CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GSF: 'Kami tidak akan berhenti' - 9 kapal baharu berlayar ke Gaza

3-10-2025 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2218| Komen: 13

 


Ankara: Pertubuhan antarabangsa 'Global Sumud Flotilla' pada Jumaat memaklumkan bahawa sembilan kapal baharu tiba di pesisir utara Marsa Matruh, Mesir dan meneruskan pelayaran ke Gaza bagi mencabar sekatan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

"Gerakan global mesti diteruskan… di setiap pelabuhan, setiap jalan, setiap dataran."

"Kami tidak akan berhenti," menurut kenyataan flotila di platform X, sambil menjelaskan bahawa sembilan kapal 'Thousand Madleens Flotilla' kini telah tiba di utara Marsa Matrouh dan dalam perjalanan ke Gaza.

Pada Khamis, Freedom Flotilla Coalition, FFC berkata, sebanyak 11 kapal lagi sedang belayar menuju Gaza bagi memecahkan sekatan Israel yang telah berlarutan bertahun lamanya.

Menurut FFC, kira-kira 100 orang berada di atas bot berkenaan, di pesisir Crete.

FFC yang ditubuhkan pada 2008 melancarkan puluhan misi bertujuan menghantar bantuan dan menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza yang dikepung Israel.


Konvoi terbaharu itu berlepas dua hari selepas tentera laut Israel menyerang dan menawan lebih 40 bot yang belayar ke Gaza serta menahan lebih 450 aktivis di atas kapal.

Israel sebelum ini turut menyerang kapal menuju Gaza, merampas muatannya dan mengusir aktivis yang berada di atas kapal.

Sumber: – Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 3-10-2025 11:54 PM
Ni dari Italy tu kan. Tak jauh dah tu egypt ke gaza
Quote B40tastePosh 4-10-2025 12:52 PM
Hantar la dukun santau dari negara  @Friska dan @nusaraya
Quote pinggan 4-10-2025 01:03 PM
Semua orang ada peranan masing2. GSF pastinya dah meningkatkan kesedaran masyarakat dunia ttg apa yg jadi di Gaza. Yang nak terus jadi utusan setan, the choice is yours.
Quote ChildrenOfBodom 4-10-2025 01:35 PM
yang lawaknya  lanciao2 munafik yang tak pi laa yg terpaling gaza terpaling sumud. sambil dok melahap makan tak ingat dunia dok up status, orang gaza kebuloqq... anjirrrrrrrrrr
Quote kemaruk 4-10-2025 02:45 PM
Dorang yang pergi, nape haters pulak yang panas ye?
Quote kemaruk 4-10-2025 02:45 PM
Free free palestine!
Quote Decaffeinated 4-10-2025 03:09 PM
Kapal2 ni masa tak pergi Gaza buat apa ya? Tangkap ikan ka?
Quote TravellingBear 4-10-2025 04:14 PM
B40tastePosh replied at 4-10-2025 12:52 PM
Hantar la dukun santau dari negara  @Friska dan @nusaraya

Katanya jin jin tak boleh merentas laut





Katanya lah
Quote ninja boy 4-10-2025 06:04 PM
Edited by ninja boy at 4-10-2025 06:12 PM

Kalau tgk film2 tipu2, dalam kapal besar ada simpan 20 boat laju, sebelum kapal utama ditahan boat 20 laju dah selamat mendarat gaza gituh, atau abcdefgh senang cerita kena ada taktikal
Area situ ada kapal selam ka, pakai mini kapal selam yg bercat ikan paus
Tugas tukang bawak kapal yg kena mahir belok sana sini elak dikesan
Quote areyam 6-10-2025 03:57 PM
kapal2 haritu semua dapat kat Isahael ke? Nnt kapal ni pun jdi hak milik israell ke?
Quote TeropongThaico 6-10-2025 04:23 PM
Semoga berjaya sampai...
Comel pulak tengok body kapal tu penuh dgn lukisan
Quote fattymah 6-10-2025 06:07 PM
areyam replied at 6-10-2025 03:57 PM
kapal2 haritu semua dapat kat Isahael ke? Nnt kapal ni pun jdi hak milik israell ke?


Ya lor... nanti dia tenggelamkan
Quote bpbbppbp 8-10-2025 02:57 PM
Edited by bpbbppbp at 8-10-2025 09:59 PM

Conscience dan semua dah kena pintas israel klau tgk tracker website. Tpi baru je kat Egypt. jauh lagi nak ke Gaza dah kena tahan. Moga selamat semua trmasuk 9 org malaysia dlm wave ni.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095377 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top