CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada makhluk bertenggek di bahu Amad, berpaut di kaki – Netizen

14-10-2025 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6262| Komen: 111

 


Seorang netizen dalam media sosial mendakwa suaminya melihat ada makhluk yang bertenggek di bahu Amad sewaktu penyanyi cilik itu membuat persembahan di konsert Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) Ahad lalu.

Komen itu ditinggalkan netizen tersebut dalam hantaran yang dimuat naik ibu Amad iaitu Siti Sairah dalam Instagram.

“Suami saya hijab terbuka. Dia nampak masa Amad menyanyi ada makhluk bertenggek pada bahu Amad dan ada yang berpaut pada kaki Amad.

“Suara Amad tak serak dan tekak tak rosak. Tapi ada makhluk yang halang suara daripada keluar.

“Semoga orang yang hantar santau ini mendapat balasan. Kuatkan semangat Amad,” komen netizen yang menggunakan nama Nazurah Agus.

Komen tersebut telah dipinkan oleh Sairah dan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang lain.

Ramai netizen yang berasa seram membaca komen Nazurah dan mendoakan agar Amad dijauhi sebarang kejadian yang tidak diingini.


Terdahulu, Amad yang merupakan finalis terakhir TTMM yang membuat persembahan di konsert Grand Finale tiba-tiba mengerang kesakitan di bahagian bahu sebelum membuat persembahan.

Dia kemudian dibawa keluar oleh pengurus pentas sebelum kembali semula untuk membuat persembahan.

Bagaimanapun, dia tidak dapat membuat persembahan dengan baik kerana masih bergelut dengan kesakitan dan masalah suara sehingga akhirnya pengsan selepas tamat persembahan.

Di penghujung rancangan, Amad yang sebelum ini disebut-sebut sebagai bakal juara sekadar meraih tempat keenam. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 14-10-2025 05:08 PM

Quote bottompro 14-10-2025 05:12 PM
Melayu dan mistik berpisah tiada. Entah ahmad tu dah akil baligh malam sblm persembahan. Jin pulak disalahkan. Bengong
Quote CurangLagi 14-10-2025 05:17 PM
Mana komen ctdk tu..hihii
Quote Minami2013 14-10-2025 05:19 PM
Dahsyat betul...

Aishah retno pun sampai nk pengsan kata nya ala2 mistik jugak
Quote TravellingBear 14-10-2025 05:24 PM
Minami2013 replied at 14-10-2025 05:19 PM
Dahsyat betul...

Aishah retno pun sampai nk pengsan kata nya ala2 mistik jugak

Iya ke? Tak jugak tukar mekap jadi soft2... kot2 mekap tu antu2 igt kawan dia
Quote zuriey 14-10-2025 05:38 PM
Tok naz dah ckp kan tekak dia mmg problem
Quote bpbbppbp 14-10-2025 05:47 PM
Edited by bpbbppbp at 14-10-2025 06:13 PM

Moga cpt smbuh. Tpi mcm terlalu awal je nak kata santau. Maybe bkn sntau pun. Maybe dari tmpat tu. Hantu tu tengah boring, dia kacaulah. Biasa yg liar ni cepat sembuh.
Quote IzzahF 14-10-2025 06:08 PM
adess...makcik dia yg famous amous tu tak de plak kena ye dak?
Quote fadz84 14-10-2025 06:24 PM
Rancangan nyanyian terbitan astro x sah kalau xde khbar angin berkaitan bnda mistik..
Quote PULANGKAN 14-10-2025 06:39 PM
boleh tak iols nak suspek influenza?

demam, selsema, sakit urat, sakit badan

takpun variant covid
Quote LembingDayanti 14-10-2025 06:56 PM
syukur budak tu tak menang. minggu lepas bila dapat vokal terbaik kemain belagak dgn muka2 dia menganj haters dia hahahahaha!!
Quote stania83 14-10-2025 07:00 PM
Thalita pon influenza jangkit kot
Quote pasubungaa 14-10-2025 07:34 PM
Iolsss syak influenza. Sbb tngah high case sekrang ni.
Quote Minami2013 14-10-2025 07:39 PM
TravellingBear replied at 14-10-2025 09:24 AM
Iya ke? Tak jugak tukar mekap jadi soft2... kot2 mekap tu antu2 igt kawan dia



Moga sheols baca komen chuols dan insofffff
Quote antaradua 14-10-2025 07:42 PM
pasubungaa replied at 14-10-2025 07:34 PM
Iolsss syak influenza. Sbb tngah high case sekrang ni.

Raqymball Estrok cakap Dr dah check memang tiada masalah kesihatan
Quote MatDeghem 14-10-2025 07:47 PM
Ok ...sapa agak nya hantar ?
suspect utama...juara TTMM.
Suspect kedua...ina naim. Tak may anak duduk last position.
Suspect ketiga....Kawan sekolah Ahmad
Suspect ke empat....


Quote Alvida 14-10-2025 07:57 PM
bottompro replied at 14-10-2025 05:12 PM
Melayu dan mistik berpisah tiada. Entah ahmad tu dah akil baligh malam sblm persembahan. Jin pulak d ...

Nanti kena kat kau dan keluarga kau baru nk percaya kan ..biasanya perangai mcm ni bila dah kena baru tahu azabnya
Quote just_fighter 14-10-2025 07:58 PM
Siti Nurhaliza x Amad

[youtube]ebMkw19yJ2A?si=Hhh9swPz1r5Q6Qg0[/youtube]
Quote af_mania 14-10-2025 08:02 PM
Mcm biasa astroke lebih suka memilih drama mastika berbanding tukar lokasi.
Diorang tak kisah pun artis sakit ke apa.. asalkan rating mencanak naik.
Cth nya grand finale yg lps. Toknaz dah bg signal nk bg amaran kt amad jgn teruskan tapi drama kena diteruskan.
Kalau amad tak sakit masa grand finale, rasanya 100 org jah kot yg tgk ttmm ni.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047724 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top