CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FIFA dedahkan asal-usul datuk dan nenek tujuh pemain warisan

7-10-2025 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3712| Komen: 38

 


PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan dokumen asal tidak selari dengan apa yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semasa proses pendafataran tujuh pemain warisan.

Menerusi laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision”, menjelaskan hukuman yang dikenakan kepada FAM dan pemain adalah mengikut Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen.

Laporan yang sama menjelaskan semakan yang dilakukan terhadap dokumen sokongan yang dihantar oleh FAM termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar, iaitu tidak dilahirkan di Malaysia.

Dalam muka surat 13 laporan berkenaan FIFA turut menyenaraikan lokasi kelahiran yang sebenar ahli keluarga tujuh pemain berkenaan

Dokumen yang diperoleh FIFA mendapati datuk atau nenek tujuh pemain itu dilahirkan di luar Malaysia iaitu di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol bagi kes babitkan Gabriel Arrocha, Santa Fe de la Cruz, Argentina (Facundo Garces), Buenos Aires, Argentina (Rodrigo Holgado), Roldan, Argentina (Imanol Machuca ), Abre Campo, Brazil (Joao Figueiredo), Viscaya, Sepanyol (Jon Irazabal) dan The Hague, Belanda (Hector Hevel).


Jawatankuasa Disiplin FIFA juga mengesahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menerima sijil kelahiran asal sebaliknya mengeluarkan salinan sendiri berdasaran maklumat sekunder dan dokumen luar negara dari Argentina, Brazil dan Sepanyol.

Malah JPN juga mengakui yang mereka tidak berjaya mendapatkan rekod asal tulisan tangan, jadi Jawatankuasa Disiplin FIFA berpendapat proses pengesahan daripada Kerajaan Malaysia tidak berdasarkan dokumen asal.

Dalam perkembangan lain, FAM memandang serius beberapa kesimpulan FIFA, khususnya dakwaan bahawa para pemain “memperoleh dokumen yang dipalsukan” atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan.

FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA.

Sebelum ini FIFA mengenakan denda sebanyak 350,000 Franc Swiss (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda 2,000 Franc Swiss (RM10,000) serta digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 7-10-2025 04:08 PM
Kalu sorang ok la kot, kalu 7 sekali gus, is krik-krik.......
Quote Decaffeinated 7-10-2025 04:38 PM
Friska dah buka thread pukul 4 pagi. TT baru bangun tidur ka, dah dekat pukul 4 ptg ni?
Quote nusaraya 7-10-2025 05:22 PM
[youtube]73pucYfzjqI[/youtube]


Quote swimswim 7-10-2025 05:35 PM
Tu la dia nya.. Yg anak raja tu igt dia ada power luar drpd negeri dia..

Buat malu je..
Quote Nizleen86 7-10-2025 11:06 PM
Kambuih je la FAM tu. Buat persatuan pickleball je lepasni. Malu oii
Quote Nham22 7-10-2025 11:12 PM
Kene park billionss la baru x kene petik.... Ni park sikit sgt duitnye...hahahahaha...
Quote Queenmastani 7-10-2025 11:52 PM
Malu weii scandal mcm ni..
Quote MissYouSayang 7-10-2025 11:54 PM
Byk btul skandel zaman madanon ni ...lps satu satu kena expose padahal x sampai 1 penggal pon
Quote FOTHER-MUCKER 8-10-2025 02:03 AM



[youtube]cv7vkLWFiPM[/youtube]
Quote Purestteam1 8-10-2025 06:44 AM
apaa nk jadi.. rasanya FAM paling banyak dpt peruntukan dari kerajaan(duit rakyat) berbanding persatuan yg lain
Quote Thunderclouds 8-10-2025 06:51 AM
Edited by Thunderclouds at 8-10-2025 06:52 AM

Mana mau letak muka? Xmengaku lak tu. Berapa byk agensi kerajaan yg complicit ni? Nak² JPN tu. Ni scapegoatkn pulak staff salah anto documents. Anything goes demi mjaga secebis ego si.......... (sila isi tempat kosong) Maruah sendiri sampai tadak nilai. Sila meninggal.
Quote Rdizz 8-10-2025 06:55 AM
MissYouSayang replied at 7-10-2025 11:54 PM
Byk btul skandel zaman madanon ni ...lps satu satu kena expose padahal x sampai 1 penggal pon

Bodohhhh.. kait dgn pmx pulak.
Quote cm_vungtau 8-10-2025 07:20 AM
Fifa tak heran pun anak raja ke haper. Who cares gituh. #westandwithfifa
Quote ultra78 8-10-2025 08:21 AM
Netizen duk salahkan hannah yeoh dan kerajaan. Padahal kerajaan tidak boleh masuk campur urusan FAM sebab itu memang rules fifa.FAM tu ke settle sendiri. Siasat FAM dan kerabat tu.

Pengajarannya adalah sesebuah badan professional perlu diurus oleh orang yg berkelayakan dan dari ahlinya. Bukannya dari kabel politik atau org yg perasan dia tahu.
Quote KamikuP 8-10-2025 09:16 AM
hUJUNG2 web FAM kene godam pastu kene peras ugut pulak tu.. lepas satu2... beso kemaluan FAM eyh.. ekekekek
Quote ulamalu 8-10-2025 09:42 AM
Saman juta2 tu duit sapa kena bayar.  Taxpayer ke?
Quote nisako 8-10-2025 10:02 AM
pe jadah ni
Quote plywood 8-10-2025 10:23 AM
hahaha.. aku rasa malulah. .. lagi bagus kita train pemain sendiri dari menipu..

aku rasa tak semua yang cuba menipu, tapi ada weakest link... mungkin cuma ada seorang dua individu yang rasa dia boleh tipu fifa... tetapi orang ini mestilah ada kedudukan juga....tetapi jika yang terlibat ialah semua pengurusan tertinggi fam.. maka ini malapetaka, betul2 memalukan hahahaha
Quote midori888 8-10-2025 10:27 AM
betul memalukan....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046523 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top