CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Sakinah mengaku lelaki Eropah lebih bertanggungjawab, jejaka Melayu pandang rupa paras… “Konon cinta mati, tapi main perempuan lain”

9-10-2025 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3853| Komen: 63

 


PELAKON Sharifah Sakinah berpendapat lelaki Eropah lebih bertanggungjawab dalam menjalinkan perhubungan berbanding sebahagian lelaki tempatan.

Menurut Sakinah, sikap seseorang lelaki banyak dipengaruhi oleh didikan ibu bapa dan tidak dinilai mengikut bangsa atau latar belakang.

“Saya bukan memilih tapi bergantung pada individu. Ada saja lelaki Eropah yang teruk sebab semuanya bermula dengan cara didikan ibu bapa.

“Bagi saya, untuk membesarkan anak lelaki perlu bermula dengan asuhan dan nilai yang betul. Lelaki yang saya jumpa, saya akan pilih berdasarkan bagaimana dia menjaga ibunya dan anak-anak.

“Umur saya ini dah 30-an dan saya akan berjumpa lelaki berstatus duda. Kalau dia pandai menjaga keluarga, itulah yang saya pilih.

“Cuma saya nampak lelaki bukan Melayu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan. Saya bersama lelaki yang pernah berkahwin beberapa kali, tetapi masih mengamallan co-parenting. Itu semua hasil didikan ibu bapa yang menekankan nilai tanggungjawab sejak kecil,”katanya dalam audio siar Sembang Seram. 


 

Menurut Sakinah, lelaki Barat dibesarkan dalam suasana keluarga yang lebih terbuka sekali gus membentuk pemahaman mendalam terhadap kesetiaan dan kejujuran.

“Seawal usia 14 tahun, ibu mereka sudah berani menegur hal-hal peribadi secara terbuka dan mengingatkan anak untuk menjaga pasangan dengan baik. 

“Disebabkan itu kita nampak bila mereka setia pada seorang, itulah wanita terakhir dalam hidupnya. Bagi mereka, hubungan itu tentang keserasian, bukan rupa paras.

“Kadang ada lelaki Melayu suka wanita berkulit putih sampai ramai sanggup buat pelbagai rawatan kecantikan.Ada yang ubah wajah sebab nak ikut cita rasa lelaki terhadap makna sebenar kecantikan.

“Berbeza pula dengan lelaki Barat yang lebih menghargai wajah semula jadi saya. Mereka suka beri pujian kecil yang buat kita rasa dihargai,” katanya.

Tambah Sakinah, lelaki Barat juga boleh dianggap lebih berfikir panjang apabila nekad untuk mendirikan rumah tangga. 

Cuma saya nampak lelaki bukan Melayu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan. - SHARIFAH SAKINAH, PELAKON

“Lelaki bukan Melayu lebih faham tentang akibat perbuatan sendiri kerana itu sudah diterapkan sejak kecil.

“Di Sweden, kalau lelaki main luar,  bukan pelacur yang kena tangkap, tapi pelanggan.  Tapi di Malaysia yang kena tangkap adalah pelacur. 

“Malah kalau nak berkahwin mereka perlu meneliti beberapa dokumen dan fikir panjang sebab kalau bercerai banyak masalah yang bakal berlaku seperti pembahagian harta. 

“Tapi lelaki Melayu kononnya cinta mati, namun selepas 10 tahun berkahwin dia main dengan perempuan lain, padahal kita dah beranak untuk dia” katanya

 

Untuk rekod, Sakinah kembali mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis dikenali Cyril Kongo pada tahun ini.

Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.

Selepas itu, dia kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian.


Sumber - mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 9-10-2025 09:04 AM
rezeki chuols lah kinah dpt matsaleh reti tugas sbg suami. ada haritu iols tgk kat ig mamat omputeh ni dia salahkan 100% ex wife dia. rumah bersepah, toilet anak kotor, anak tak mandi, rumah hura hara. just sbb dia kata dia kerja and ex wife dia surirumah. bodo siak jantan spesis tu. dia mmg hrpkan 100% semua dibuat wife JUST BECAUSE hes working.
Quote aammyy 9-10-2025 09:06 AM
Ada betul ada salah tapi malas nak kupas. Saya bagi laluan kat acik acik por yg lain dulu.
Quote azimodin 9-10-2025 09:22 AM
BoongaKertas replied at 9-10-2025 09:04 AM
rezeki chuols lah kinah dpt matsaleh reti tugas sbg suami. ada haritu iols tgk kat ig mamat omputeh  ...

Iouls tengok show love after lockup dengan 90 days fiance tu. Walaupon ada storyline yg i rasa dibuat2 tapi part jantan takgune tu i rasa ada betulnya.
Quote slyfynx 9-10-2025 09:46 AM
Kang kalo kene tinggal karang nak salahkan laki mana pulak
Quote helicornia 9-10-2025 09:50 AM
Nti klu cerai dgn laki europe nk ckp apa plak
Quote HoneyManjer 9-10-2025 09:52 AM
tak semua jantan taguna
also pls la...jantan ni tak kesah la dari negara mana...malaysia ke, US ke, UK ke, French ke ada jer yg takguna...

cuma lelaki yg berkualiti ni dah terlalu kurang sgt kat dalam dunia ni gamaknyer hewhew
Quote prettyuglybabe 9-10-2025 10:21 AM
sok klu cerai dengan laki ni, laki mana pulak yang berguna
Quote me12345 9-10-2025 12:09 PM
Hhmmm...dh berapa tahun...belum tauu.. kot dia berpeluk bercium dgn pompuan lain kt obersea ko bukannye tau..dendiam doa udah lah..jgn lebih ckp
Quote mamajawie 9-10-2025 12:45 PM
Alah3 dulu dengan Hanjenn ehh Hansen beria kat pool konon cinta mati tup2 x jadi jugak.. puihh
Quote Tinot7 9-10-2025 01:13 PM
helicornia replied at 9-10-2025 09:50 AM
Nti klu cerai dgn laki europe nk ckp apa plak

Mmg dah pernah cerai, kan.. ni kali kedua kawen mamat eropah
Quote royaldanish 9-10-2025 01:40 PM
sembang kencang
Quote BoongaKertas 9-10-2025 02:14 PM
azimodin replied at 9-10-2025 01:22 AM
Iouls tengok show love after lockup dengan 90 days fiance tu. Walaupon ada storyline yg i rasa dib ...

sbnrnye tulah 1st time iols come accross jantan omputeh yg beria condemn ex wife dah mcm serupa jantan melayu masa condemn. all this while ingtkan semua jantan omputeh 'reliable'.
Quote chandrahusin 9-10-2025 02:30 PM
masalah lelaki tak guna masalah universal la Kinah
tak kira lagi yg serial killer
yg aku nmpak
lelaki Kuala Pilah jenis setia
sekurang2nya dlm family aku & kat ofis
yg lelaki2 belah Kuala Pilah elok jaga bini & family
& abg ipar aku ada sorang dr Perlis pun baik je orgnya
Quote misszazaz 9-10-2025 02:32 PM
hhhrmmmm
Quote lanacondor 9-10-2025 03:02 PM
Bpk ko lelaki melayu. Abg ipar ko ijoy tu pon melayu. Elok je mak dgn kakak ko kawen. Agp xde jodoh dgn laki melayu sudah. Jantan xguna ni bkn salah bangsa,agama or keturunan dia. Tapi sebab bebird xreti jg
Quote SalenaGomez 9-10-2025 03:43 PM
lanacondor replied at 9-10-2025 03:02 PM
Bpk ko lelaki melayu. Abg ipar ko ijoy tu pon melayu. Elok je mak dgn kakak ko kawen. Agp xde jodoh  ...

Hubby first dia dulu x guna juga ke??
Quote eyansss 9-10-2025 04:20 PM
SalenaGomez: Hubby first dia dulu x guna juga ke??


ye ka tu kot kalau ikut statement dia…  laki no dua dia dari mana eh?  bukan europian jugak ke macam laki ketiga dia ni…

Quote Purplehaz 9-10-2025 04:22 PM
Salah satu cth wanita hidup kebaratan, mcm lah hidup ko tu bagus sgt nk membongak.
Quote alesandra 9-10-2025 04:31 PM
ko dah 3 kali kawen kinah.2 darinya non malay.yg current ni pun aku yakin tak tahan lama jugak.jadi jgn membongak dan keluar  statement typical bodoh ko tu.sekian

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048140 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top