|
Sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kematian suami, pelakon Datin Fadilah Mansor tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima pengganti. Meskipun hatinya masih belum mampu melupakan arwah suami, Allahyarham Datuk A Rahman, Fadilah yang dikenali sebagai Kak Chik mengakui perasaan ingin berteman menjengah, namun tidaklah terdesak untuk mencari. Menetapkan syarat asalkan bukan suami orang, Fadilah tidak menafikan ada yang cuba mendekati. Malah, dakwanya, pernah hampir ke fasa serius, namun terputus sebaik mengetahui si dia sebenarnya sudah beristeri. "Buat masa ini, saya serahkan kepada Allah kerana bukanlah tidak terbuka hati (mencari pengganti) tetapi, setakat yang ditemui, belum dapat tandingi arwah (suami) yang anggap terlalu baik. "Sebelum ini, saya pernah berkawan dengan teman lama dan dia mengakui duda. Tetapi, rupanya masih berstatus suami orang. Lantas saya terus memutuskan hubungan.
"Saya tidak boleh hendak hakimi seseorang kerana mana tahu, suatu hari nanti, saya ditemukan dengan individu yang lebih baik daripada arwah suami. "Tetapi, biarlah dahulu. Andai ada jodoh, adalah," katanya ketika ditemui dalam majlis makan malam sempena program Jelajah Santai Artis Seni Kreatif di sini, baru-baru ini. Fadilah berkata, dua anaknya tidak pernah melarang dirinya kembali berumahtangga, malah menggalakkan jika ada calon sesuai. Tidak meletakkan syarat kaya atau berkedudukan sebagai keutamaan, pelakon berusia 66 tahun itu juga sebolehnya inginkan seseorang yang mampu bertolak ansur serta memahami kerjayanya sebagai pelakon. "Alhamdulillah, saya masih ditawarkan berlakon dan aktif hingga kini. Saya akan terus dalam bidang ini setakat mana yang diperlukan. "Untuk itu, saya perlukan pasangan yang sangat memahami. Jika ditakdirkan berjumpa jodoh dari kalangan artis juga saya tidak menolak, asalkan mencukupi syarat terutama bukan suami orang," katanya. Meskipun tanpa pasangan hidup, Fadilah tidak pernah sunyi, malah sentiasa sibuk sama ada menjalani penggambaran atau aktiviti berpersatuan selain gemar berjumpa dengan rakan yang dianggap proses terapi. Tidak hanya itu, hubungan dengan dua anak tirinya termasuk Khir Rahman juga masih baik, Malah, pengarah drama dan filem itu juga sudah menawarkannya untuk berlakon dalam karyanya nanti. "Anak-anak tiri saya masih bertanya khabar. Khir sudah 'booking' saya untuk berlakon dalam dramanya. Kerjaya lakonan ini akan saya teruskan sehingga tahap tidak diperlukan lagi," katanya. Fadilah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham A Rahman pada 25 Disember 2014. Arwah A Rahman dilapor meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok serta pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019. Sebelum berkahwin dengan A Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London, namun bercerai pada 2012. Sumber: – Harian Metro |
Lilipelangi replied at 4-10-2025 11:45 PM
Makcik ni lawa
TeropongThaico replied at 4-10-2025 11:49 AM
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2
Dua2 ex husband org seni... Jodoh nnt pun kalangan org seni juga ...
Eh ada ke yg berumur sebaya achik ni yg masih aktif
Kangkung1M replied at 5-10-2025 01:23 PM
Sabree Fadzil?
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 PM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer
Ehhh tuanya sabree fadzil ...
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 AM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer
Ehhh tuanya sabree fadzil ...
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 AM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer
Ehhh tuanya sabree fadzil ...
aunty aiol minat gila2 heol dgn ridhuan hashim sampai ramai masuk minang dia tolak sbb nak muka sama antara diarg ni
Lilipelangi replied at 4-10-2025 11:45 PM
Makcik ni lawa
Rrbc92 replied at 5-10-2025 07:57 AM
kannn....tulah msih cri jodoh tu
TeropongThaico replied at 4-10-2025 11:49 AM
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2
Dua2 ex husband org seni... Jodoh nnt pun kalangan org seni juga ...
Kangkung1M replied at 5-10-2025 08:21 PM
Pada umur sekarang baik habiskan masa main dengan cucu2 & belanja duit simpanan yang berkepok-kepok ...
lazim replied at 5-10-2025 04:05 PM
Dia ni dulu bkn kawen dgn mak budak yg viral "tangan adik kt syurga" tu ke? Asyik kawen cerr je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-7-2026 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.167065 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.