CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Marsya juara TTMM, Liza Hanim sebak tumpang rezeki anak

13-10-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3124| Komen: 28

 


BAGAI menepati ramalan, anak kepada penyanyi Liza Hanim iaitu Marsya Qistina bergelar juara Talk To My Manager (TTMM) musim pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan Marsya itu sekali gus menewaskan lima peserta lain iaitu Thalita, Amad, Hadie, Ammar dan Auddra.

Marsya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi dan sebuah single baharu.

Dalam kemenangannya, Marsya meluahkan rasa syukur serta dilihat mengalirkan air mata dan sebak sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang program tersebut.

"Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini, terima kasih kepada semua yang nampak potensi saya dan mama," luahnya.

Ibunya pula, dengan sebak memberitahu dia menumpang rezeki anaknya memandangkan selama ini tidak pernah menang dalam mana-mana pertandingan.

"Mama tak pernah menang apa-apa, ini rezeki yang awak bawa, terima kasih semua," katanya.


Pada Grand Finale, Marsya membawa lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian asal Aina Abdul.

Bagi pusingan duet,  Marsya tampil membuat persembahan bersama Aisha Retno dengan lagu berjudul Lay Me Down yang  dipopularkan oleh Sam Smith.

Naib juara pula dimenangi oleh pasangan Shuib dan Tahlita yang berjaya memenangi RM15,000 dan trofi.

Tempat ketiga pula disandang oleh  Sharifah Shahirah dan Auddra yang membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Ameng dan Ammar  serta tempat kelima Ina Naim dan Hadie masing-masing membawa pulang RM5,000 dan trofi.

Selain itu, Siti Saerah serta Amad hanya berpuas hati dengan kedudukan keenam membawa pulang RM3,000 dan trofi.

Sementara itu, Anugerah Gempak Most Valuable Manager dimenangi oleh Sharifah Shahirah dengan membawa pulang boucer membeli belah. 

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim serta Datuk AC Mizal serta juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat

Dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi, TTMM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim di Astro Go pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

TTMM turut dimeriahkan dengan penampilan kumpulan Alpha.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 13-10-2025 08:03 AM
Bukan dia pernah menang vokal terbaik AJL ke?
Quote BoongaKertas 13-10-2025 08:20 AM
iols tak tgk tp iols suka anak kak liza mng. suara sheols power.
Quote Lulu_717 13-10-2025 08:36 AM
Edited by Lulu_717 at 13-10-2025 08:38 AM

Dia pernah jadi juara bintang penghibur HMI 1999 jgak..xdelah xpenah menang pape
Quote yum3 13-10-2025 09:05 AM
dah boleh agak dah... tahniah dik..
Quote imanamsyar 13-10-2025 09:50 AM
i x tengok..tapi mmg talita layak ke dapat nomnor 2..ke menang atas tiket fofular..ataupun menang tumpang nama mimi?
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:56 AM
wah tahniah
Quote September14 13-10-2025 11:10 AM
Mcm sian lak kat amad tu last week all out mmgu ni sakit pulak… tapi ramai yg kecam bdk ni tp bg aku bdk2 bagi la chance… yg salah manager dia x ajar mcmne nak jaga kelakuan
Quote dua_chzy 13-10-2025 11:39 AM
Aik, juara tidak didendang ke uols? Tak popular nama dia kat tered TTMM tu.
Quote dua_chzy 13-10-2025 11:40 AM
Amad tu korang sebut2, lansung tak masuk top 3.
Quote ekselen 13-10-2025 11:42 AM
September14 replied at 13-10-2025 11:10 AM
Mcm sian lak kat amad tu last week all out mmgu ni sakit pulak… tapi ramai yg kecam bdk ni tp bg ak ...

knp ngan kelakuan dia chuols? ni x brp tau sbb ada org sebut2 tp x detail..
Quote ekselen 13-10-2025 11:43 AM
dua_chzy replied at 13-10-2025 11:40 AM
Amad tu korang sebut2, lansung tak masuk top 3.

last week heols perform well dan ikutkan boleh jadik tpt 1 atau 2.. kan sepatutnya last week tu final.. tp tu lah sbbkan seorg punya hal tak jadik final..
Quote katak hijau 13-10-2025 11:54 AM
Sorry tp rasa mcm another aina abdul in the making. Dan tiada wow factor. Bertanding pun dgn budak2 banyak tahun muda drpd dia.
Quote dua_chzy 13-10-2025 12:08 PM
ekselen replied at 13-10-2025 03:43 AM
last week heols perform well dan ikutkan boleh jadik tpt 1 atau 2.. kan sepatutnya last week tu fi ...

Aiyoooo patut la. Kira cam kena robbed la budak tu if camtu. Tolita tu lak masuk top 3.
Quote chikumanis 13-10-2025 12:14 PM
imanamsyar replied at 13-10-2025 09:50 AM
i x tengok..tapi mmg talita layak ke dapat nomnor 2..ke menang atas tiket fofular..ataupun menang tu ...

kalau menang no 3-5 pun ramai je ok...drama tak habis habis (pentaksub dilarang baca)
Quote ekselen 13-10-2025 12:20 PM
dua_chzy replied at 13-10-2025 12:08 PM
Aiyoooo patut la. Kira cam kena robbed la budak tu if camtu. Tolita tu lak masuk top 3.


sbb tu la ttmm kena anjak 1 minggu lg dan sbb tu la ame kena pospon
Quote j3m4h 13-10-2025 01:01 PM
katak hijau replied at 13-10-2025 11:54 AM
Sorry tp rasa mcm another aina abdul in the making. Dan tiada wow factor. Bertanding pun dgn budak2  ...

Bahasa mudah muke pecah suara wow ke acane?tgk ah pasni dia dpt lagu single tu leh g jauh or suam2 jahhh…
Quote sleepandream 13-10-2025 02:15 PM
anggap jela takde rezeki amad tu... yang penting habis porgram ni ke lautan dalam ke boleh survive? btw, anak liza hanim ni maaf sakap visually iols agak disturbing sebab kepala besar set2 umai, aina abdul
Quote just_fighter 13-10-2025 02:52 PM
Tahniah Liza dan Marsya Q!!

Liza slay sbg manager
Quote Perawankota 13-10-2025 05:35 PM
Wlupon aku tak rasa sore MQ ni sedap benar, tapi aku ttp nak wish congrats kt mereka… Cumanya, tiap kali pertandingan kt Astro lah kan, jarang juara nya bergemerlapan lepas menang… Yang blh survive mesti yg nombor belakang2

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040441 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top