CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Badan Naik Sebab Jalani Dua Kali Proses Dapatkan Zuriat” - Janna Nick

9-10-2025 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3062| Komen: 42

 


Umum mengetahui pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann kini berpindah ke London untuk menyambung pengajian.

Baru-baru ini, Janna ada memuat naik video mukbang mencuba pencuci mulut buah-buahan. Turut menjadi perhatian, Janna menjelaskan mengapa wajahnya dilihat sembab.

Menurut Janna, berat badannya naik kerana dia menjalani proses mendapatkan zuriat sebanyak dua kali sebelum berangkat ke London, United Kingdom.


“Saya tak mengandung. Belum lagi, doakan saya. Muka saya sembab dan badan saya naik sebab saya jalani 2 kali proses mendapatkan zuriat dalam masa 3 bulan sebelum datang London.

“Bayangkan berapa jarum dan injection hormon yang ada dalam badan saya,” katanya.


Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Janna Nick segera dikurniakan cahaya mata. 

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga bersama aktor, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.


Sumber : Rotikaya 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 9-10-2025 10:49 PM
Tembam² dia pun comel.
Kat mana dia beli desserts semua tu? Harrods ka? Nampak sedap.
Quote cm_vungtau 10-10-2025 02:07 AM
Asyik makan aje mana taknya
Quote prince_marhaen 10-10-2025 10:56 AM
tengah terapi hormon pun melantak buat review yang bukan2.... mana mauuuu nyaaa..
laki pulak makin lama makin nampak macam "The Danish Girl".. dengan baby voice bagai... yihhh..



Quote royaldanish 10-10-2025 11:16 AM
prince_marhaen replied at 10-10-2025 02:56 AM
tengah terapi hormon pun melantak buat review yang bukan2.... mana mauuuu nyaaa..
laki pulak makin  ...

shes tgh prepare nak buat IVF ke cuols?
kuat makan manis
Quote Prickford 10-10-2025 11:33 AM
cm_vungtau replied at 9-10-2025 06:07 PM
Asyik makan aje mana taknya

Sebab dia buat suntikan utk ttc, dah ada gangguan hormon dekat situ. Gangguan hormon ni boleh menyebabkan dia selalu rasa lapar dan asyik nak makan. Kalau nak kekal langsing dia kena jaga pemakanan walaupon tengah suntik buat rawatan ttc tu. Tapi mana maunya. Lapar gangguan hormon ni lain macam. Dia bukan rasa lapar mcm kita puasa atau lama tak makan tu. Laparnya sama mcm orang pregnant jugak. Baru je makan tapi rasa lapar datang semula tu sekejap sangat.
Quote cantthinkofany 10-10-2025 12:48 PM
laaa....baru 2 tahunnn.....aku ingatkan dah berpuluh tahun kawinnya....tak dapat2 anak...
Quote hannan_rayyan 10-10-2025 12:55 PM
yg si carryn chinese influencer tu pulak buat treatment makin kurus pulak, kesian jugak, yg baru ni gagal lagi dia menangis2 tapi dia cakap dia mcm nak redha dah sebab at least dia dah mencuba beberpa kali, so lepas ni dia nak berehat dulu dari buat ivf etc,  dia rasanya dah 10 tahun kawen
Quote tahanie 10-10-2025 01:23 PM
Dia memang ada masalah kesuburan ke? Sebab baru 2 tahun kahwin. Kalau dah tahu ada masalah, fahammm. Kalau tak, rasa macam boleh tunggu. Dia pun muda
Quote Prickford 10-10-2025 01:33 PM
cantthinkofany replied at 10-10-2025 04:48 AM
laaa....baru 2 tahunnn.....aku ingatkan dah berpuluh tahun kawinnya....tak dapat2 anak...

Apo plak. Ikut garis panduan perubatan, kalau tanpa pakai perancang, umur 35 tahun ke atas kalau sexualy active tapi tak pregnant, dah kena jumpa doktor. Kalau bawah 35 tahun plak disarankan jumpa doktor kalau dah 6 bulan mencuba. Dok pikir baru setahun jagung kawin ni so makcik2 kerepot.

"Secara amnya, pasangan digalakkan untuk berjumpa doktor selepas 1 tahun mencuba untuk hamil tanpa kejayaan, jika mereka melakukan hubungan seks secara tetap tanpa menggunakan sebarang alat perancang. Ini adalah garis panduan biasa yang digunakan dalam bidang perubatan".

Quote Minami2013 10-10-2025 01:49 PM
Makan ubat bipolar pun boleh put on weight. Ikut kata my friend yg mengalami nya. Moga dipermudahkan urusan utk dpt zuriat.
Quote Incanto 10-10-2025 04:01 PM
cantthinkofany replied at 10-10-2025 12:48 PM
laaa....baru 2 tahunnn.....aku ingatkan dah berpuluh tahun kawinnya....tak dapat2 anak...

kan...plus laki bini pun muda lagi
tak payah lah stres nak dapat anak

ramai  yg lagi lama kawin takde anak contoh nely senrose

just relax lah...doa yg baik baik


Quote Samerosie 10-10-2025 04:09 PM
Edited by Samerosie at 10-10-2025 04:11 PM

Bukan dia sebelum kawin pun dah debab ke? Rasanya cucuk2 tu tak le buat gemuk tp kalau start makan pre natal supplements tu yg bg gumuk.  Cucuk2 tu just to wake ur ovaries up.  Eh jab dia buat ivf ke? Tapi tengok ni buat mukbang kang terlebih gems pun susah gak nak conceive.

Pastu sekarang kat landen nanti sejuk mmg akan makan je sbb badan belum acclimatized dgn the low temp weather.
Quote dekmieDandy 10-10-2025 04:18 PM
mcm biduanita dulu la, badan naik kemain buat rawatan hormon and prepare untuk IVF
Quote sleepandream 10-10-2025 04:50 PM
dekmieDandy replied at 10-10-2025 04:18 PM
mcm biduanita dulu la, badan naik kemain buat rawatan hormon and prepare untuk IVF

khen... lama sheols usaha buat IVF tu... pun jenis makan semua bedal je  
Quote azimodin 10-10-2025 04:56 PM
Minami2013 replied at 10-10-2025 01:49 PM
Makan ubat bipolar pun boleh put on weight. Ikut kata my friend yg mengalami nya. Moga dipermudahkan ...

Ya betul..  i makan ubat depression naik 20kg, mungkin naik sebab depression tu sendiri (makan untuk kurangkan rasa sedih). Lepas tu muka bulat macam pinggan, bengkak semacam. Tapi mekjena ttc kan, mungkin kesan ubat2 hormon kot.
Quote Bergosip 10-10-2025 07:24 PM
Incanto replied at 10-10-2025 04:01 PM
kan...plus laki bini pun muda lagi
tak payah lah stres nak dapat anak


u, doktor tak akan suka2 suruh pesakit buat rawatan ivf tau

janna nick buat ivf dan cucuk horman shows that dia ada masalah hormon dan dua2 fallopian tube block. kalau salah satu je fallopian tube block, doktor akan suggest buat iui

secara ringkasnya, sesiapa yang buat ivf. bermaksud dia tak boleh conceive secara normal

bagi i, baguslah janna buat rawatan ivf sekarang. percentage untuk success tu tinggi/kuat berbanding kalau dah berumur (35+++)
Quote Incanto 10-10-2025 07:34 PM
Bergosip replied at 10-10-2025 07:24 PM
u, doktor tak akan suka2 suruh pesakit buat rawatan ivf tau

janna nick buat ivf dan cucuk horman  ...

kalau dah tau both tubes tersumbat then takde choice kena buat IVF , i suppose

tapi JN kata dia pergi duk London sbb nak tukar angin so dat boleh conceive

kalau IVF buat kat Msia pun boleh kan?

Infertility treatment kat hospital di London mesti cost a bomb for non citizens


Quote Akalditipumata 10-10-2025 08:34 PM
Dia ni baru je kawen.. ape yg dia kalut sgt... Kalau ikutkn mulut dia.. sepatutnya hati dia dh cukup keras nk lyn nitizen duk tye bila nk ade ank.. ape awal sgt dia buat mcm2 treatment.. ke mmg dia bermasalah?
Quote Minami2013 10-10-2025 08:37 PM
azimodin replied at 10-10-2025 08:56 AM
Ya betul..  i makan ubat depression naik 20kg, mungkin naik sebab depression tu sendiri (makan unt ...

I see.. ingatkan ubat tu yg naikkan selera makan. Betul, ttc pun naikkan badan. Nak tanya, kalau ttc, ubat utk psychiatric medications ni boleh ambil bersama ke?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061386 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top