CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Freedom Flotilla: Nama doktor, wartawan Gaza terkorban diabadikan pada kapal

7-10-2025 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1256| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Nama petugas kesihatan termasuk doktor serta wartawan Gaza yang terkorban diabadikan pada satu ruang di kapal Conscience bagi pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

Menerusi video dimuat naik pada Instagram Humanitarian Care Malaysia (MyCare) memperlihatkan, nama-nama petugas kesihatan dan wartawan Gaza itu ditulis sendiri oleh aktivis dan sukarelawan yang menyertai misi berkenaan.

Seorang peserta dari Malaysia yang mewakili MyCare, Dr. Noorhasyimah Ismail berkata, senarai nama-nama yang diabadikan itu ditulis oleh mereka serta siap dalam masa satu hari.

“Satu mural dilukis oleh sukarelawan misi ini. Mural ini sangat bermakna, semua nama-nama ini ialah doktor perubatan, petugas kesihatan dan wartawan dibunuh di bumi Gaza dalam usaha membantu rakyat Gaza,” katanya pada video itu.


Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat Malaysia yang sebak dengan kehidupan dilalui rakyat Palestin di Gaza apabila berterusan dizalimi tentera Israel.

“Ya Allah, kami menjadi saksi usaha mereka. Sakitnya ya Allah melihat mereka dibunuh dengan kejam, rakyat mereka dikepung untuk dilenyapkan satu persatu. Ya Allah bantulah kami,” doa seorang pengguna Instagram.

“Semoga Allah permudahkan dan selamatkan anda semua. Moga bantuan sampai lah kali ni, kasihan penduduk Gaza. Moga Allah berkati usaha kita semua sama ada besar atau kecil,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Moga dipermudah urusan dan selamat masuk Gaza,” ujar seorang lagi individu.


Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 7-10-2025 05:10 PM
Padahal sesama son of Israel.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.037888 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top