CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahasiswa tahun pertama koma dipukul 4 senior ketika minggu orientasi

16-10-2025 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 976| Komen: 5

 


SEORANG pelajar tahun pertama koma akibat dipukul dalam satu insiden ketika minggu orientasi di sebuah universiti pada minggu lalu.

Mangsa berusia 23 tahun dari fakulti kejuruteraan dan seni bina dilaporkan dipukul oleh empat pelajar senior di dalam gudang di universiti tersebut pada 7 Oktober lepas.

Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Khom, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas jantungnya terhenti, namun berjaya diselamatkan oleh doktor. 

Walau bagaimanapun, anaknya kekal tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius di dada, lengan dan otak, serta cecair keluar daripada paru-paru.

Pihak universiti memaklumkan kepada keluarga bahawa mangsa mungkin dipukul dua kali pada hari kejadian kerana gagal membalas mesej dalam aplikasi Line.

Kejadian membabitkan mangsa itu berlaku di Universiti Teknologi Rajamangala Tawan-ok (RMUTTO) di Bangkok, Thailand.


Polis Metropolitan Bangkok mengesahakn empat pelajar terbabit telah ditahan, dengan seorang daripadanya mengaku menendang kepala mangsa. -Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-10-2025 07:12 PM
terkejut..ingatkan kat Malaysia
Quote Tinot7 16-10-2025 07:34 PM
Ganaihnya org telen
Quote PULANGKAN 16-10-2025 10:34 PM
takziah, kus semangat.. terkejut terkejut dengan berita budak zaman sekarang

baca tajuk, benda pertama iols teringat, aduh kesian acik lina kena press conference lagi. pm kena bagi elaun panadol
Quote slyfynx 17-10-2025 06:35 AM
Pompuan jadian malu-maluin x nak buat list kes kat Thailand pulak ke?
Pastu leh taip bahasa indo.
Bersungguh sgt nk jadi pompuan
Quote Decaffeinated 17-10-2025 05:26 PM
Wartawan pun cam kimak tulis berita. Dah hujung baru sebut nama universiti.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057086 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top