|
Beijing: Seorang lelaki berusia 60 tahun dari timur China menjadi perhatian selepas diterima masuk ke universiti dan menyertai latihan ketenteraan, lapor South China Morning Post. Wang Wensheng dari Hefei, wilayah Anhui, sebelum ini pernah gagal dua kali dalam peperiksaan kemasukan kolej kebangsaan atau gaokao. Namun, bekas pekerja sumber manusia itu akhirnya mencapai impian apabila diterima masuk ke sebuah universiti bagi melanjutkan pengajian dalam bidang vokasional pada Ogos lalu. Susulan itu, dia kini mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran dalam talian dan e-dagang penstriman langsung. Kata Wang, merasai suasana pembelajaran di kampus universiti adalah impiannya sejak muda. Dalam pada itu, keluarganya menyokong penuh keputusannya, malah dia membiayai sendiri pengajian tiga tahun menggunakan duit simpanan dan gaji isterinya.
Pada September lalu, Wang turut menyertai latihan ketenteraan universiti yang diwajibkan untuk pelajar baharu. Latihan dua minggu itu merangkumi kawad, latihan fizikal dan aktiviti membina semangat berpasukan. Wang yang sihat tubuh badan berjaya menamatkan latihan mengikut piawaian ditetapkan. Dia turut berkongsi pengalaman hidup bersama rakan sebilik yang lebih muda dan mudah menyesuaikan diri di kampus. Selain itu, Wang juga sering menstrim secara langsung proses pembelajarannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Kini dia mengumpul lebih 45,000 pengikut dalam talian dan sering menerima pujian kerana ketekunannya. Sumber: – Harian Metro |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.083372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.