CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ardell Dedah Tudung Direntap Hingga Rambut Tercabut, Diugut B*n*h Anak

8-10-2025 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5020| Komen: 91

 


Aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana mendedahkan dia menjadi mangsa buli fizikal tentera I*rael ketika menjadi tahanan mereka. 

Memetik Astro Awani, Ardell berkata dia turut mengalami kecederaan tisu bahunya koyak dan lebam dimuka susulan diserang secara fizikal oleh tentera rejim Z.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap,” katanya.

Ardel turut berkata tudungnya  direntap sehingga rambut tercabut dan sorakan beramai-ramai tentera Israel yang bertujuan mahu memalukannya.

“Saya pun tidak faham kenapa saya menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS saya diikuti ramai,” katanya.

Lebih mengejutkan, rejim Z turut mengugut untuk memb*n*h anak-anaknya jika Ardell enggan memberi kerjasama ketika proses penahanan.

Terdahulu, Ardell bersama 22 aktivis lain selamat tiba di Istanbul pada Sabtu lalu menerusi penerbangan khas yang diusahakan Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Malaysia.

Kesemua aktivis dilapor dalam perjalanan pulang ke Malaysia dan dijangka bakal tiba di KLIA pada jam 9.45 malam ini.

 

Sumber:– Astro Awani
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 8-10-2025 08:18 AM
Ok next mission tolong jgn pi dah. Fokus suami anak and business sudah. Business makan boom kan, derma pada misi dah cukup.
Maaf cakap dari mula nampak dayah ni weakest link among them all.
Quote tudung_bawal 8-10-2025 09:01 AM
dia tak pegi pon tak apa. pegi tak beri sumbangan pada palestin tapi dia yang dapat banyak sumbangan dalam live tik tok.
Quote jelita_millie 8-10-2025 09:15 AM
missbigrockstar replied at 8-10-2025 08:18 AM
Ok next mission tolong jgn pi dah. Fokus suami anak and business sudah. Business makan boom kan, der ...

mak stuju yg ni. noble dayah punya niat dan perjuangan. mmg tak dinafikan. tapi nko dgn darah rendahnye..anak kecit2 lagi.. jgn la buat misi2 bahaya mcm ni lagi..ko bg laluan pd org yg sihat tubuh bdn yg takde anak kecit..nakye anak kecit tinggal..sbb at the end of the day..kalau Gaza tu aim ko dayah..ko boleh buat mcm2 lagi yg lain utk Palestine. apa2 pon free free Palestine!
Quote KBW2 8-10-2025 09:40 AM
Boleh nampak bezalah antara beberapa Malaysian punya delegation ni dengan Greta Thurnberg. Harap mereka boleh belajar daripada Greta, sungguhpun dia muda lagi tapi dia lebih matang.

"I can talk for a very very long time about the mistreatments and abuses of our imprisonment, trust me. But that's not the story."  -- Greta
Renung-renungkanlah.
Quote makadek 8-10-2025 09:43 AM
org kita mmg terlebih emotional
Quote Glass_shoes 8-10-2025 09:49 AM
jelita_millie replied at 8-10-2025 09:15 AM
mak stuju yg ni. noble dayah punya niat dan perjuangan. mmg tak dinafikan. tapi nko dgn darah rend ...

Dr Fauziah tu pun kata dia start join misi kemanusiaan ni bila anak dia dah besar..Dah pandai urus diri..Apa pun rehat lah ya..Utamakan kesihatan..Hari ni pon ada solidariti kat Axiata meraikan mereka kan
Quote Glass_shoes 8-10-2025 09:50 AM
Edited by Glass_shoes at 8-10-2025 09:56 AM
KBW2 replied at 8-10-2025 09:40 AM
Boleh nampak bezalah antara beberapa Malaysian punya delegation ni dengan Greta Thurnberg. Harap mer ...


"We are not heroes, we are doing the bare minimum"
Quote cicicumel 8-10-2025 10:15 AM
Byk sgt cerita ni habis tenggelam misi sebenar...
For me, ada benarnya kata2 Rizalman tu...tp disalah ertikan...
Quote KBW2 8-10-2025 10:19 AM
cicicumel replied at 8-10-2025 10:15 AM
Byk sgt cerita ni habis tenggelam misi sebenar...
For me, ada benarnya kata2 Rizalman tu...tp disala ...

Rizalman memang salah besar, sapa dia untuk hukum perjalanan tak diredhai bagai, dia bukan Tuhan.
Quote borrow 8-10-2025 10:27 AM
Wanita palestin yg ditahan pnh ckp divogelkan , kena pijak kaw2. Teruk giler kena.  Tp  Yisrahell  tak bodo nk dera teruk/bunuh aktivis (secara terang2) kot. Gws.
Quote KBW2 8-10-2025 10:33 AM
Glass_shoes replied at 8-10-2025 09:50 AM
"We are not heroes, we are doing the bare minimum"

exactly


Quote brainbiru 8-10-2025 10:35 AM
KBW2: Boleh nampak bezalah antara be ...

"We are not hereos, we are doing the bare minimum"
Quote KBW2 8-10-2025 10:36 AM
brainbiru replied at 8-10-2025 10:35 AM
"We are not hereos, we are doing the bare minimum"


Quote KBW2 8-10-2025 10:38 AM
tudung_bawal replied at 8-10-2025 09:01 AM
dia tak pegi pon tak apa. pegi tak beri sumbangan pada palestin tapi dia yang dapat banyak sumbangan ...

sebenarnya flotilla punya rombongan yang ni memang sengaja pilih mereka yang boleh kempen dan broadcast pada umum misi flotilla ni, sbb tulah ZRA pi, retis pi, dayah pi semua ni jenis ada audience memasing dan banyak pengaruh social media.
Quote Farnor 8-10-2025 11:08 AM
Tengok kat ig.. Dia pengsan masa d KLIA tu.
Quote oklatu85 8-10-2025 11:42 AM
KBW2 replied at 8-10-2025 09:40 AM
Boleh nampak bezalah antara beberapa Malaysian punya delegation ni dengan Greta Thurnberg. Harap mer ...

Lepas Tue Mula la org meleis lebih2 memuja..X boleh sentuh dah Tue nanti .Ada la tentera yg backup.. apa yg depa nak rai sngt..palestin still suffer.. bantuan Masih x sampai.. patut sambut sederhana je.. Lepas ni blh la heliza berminat plak utk Bantu mangsa2 pelaburan laki dia
Quote boudinniA 8-10-2025 11:50 AM
Artis-artis perempuan yang pergi asyik bercerita pasal diri sendiri saja. Hilang dah pasal Palestin. Hilang terus pasal misi sebenar.
Netizen pun jadi taksub dan angkat puji2 artis2 ni.
Quote piahsemah 8-10-2025 12:27 PM
Kenapalah laki dia bw ank pg klia yg sesak tu,huhuhu
Quote KBW2 8-10-2025 12:32 PM
oklatu85 replied at 8-10-2025 11:42 AM
Lepas Tue Mula la org meleis lebih2 memuja..X boleh sentuh dah Tue nanti .Ada la tentera yg backup ...

Orang kita memang kuat budaya puji-puja, lambung tak jejak tanah dan membodek. Sebab itulah budaya taksub berleluasa di sini.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top