CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bertenaga betul Leona bergelek, siap pasang hasrat jadi ‘dangdut superstar’

13-10-2025 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7954| Komen: 180

 

PERSONALITI media sosial Kasih Iris Leona sekali  mencuri perhatian netizen apabila tampil berani menari bersama sekumpulan krew kabin AirAsia di konsert Hausboom Music yang berlangsung meriah pada malam Sabtu.

Festival itu diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor dan menghimpunkan pelbagai artis serta penghibur tanah air dalam satu konsert berskala besar yang berjaya menarik ribuan pengunjung.

Leona, 23, kelihatan lincah menarikan lagu Kopi Dangdut sambil mengenakan busana serba merah yang menyerlahkan auranya di atas pentas.

Bukan sekadar menghiburkan penonton, Leona turut berseloroh mengenai bakat baharunya itu yang seakan memberi bayangan ingin menceburi dunia seni sebagai penari dangdut.

"Tiba masanya saya mulakan karier baharu sebagai dangdut superstar," katanya.

Leona berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.


 

Aksi spontan namun bertenaga itu nyata menghiburkan ramai, malah, rata-rata netizen tampil memberikan reaksi positif terhadap penampilan Leona yang disifatkan sebagai berani dan penuh keyakinan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji keberaniannya mencuba perkara baharu selain mengagumi sikap Leona yang tidak mudah terkesan dengan kritikan.


"Comelnya Leona, semua benda dia boleh buat. Sekarang dah tunjuk bakat menari pula.

"Mek dangdut... Menari pun hebat Leona ni. Saya sahaja ke rasa dia buat apa-apa pun tak rasa nak kecam?

"Leona ni seorang yang jiwa kental, dia tak kisah segala kritikan netizen. Dia ada dalam dunia dia sendiri," tulis netizen.


Sekadar info, video Leona menari dangdut yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya hampir mencecah 100,000 tontonan dalam tempoh kurang daripada dua jam.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetfasha 13-10-2025 10:00 AM
emmmmmmm
Quote kaseh80 13-10-2025 10:17 AM
Lendut boleh diperbaiki
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:48 AM
leona oh leona
Quote miss_strangers 13-10-2025 10:53 AM
Ni kalau baby shima, dah bergema seluruh alam menyaksikan kecaman bertubi2......tapi leoan khuennn...orka khuennn
Quote dua_chzy 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.
Quote naisyahmh 13-10-2025 11:05 AM
Hmm.. Not appropriate..
Quote Incanto 13-10-2025 11:07 AM
dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.

meols tak okay kalau auntie auntie bergelek camtu atas pentas ....tak kisah pakai apa
Quote kakakko 13-10-2025 11:09 AM
entah la ehh.. i is segan tiap kali lalu post dia ni.. tapi tulah... ramai yg suka...... pandai kan... anak orang kaya lak tu.. comel katanya.. huuu.. dabel standed.
Quote lifeline 13-10-2025 11:22 AM
hmmm kengkadang mcm over
mak pak dia mmg jenis x kisah lgsung ke selagi anak tak terbogel atas tu?
kira separa bogel mak pak approve la ye?
asal tak berbogel je konsepnya ya?
Quote Cpkay 13-10-2025 11:22 AM
leona ni jenis berani .. apa je yang dia tak cuba. self esteem dia bagus.
Quote bbalik 13-10-2025 11:25 AM
tp shomell
Quote babelina 13-10-2025 11:26 AM
leona nie klau menari bersepah.. hahaha..
Quote ekselen 13-10-2025 11:31 AM
Edited by ekselen at 13-10-2025 11:33 AM
dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.


nampak murahan.. teringat citer mean girls nari2 lagu krismas tp bebdk 3 mean girls tu body kurus2.. leona body serupa hmmmm.. sorry leona.. u are better than this
Quote doubleA 13-10-2025 11:34 AM
dua_chzy replied at 13-10-2025 11:02 AM
Auntie2 ok ke if anak gelek2 atas pentas pakai gitu? Meols tak ok.

Iols pun tak ok. Kalau ni definisi berani bagi sesetengah orang pun not for me
Quote nutcrack8 13-10-2025 11:40 AM
Ade org kate die adorable

Quote dua_chzy 13-10-2025 11:41 AM
Incanto replied at 13-10-2025 03:07 AM
meols tak okay kalau auntie auntie bergelek camtu atas pentas ....tak kisah pakai apa

Kalau auntie tu mbah Inul ka mbah Ayu Tingting ka, meols pasrah.
Quote dua_chzy 13-10-2025 11:42 AM
doubleA replied at 13-10-2025 03:34 AM
Iols pun tak ok. Kalau ni definisi berani bagi sesetengah orang pun not for me

Yeap. Soooo not for me sebab meols zaman muda pun tidak berpeleseran di night klub or memana tempat maksiat.
Quote kalchi 13-10-2025 12:47 PM
Chempaka emalin ni nama je ongkaya beplajaran tapi anak nk buat sukati dia biar je. Leona ni dkt content dia pun dia bejoget murahan. Yg menyedihkan adelah ramai betul menyokong dan memuji dia seolah olah benda ni normal, atas alasan dia comel dan 'berhati baik'. Menari cheap and tunjuk tetek are accepted dlm budaya kita sebab org tu kaya, lawa dan besekolah tinggi. Haih, moga moga anak skrg tak terikut la benda mcmni
Quote cicicumel 13-10-2025 12:55 PM
Bagi aku dia ni langsung x cantik.maaf la pemuja nya ..

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046430 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top