|
Kuala Lumpur: Himpunan solidariti Global Sumud Flotilla (GSF) bertukar tegang dan kecoh apabila peserta mendesak supaya dibenarkan masuk sehingga ke pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini. Peserta yang berhimpun kira-kira 100 meter dari pintu masuk kedutaan melaungkan: 'Buka, buka, buka' sambil bertakbir berulang kali, selain cubaan memprovokasi anggota polis supaya membuka penghadang jalan selama 20 minit. Difahamkan, ada beberapa peserta dipercayai membaling telur ke arah pagar premis kedutaan. Walaupun pihak penganjur sudah menamatkan ucapan pada 4.15 petang dan meminta orang ramai bersurai, sebahagian besar peserta enggan berganjak dan berhimpit di kawasan penghadang dengan tuntutan supaya dibenarkan mara ke perkarangan kedutaan. Tinjauan di lokasi mendapati lebih 200 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan mengekang tindakan agresif.
Turut berada di lokasi Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail bagi mengetuai kawalan itu. Pasukan keselamatan berjaya mengekang keadaan daripada menjadi tidak terkawal dan terus meningkatkan kawalan bagi memastikan tiada provokasi bertukar menjadi insiden tidak diingini. Sumber: – Harian Metro |
bpbbppbp replied at 4-10-2025 12:04 AM
Ni yg baru ehh. Igt yang tersiku polis tu. Yg tu tak brp faham, org nak demo di kaki lima. Polis sur ...

ninja boy replied at 4-10-2025 12:28 PM
Drama tamil itu real, brp org ditahan penjahat, 4-5 kampung pi berdemo, jika pendemo secara aman no ...
Buritan replied at 4-10-2025 08:39 PM
Satu lg aku tak phm non ni..
Dpn rkyt hidup palestin benci serael.. dpn trum sembah ratu
axl_bach replied at 4-10-2025 08:57 PM
So dgn demo smpai dlm compound kedutaan apa yg kita akan dpt??...
Dgn bincang secara direct dgn T ...
Buritan replied at 4-10-2025 09:03 PM
Ye ke non sekolahkan trump..aku kureng caye skit
Kata depa.. just nak bg memorandum aje pun.. bkn ...
axl_bach replied at 4-10-2025 09:09 PM
Oklah Bangnon x sekolahkan Trump, dia jilat jer tengkuk Trump.... Btw, ko rasa antara Bangnon dire ...
Buritan replied at 4-10-2025 11:59 PM
Ye ke nak rempuh embassy.. ni semua ajaran dia jgk..
axl_bach replied at 5-10-2025 09:25 AM
Dah korg yg cerdik tau ajaran Bangnon yg bangang tu salah, apasal korg yg cerdik nk pergi ikut aja ...
Buritan replied at 5-10-2025 09:49 AM
Ape yg non buat ade yg betul ade yg salah dan ade yg over acting.. Ini pndpt aku laa.. Mgkin betul ...
Buritan replied at 4-10-2025 08:39 PM
Satu lg aku tak phm non ni..
Dpn rkyt hidup palestin benci serael.. dpn trum sembah ratu
cmf_almondpecan replied at 5-10-2025 10:06 AM
Mana boleh masuk ke premis kedutaan kecuali diberi kebenaran oleh kedutaan. Malaysia mempunyai tangg ...
axl_bach replied at 5-10-2025 10:21 AM
Aku fanatik?? Kah kah kah kah
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-5-2026 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053999 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.