CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alasan tumpang tandas lepas hantar makanan, pemuda, janda kena cekup khalwat

3-10-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1654| Komen: 4

 


Johor Bahru : Mahu menumpang tandas hotel selepas kononnya menghantar makanan.

Itu alasan yang diberikan penghantar makanan e-hailing yang ditahan bersama janda selepas disyaki berkhalwat dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut JAINJ, dalam serbuan jam 11.30 malam itu pintu hotel yang diketuk penguatkuasa JAINJ lambat dibuka.

"Penguatkuasa mengetuk bilik yang lambat dibuka sehingga 10 minit. Pintu dibuka oleh seorang wanita berpakaian lengkap. Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki sedang duduk di atas katil.

"Lelaki itu mengatakan dia datang ke bilik untuk menghantar makanan dan berehat seketika kerana penat seterusnya menggunakan tandas.

"Makanan yang dikatakan dihantar itu pun tidak ada dan bekas pun tidak jumpa. Pemeriksaan di aplikasi, tiada pesanan makanan dibuat.


"Lelaki bujang umur 30-an dan wanita janda anak satu umur 30-an. Lelaki 3 tahun lebih muda pada wanita,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: – Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxgamer82 6-10-2025 09:56 AM
dialah makanannya...
Quote MsKathryn 6-10-2025 02:32 PM
Alasan
Quote Decaffeinated 7-10-2025 08:32 AM
Cakap lah hantar air. Kalau tak faham juga tak tau lah.
Quote shernazz 7-10-2025 08:37 AM
Hahaha
Ni mesti dah kalut kan pastu bagi je alasan apa pung..haha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053981 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top