CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri tiada selera, hilang nafsu seks lepas tengok suami ambil bahan terlarang... Sukar percaya janji kaki ganja!

11-10-2025 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 958| Komen: 14


 


SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi cerita mengenai suaminya yang berdepan masalah ketagihan bahan terlarang.

Dalam hantaran di Thread, wanita itu mengakui hilang 'selera' untuk bersama selepas mengetahui kegiatan suaminya.

"Turn off dengan suami sejak kantoi dia hisap ganja. Dah tahu lama, cuma baru nampak depan muka. 

"Dia bersumpah, berjanji tak sentuh dah benda tu. Masa tu juga dia buang semua benda tu. Tapi tu la, aku jadi turn off, faham tak?

"Nak berasmara dana tu aku jadi tak ada nafsu langsung. Sejak dari yang dia mengaku hisap ganja tu la langsung turn off," tulisnya.

Di sebalik ketagihan itu, dia berkata suaminya merupakan seorang suami yang baik dan tidak culas menjalankan tanggungjawabnya.



Di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat menyokong perbuatan suami wanita itu walaupun ia jelas menyalahi undang-undang dan diharamkan dalam agama.

"Ganja lagi okay, jangan (curang) dengan perempuan lain, itu lagi turn off terus.

"Baik hisap ganja daripada cari perempuan lain," demikian komen kurang bijak netizen.

Bagaimanapun, ada warga maya yang turut memberi saranan agar dia berpisah atau mencari jalan bagi menghentikan ketagihan suaminya.

"Bawa dia buat urine test randomly setiap bulan. Janji mulut penagih tak boleh percaya.

"Malaysia tak legal benda tu. Daripada kena (tangkap) lebih baik berhenti.

"Daripada jadi isteri derhaka, masuk neraka, baik mengaku tak ada hati dan minta cerai," antara komen netizen.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-10-2025 04:49 PM
Turn off pula, dengan laki orang turn on
Quote Decaffeinated 11-10-2025 11:23 PM
Seorang turned off, ada sepuluh orang yang turned on. Lagi pula dia seorang suami yang baik dan tidak culas tanggungjawab. Kalau dapat yang tak hisap ganja tapi biawak baiklah yang ini.
Quote kemaruk 12-10-2025 12:07 PM
Kalau laki ko suka bontot lelaki lagi parah dek
Quote tenderfly 13-10-2025 03:39 AM
Aku ada adik ipo, cengginila.. Kata dah x sayang, skali laki kena tangkap merayu kat mak mertua suruh jamin n lepas.. Tak sayang pala baner, lagi best lepas jamin buat fitnah kat mak mertua sendiri ????
Quote BoongaKertas 13-10-2025 11:02 AM
confirmed ke taik dadah xkan tukar jd violent? once dadah masuk bdn, otak punya urat tu lain mcm boleh jd haywire kot. mcm x caya jer dia tak culas. serius ke ko ni kak?
Quote zuuu 13-10-2025 12:25 PM
Nk suruh g pejabat agama ko cakap dia suami yg baik n bertanggungjawab pulak...
Quote j3m4h 13-10-2025 01:19 PM
Pasal mende organik ko jd turn off ke dek…xpe jgn salah kan iols kalo take over ur hubby melayari bahtera hingga ke bulan..
Quote Prickford 13-10-2025 04:50 PM
tenderfly replied at 12-10-2025 07:39 PM
Aku ada adik ipo, cengginila.. Kata dah x sayang, skali laki kena tangkap merayu kat mak mertua suru ...

Penah follow kawan iolls gi balai, laki kena tahan pasal ketum. Iolls kan selama ni tengok kawan iolls tu lahaiii lawa, putih gebu, bercakap pon sweet je. Sekali iolls masa kat couch balai tu, boleh dengar dia maki hamun laki dia masa jumpa kat cermin lokap tu. Makkk aihhhh. Betul punya marah. Sampai ketua balai bangun la sebab terkejut. Ada isteri yg tutup mata bila laki consume bukan2 ni. Tapi ada yg bukak mata jegil sampai ketua balai pon kecut
Quote sharlenetexas 13-10-2025 06:18 PM
Dpp sprm ritu apa cer?


Quote prince_marhaen 15-10-2025 11:26 AM
" Di sebalik ketagihan itu, dia berkata suaminya merupakan seorang suami yang baik dan tidak culas menjalankan tanggungjawabnya."


Elehhhh hujung2 bunting setahun satu..... takleh cerai alasan anakkk.... walhal syok laki macam tunggang kuda bila amik barang
Quote Samerosie 15-10-2025 11:30 AM
Gambar artikel  sangat memesongkan.  Gbar jantan nak gi berak, pastu gambar perempuan masuk rumah. Tak related langsung


Quote mawardia 16-10-2025 12:13 AM
Try la dulu.
Org kata kaki barang ni main sedap, sis.
Org kata la.
I ol tak tahu sebab tak penah la merasa.
I ol nasihatkan, try dulu memujuk poen supaya bagi kerjasama.
Siapa tahu rasa sekali kemudian minta lagi.
Quote Page88 16-10-2025 12:45 AM
Things may get worse. Her only option would be divorce. Living with a drug addict is never safe.
Quote prince_marhaen 16-10-2025 09:23 AM
mawardia replied at 16-10-2025 12:13 AM
Try la dulu.
Org kata kaki barang ni main sedap, sis.
Org kata la.

Masa aktif buat CSR & kebajikan asnaf dulu pun memang ramai jawapan sama,
"Kenapa miskin tapi still beranak?"


--- suami penagih ni kalau kongkek, high lain macam, hilang semua kerisauan dunia.

Lepas kongkek baru fikir nak menyesal macamana. itu je hiburan yang ada. gitulah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051803 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top