CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Calon suami perlu faham situasi - Riena Diana

3-10-2025 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2444| Komen: 20

 


PELAKON Riena Diana, 28, memaklumkan urusan perkahwinannya perlu mendapat izin daripada neneknya Fatimah Matsom terlebih dulu kerana wanita itu adalah insan terpenting dalam hidupnya.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, dia bukan sahaja cucu perempuan sulung dalam keluarga, tetapi sejak kecil hingga dewasa dibesarkan oleh neneknya.

"Jadi, saya tak nafikan restu terpenting yang perlu diperoleh dulu sebelum saya nak berkahwin adalah daripada nenek saya sendiri. Malah, saya juga akan membawa nenek tinggal dekat dengan saya.

"Apapun, bila bercakap soal kahwin ini... bukannya saya tak mahu berkongsi lanjut, tetapi segala keputusan bergantung kepada nenek. Izin dan restu dia (nenek) paling utama," katanya.

Riena yang menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon Keith Foo, 42, sejak setahun lalu sudah memaklumkan perkara itu kepada kekasihnya dan beliau amat memahaminya.


"Alhamdulillah, dia faham serta menerimanya sebab memang ada juga beberapa perkara yang kita sudah rancang. Jadi, Keith kenalah ikut 'guideline' itu seperti dia perlu kumpul duit lebih sedikit.

"Kiranya bila sudah berkahwin nanti, kita bukannya nak kira pasal perkahwinan itu sahaja, tapi mestilah nak ada perancangan yang jelas untuk kehidupan selepas berkahwin. Kita kena juga fikir jauh," katanya.

Mengulas perancangan perkahwinannya, Riena berkata, dia menunggu pihak lelaki membuka mulut terlebih dahulu.

"Dalam perhubungan mestilah kita pun tak mahu tunggu lama-lama kan. Jadi sekarang ini, saya hanya tunggu 'signal' daripada dia (Keith) sahaja. Kalau dia kata 'on', saya pun 'on'.

"Apatah lagi, saya juga tak nafikan ada syarat penting daripada nenek iaitu bukan sekadar cincin atau persetujuan keluarga sahaja, tetapi Keith kena sediakan rumah.

"Setakat ini, Keith memang sudah ada rumah sendiri pun. Cuma, kalau boleh kita nak cari rumah 'landed' sebab ini salah satu permintaan nenek saya untuk kami duduk bersama nanti," katanya.

Dalam pada itu, Riena memberitahu dia kagum melihat kesungguhan Keith yang menunjukkan minat untuk mendalami Islam ketika ini termasuk sudah mula belajar solat.

Terdahulu, Riena hadir pada majlis pelancaran Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet (8 Episod) yang akan disiarkan di TikTok dan Instagram pada setiap Rabu dan Khamis jam 12 tengah hari.


Sumber: – Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-10-2025 11:25 PM
X kan lah nenek ko nk biarkan ko mcm ni lama2 dgn boipren...ishhh
Quote sharlenetexas 3-10-2025 11:41 PM
Dah reti dah sekarang xde tayang gambar bergesel melekat. Errr neneknya ada tgk tak? Nenek open minded.


Quote Buritan 4-10-2025 07:28 AM
sharlenetexas: Dah reti dah sekarang xde taya ...


.mana ade nenek open minded.. mesti suh kawin cpt
Quote Rrbc92 5-10-2025 10:01 PM
noor2: X kan lah nenek ko nk biarkan  ...
nenek pun meluatt
Quote Rrbc92 5-10-2025 10:01 PM
noor2: X kan lah nenek ko nk biarkan  ...
nenek pun meluatt
Quote menjad 5-10-2025 10:15 PM
Siap nak rumah landed... Nak duit lebih. Masalah ehhh bf dia tuh macam sengkek
Quote Kerusijati 5-10-2025 10:25 PM
Kesian gak dia ni..byk kali dah bg hint..bf buat2 tak faham je
Quote naina 5-10-2025 10:36 PM
Nak rumah landed, nak duduk sekali ehhh KO kawen jelah dengan nenek dia Keith. Macam2 hal pmpuan ni. Dh kawen nnt ko akan rasa nenek ko annoying
Quote royaldanish 5-10-2025 11:36 PM
lawa nama she ye
Quote ariel_mermaid 5-10-2025 11:52 PM
Kenapa bukan dia yg beli rumah sendiri. Dia yg nak kena bawak nenek dia duduk sekali kan. Eh
Quote azimodin 6-10-2025 06:58 AM
Kenapa i rasa nenek dia bagi hint2? Nenek cakap berlapik sebab takut cucu tersentap pulak. Samaada RD tak faham atau buat2 tak faham. Untuk someone yg dah lama dalam industry, umur dah 40s tapi masih macam financially unstable. Rumah landed pon ada je yg lagi murah dari kondo.
Quote Samerosie 6-10-2025 07:05 AM
naina replied at 5-10-2025 10:36 PM
Nak rumah landed, nak duduk sekali ehhh KO kawen jelah dengan nenek dia Keith. Macam2 hal pmpuan ni. ...

Hahaha sokong. Kemain nenek nya ingat cucu kawin anak raja ke.  Kang bg landed teres setingkat area b40 tak nak terima pulak.
Quote bintangct 6-10-2025 07:10 AM
blm apa2 dh demand mcm² Ni hint nak putus ke hint nak suruh pinang cpt haha
Quote kucingitam 6-10-2025 02:34 PM
better keith kahwin dgn nenek la.. semua nak sediakan ikut keperluan nenek...
Quote sukanyanyi 6-10-2025 03:09 PM
masalahnya, dh kulu kilir, kepit2, open sgt kat tv n medsos, baru nk pikir restu nenek bagai? sheols ni dari dgn bf lama dh kedengaran demanding material-wise tp mcm tak blaja from mistake utk tak terlalu open psl rship.
Quote BoongaKertas 7-10-2025 11:54 AM
demanding gak nenek chuols ye RD. iols doakan yg baik2 jer lah, chuols berhak utk tetapkan as long bakal suami willing to fulfill, iols rasa no issue pun.
Quote Ahgerbitch 7-10-2025 12:53 PM
lepas tu keith?? krik krik krik....
Quote Akalditipumata 7-10-2025 01:47 PM
sharlenetexas: Dah reti dah sekarang xde taya ...


Rasanya nenek dia mmg jnis open jgk.. rasanya fmly dia pn jnis have2 jgk.. Tu demanding or delaying ehhhh
Quote sukacactus 7-10-2025 09:32 PM
So KF xleh ikut le kot syarat ni
Mcm dah x saling follow each other dah npknya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.080738 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top