CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ beri amaran risiko ekonomi jika jemputan Trump dibatalkan

4-10-2025 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6808| Komen: 72

 


Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi peringatan bahawa Malaysia berdepan risiko tindak balas ekonomi sekiranya kerajaan tunduk kepada desakan membatalkan jemputan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN.

Menurut Khairy, kedudukan Malaysia sebagai negara kecil yang bergantung pada hubungan perdagangan menjadikan sebarang keputusan diplomatik berisiko mengundang kesan besar. Beliau memberi contoh bagaimana Trump, sepanjang pentadbiran lalu, terkenal dengan sikap keras terhadap rakan dagang yang dianggap menentangnya.

“Malaysia ini kecil sahaja… kalau kita tarik balik jemputan, dia boleh kata ‘baik, saya naikkan tarif 90 peratus’,” katanya, merujuk kemungkinan reaksi keras Trump terhadap negara yang menentangnya.

Trump jadi tumpuan ASEAN
Trump dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan di Kuala Lumpur, sekali gus menjadikannya tokoh paling kontroversi dalam senarai jemputan. Kehadirannya mencetuskan perdebatan hangat kerana rekod dasar luar yang sering dikaitkan dengan sokongan kepada Israel dan tindakan keras terhadap Palestin.


Bagi sebahagian aktivis tempatan, kunjungan Trump dilihat mencalarkan imej Malaysia di pentas antarabangsa, manakala ada juga yang bimbang ia akan mencetuskan reaksi negatif dari masyarakat sivil. Tekanan politik semakin memuncak apabila beberapa pihak mengancam untuk mengadakan demonstrasi jika Trump tetap hadir.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan jemputan tersebut dengan alasan Trump merupakan pendokong kepada “jenayah kemanusiaan” terhadap rakyat Palestin.


Sumber: – The Reporter
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 4-10-2025 12:57 AM
Edited by nusaraya at 4-10-2025 12:59 AM

KJ tampaknya X PAHAM bahwaJika Trump DATANG ke MalayDesh maka RESIKO yang harus DITANGGUNG oleh  MalayDesh lebih BESAR dan BERRESIKO bagi NAMA BAIK dan IMAGE MalayDesh di  mata DUNA ...terutama di mata negara-negara majority Islam,Russia dan China  ketimbang Trump BATAL ....
Quote B40tastePosh 4-10-2025 07:24 AM
Edited by B40tastePosh at 4-10-2025 07:25 AM
nusaraya replied at 4-10-2025 12:57 AM
KJ tampaknya X PAHAM bahwaJika Trump DATANG ke MalayDesh maka RESIKO yang harus DITANGGUNG oleh  Mal ...


Ketimbang atau Kepiting?

Acik setuju kalau Kepiting menjepit kontol Ting Ting Nusaraya sehingga tidak membiak dan memenuhi Pulau Jawa yang sempit.
Quote Dwdrum 4-10-2025 08:31 AM
Lawak apa ko buat  KJ ... Tiba tiba saja US economy penting... Malu kan graduate Oxford and UCL saja... Lmfao... Fix ur own kind sudah severe level social triangulation... Dari PM... Marhein and media... Ko dahulu school kan US diplomat kan issue economy... Till trump hand pick a bum nick adam...

Maybe sesuai lah a bum meet a phunk...
Quote Decaffeinated 4-10-2025 08:46 AM
First of all, jemputan itu dari ASEAN kan? Berapa banyak dari negara anggota ASEAN yang siang malam, makan palestine, tidur palestine cuba senaraikan sikit. Myanmar ada masalah rohingya, Thailand dgn Kemboja pun berperang. Singapore, Philippines, indon?
Quote Buritan 4-10-2025 11:34 AM
Betapa hauknya pemimpin kita.. Dpn rkyt hidup palestin benci serael.. Dpn trump sembah ratu.. Bermuka muka sggh..

Ko yg silodariti sgt dgn palestin tuu.. Laa ni rkyt nak solifariti ko suh tutup jln laa anto polis laa.. Amende la non ni
Quote pengecatbintang 4-10-2025 12:02 PM
Buritan replied at 4-10-2025 11:34 AM
Betapa hauknya pemimpin kita.. Dpn rkyt hidup palestin benci serael.. Dpn trump sembah ratu.. Bermuk ...

Microsoft Windows yg kita guna kat komputer ni dibuat oleh Bill Gates

Gates ni salah seorang Yehudi Zion...

cuba uninstall Windows ni kat komputer ko
Quote Buritan 4-10-2025 12:04 PM
pengecatbintang replied at 4-10-2025 12:02 PM
Microsoft Windows yg kita guna kat komputer ni dibuat oleh Bill Gates

Gates ni salah seorang Yehu ...

Tau..mmg yahudi pandai.. tak dinafikan..
Quote pengecatbintang 4-10-2025 12:05 PM
Edited by pengecatbintang at 4-10-2025 12:06 PM



Persetujuan Tarif Berkaitan Periuk Nasi Rakyat

https://www.youtube.com/shorts/pKpNV4Z3X-E

[youtube]shorts/pKpNV4Z3X-E[/youtube]

Quote naina 4-10-2025 12:33 PM
Takutnya ekonomi KO ni
Seolah2 dunia ni Trump yg memberi rezeki
Quote Dwdrum 4-10-2025 12:37 PM
Bagi trump naik baru kalut buat transparency sebab tariff war.... Dahulu menbongak buat PC slander blinken.. Ter masuk US diplomat...

images-4.jpeg
Quote nusaraya 4-10-2025 01:50 PM
Edited by nusaraya at 4-10-2025 03:05 PM
naina replied at 4-10-2025 12:33 PM
Takutnya ekonomi KO ni
Seolah2 dunia ni Trump yg memberi rezeki

Itulah REALITY IDENTITY MalayDEsh sejati atau yang sebenarnya akibat WAHAM yang dideritanya selama ini ... Hidup dengan ILUSI dn HALUNISASI seolah-oalah merasa dirinya MAHA HEBAT, MAHA BESAR dan MAHA PERKASA di  DUNIA ini ...Tetapi ketika SADAR dan TAHU fakta dirinya sendiri adalah KECIL dan LEMAH  .. tiba-tiba berubah menjadi PENAKUT dan PENJILAT ...

Jadi teringat kata-kata ... MUSUH Terbesar dan yang paling ditakuti oleh PENDERITA WAHAM  adalah  FAKTA ...


Quote kemaruk 4-10-2025 02:49 PM
Come on anwar, batalkan je.. ekonomi memang dah hauk pon sejak ko pegang so takde kesan sangat pon

Kalau anwat batal lawatan trump, bangkem akan sokong anwat selama seminggu
Quote Decaffeinated 4-10-2025 02:59 PM
pengecatbintang replied at 4-10-2025 12:02 PM
Microsoft Windows yg kita guna kat komputer ni dibuat oleh Bill Gates

Gates ni salah seorang Yehu ...

Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.

Quote pengecatbintang 4-10-2025 03:05 PM
Decaffeinated replied at 4-10-2025 02:59 PM
Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.

kalo Trump imposed 100% tarif kat produk Mesia yg eksport ke U.S
apa akan jadi ngan periuk nasib pekerja2 kilang elektronik..



Quote pengecatbintang 4-10-2025 03:07 PM
masa Obama President

U.S pon bekalkan senjata kat Yisreal

Bijan x pertikai pun



[youtube]37cVCOa9Npo[/youtube]
Quote pengecatbintang 4-10-2025 03:20 PM
Decaffeinated replied at 4-10-2025 02:59 PM
Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.

ko dah uninstall Ms Windows


Quote Decaffeinated 4-10-2025 03:22 PM

Lambat lagi kot, ni asik dapat message suruh upgrade ja. damn.

Quote pengecatbintang 4-10-2025 03:28 PM
Decaffeinated replied at 4-10-2025 03:22 PM
Lambat lagi kot, ni asik dapat message suruh upgrade ja. damn.

Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.



Quote bpbbppbp 4-10-2025 05:19 PM
Kalau jdi datang ada risiko apa2 ke. Dorang demo je kan

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057659 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top