bukan saya,” katanya.

Dilayangkan pertanyaan, sama ada sudahkah mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga seperti didakwa ramai berlangsung pada tahun ini, Erra hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir, dia enggan terburu-buru.

Setakat ini juga, banyak pihak melahirkan hasrat untuk menaja majlis perkahwinannya namun Erra bertegas, hari bahagianya hanya akan berlangsung dalam keadaan serba sederhana.

Berkali-kali juga Erra berpesan kepada Ezwan agar tidak tertekan dengan impian  orang ramai yang mahu melihat mereka bersanding di majlis gilang-gemilang.


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-10-2025 03:48 PM
Captain dolphin ni mender pulak?


Quote sharlenetexas 2-10-2025 03:48 PM
Produk makanan apa?


Quote ujio 2-10-2025 03:54 PM
Edited by ujio at 2-10-2025 07:55 AM
sharlenetexas replied at 2-10-2025 07:48 AM
Produk makanan apa?


Konjac jelly

IMG_9362.jpeg
Quote sharlenetexas 2-10-2025 04:00 PM
ujio replied at 2-10-2025 03:54 PM
Konjac jelly

Tak bahaya ke consume?


Quote Sazreena 2-10-2025 04:01 PM
Ni dulu kat sekolah kena ban sebb ada kes budak meninggal tercekik tapi bukan brand ni la..
Quote ujio 2-10-2025 04:16 PM
sharlenetexas replied at 2-10-2025 08:00 AM
Tak bahaya ke consume?

KKM ada warned la bahaya.
Boleh tercekik sbbkan teksturnya, jenis kenyal, payah larur, boleh sangkut kat usus.
Quote sharlenetexas 2-10-2025 04:18 PM
ujio replied at 2-10-2025 04:16 PM
KKM ada warned la bahaya.
Boleh tercekik sbbkan teksturnya, jenis kenyal, payah larur, boleh sangk ...

Boleh pulak erra jadi duta lima tahun dah. Kontra dgn tajuk thread.

Konjac ni utk kurus ke macamana?



Quote babelina 2-10-2025 05:00 PM
tp aku mmg suka mkn nie.. sedappp hehehe..
Quote orangbiasaje 2-10-2025 10:37 PM
babelina: tp aku mmg suka mkn nie.. seda ...


Sama...sedap kalau sedut dan kunyah slow2.
Quote kotakbaju 2-10-2025 10:56 PM
Tak silap brand ni ada keluar untuk nata de coco, meols macam penah beli dulu.
Quote mizzmimi 2-10-2025 11:49 PM
"Berkali-kali juga Erra berpesan kepada Ezwan agar tidak tertekan dengan impian  orang ramai yang mahu melihat mereka bersanding di majlis gilang-gemilang."

Koser la nokkk.. bukan 1st time kawen pun.. dah la kertu

Gitu iols hembus
Quote sharlenetexas 2-10-2025 11:57 PM
mizzmimi replied at 2-10-2025 11:49 PM
"Berkali-kali juga Erra berpesan kepada Ezwan agar tidak tertekan dengan impian  orang ramai yang ma ...


Umur macam ni takyahlah tunjuk kemaruk sangat kak erra. Mcm pompuan pulak terhegeh2. Padahal dah 2x kawin siap pakej bf ber boxer bertumbuk dgn skandal. Caught in the act. Tu belum lagi sejarah daddy daddy penaja.


Quote evlinne 3-10-2025 01:33 AM
Muka dia pakai tudung bawal tu mcm stiff air mukanya.. entah maybe sbb terlebih buat muka
Dia cantik yg plastik, ada something yg pelik kt raut muka dia. Xtahu nak describe
Quote nonymous 4-10-2025 07:16 PM
era Erra Fazira back to back berlakon filem, sehingga digelar primadona, sheols dari dulu hingga kini menten jelita. Best pula era dimana lakonan didominasi Erra Fazira, nyanyian Siti Nurhaliza, komedi didominasi Saiful Apek, lakonan tv didominasi Rosyam Nor.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044464 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top