CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 75 tahun meninggal dunia sehari selepas kahwin wanita 35 tahun

3-10-2025 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2506| Komen: 16

 


Jaunpur: Seorang lelaki berusia 75 tahun, Sangruram, yang baru berkahwin dengan wanita kurang separuh daripada usianya dengan harapan mencari teman hidup selepas dilanda kesunyian, ditemui meninggal dunia pada pagi selepas majlis perkahwinan.

Kejadian berlaku di kampung Kuchhmuchh, daerah Jaunpur, Uttar Pradesh.

Lelaki itu kehilangan isteri pertamanya setahun lalu dan sejak itu hidup bersendirian.

Tanpa anak, beliau menyara hidup melalui kerja bertani.

Menurut saudara-mara, keluarganya menasihatkan agar tidak berkahwin semula, namun dia tetap meneruskan hasrat itu.

Pada Isnin, 29 September, dia berkahwin dengan Manbhavati, 35, dari kawasan Jalalpur. Pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah dan kemudian melangsungkan upacara tradisional di sebuah kuil tempatan.

Selepas majlis, Manbhavati berkata suaminya memberitahunya supaya menguruskan rumah tangga manakala dia akan "menjaga anak-anak".


Katanya, mereka berdua banyak menghabiskan malam pertama berbual.

Namun, pada keesokan paginya, kesihatan Sangruram tiba-tiba merosot. Dia dibawa ke hospital, tetapi doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Kematian mengejut itu menimbulkan pelbagai spekulasi di kampung. Ada penduduk menyifatkannya sebagai kejadian semula jadi, sementara ada yang menganggap keadaan itu mencurigakan.

Saudara-mara si mati, termasuk anak saudara yang tinggal di Delhi, menghentikan upacara pengebumian.

Mereka menuntut agar upacara hanya diteruskan selepas kehadiran mereka.

Persoalan turut timbul sama ada siasatan polis atau bedah siasat akan dijalankan.


Sumber: – Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 4-10-2025 04:10 AM
jaga anak-anak?? what

confuse jap. banyak betul keanehan dalam artikel ni
Quote B40tastePosh 4-10-2025 07:19 AM
PULANGKAN replied at 4-10-2025 04:10 AM
jaga anak-anak?? what

confuse jap. banyak betul keanehan dalam artikel ni

Jaga anak tekak, anak benih pokok, anak tudung, anak lesung, anak mata, anak hidung, anak lidah dan sebagainya.

Quote Tinot7 4-10-2025 07:48 AM
PULANGKAN replied at 4-10-2025 04:10 AM
jaga anak-anak?? what

confuse jap. banyak betul keanehan dalam artikel ni

Mebbe dia kawen dgn janda anak 2?
Quote FOTHER-MUCKER 4-10-2025 10:32 AM
Mungkin kerana viagra cialis stendra
Atau tungkat kayu ali
Quote prettyuglybabe 4-10-2025 11:34 AM
PULANGKAN replied at 4-10-2025 04:10 AM
jaga anak-anak?? what

confuse jap. banyak betul keanehan dalam artikel ni

mungkin dia berharap kawin baru dengan perempuan muda ni dia boleh dapat anak..

Quote sukacactus 4-10-2025 11:40 AM
Penat kot berjaga sepanjang mlm sembang2 dgn bini baru
Quote epuepy 4-10-2025 03:09 PM
Hrp pakcik ni sempat la mlm Pertama ngn bini baru.
Quote Decaffeinated 4-10-2025 03:26 PM
epuepy replied at 4-10-2025 03:09 PM
Hrp pakcik ni sempat la mlm Pertama ngn bini baru.

Boleh check kesan koyakan baru atau lama.



Quote kemaruk 4-10-2025 04:11 PM
Habis semua bendalir lendir dalam badan dikeluarkan kot masa malam pertama
Quote edayildiz 4-10-2025 08:33 PM
pakcik ni ada slh mkn jamu ke
Quote MissYouSayang 4-10-2025 10:01 PM
Mninggal ketika ngentot kire hepi ending la kot
Quote Suchi 4-10-2025 10:07 PM
Nih kira acik kayo ke kayap
Quote Purestteam1 5-10-2025 09:05 PM
sebelum bertempur pakai la inhaler atuk oi
Quote TOPwind 5-10-2025 11:21 PM
mungkin dia ternampak
atau terlihat atau tertengok


yg bini dia tu ada batang.

walaun bagaimaneion pun harta kena Faraid

contoh ada 10 kuali antiq bini baru dapat dua dan seterusnya
Quote renko 6-10-2025 12:11 PM
Konek patah ke penangan 35tahun punya pompuan
Quote dubuk 8-10-2025 01:47 PM
kenapa dibaginya kahwin ate aokme nye

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2026 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.095167 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top