CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Status sebenar kapal dinaiki Ardell belum diperoleh

2-10-2025 09:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 564| Komen: 0

 


Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri memaklumkan status sebenar kapal Mikeno yang dinaiki selebriti, Ardell Aryana bersama beberapa lagi sukarelawan dari negara lain dalam konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) masih lagi belum diperolehi.

Nadir dalam satu hantaran di Facebook berkata, menurut sistem Automatic Identification System (AIS), kapal tersebut kelihatan berada dalam kawasan perairan Gaza, bagaimanapun perjalanannya tidak menepati pergerakan biasa kapal layar.

“Maklumat paling sahih berkenaan Mikeno ialah CC GSF tak dapat memastikan situasi akhirnya.

“Bot berada di lokasi tetapi tak dapat dipastikan sama ada peserta masih berada di dalamnya,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Nadir berkata, penduduk di Gaza juga tidak dapat melihat bot tersebut dari kawasan pantai.

“Apa pun, tak perlu bimbang kerana insya-Allah mereka semua selamat. Kapal ini dinaiki peserta dari negara Brazil, Turkiye, Netherland, Norway, Amerika Syarikat, Spain dan Malaysia (Ardell),


“Kalau bot ni betul dapat cecah pantai Gaza, saya isytiharkan Ardell sebagai wali Gaza baru dekad ini!,” katanya.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.025732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top