CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amylea buang foto perkahwinan, humban arca tangan bersama bekas suami dalam tong sampah

16-10-2025 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2853| Komen: 12

 

 
SELEPAS mengumumkan berita perceraian, penyanyi Amylea Azizan bertindak memadam semua foto serta kenangan bersama bekas suami, Mohammad Aqbar.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Amylea, 39, dilihat memadam gambar-gambar perkahwinannya sebagai simbolik untuk memulakan fasa baharu dalam hidup.

"New beginnings (kehidupan baharu)," tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut.

Lebih mencuri perhatian, Amylea turut memilih lagu Thank U, Next nyanyian Ariana Grande sebagai muzik latar yang menggambarkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

  


Malah, penyanyi berkenaan juga dilihat membuang arca ukiran genggaman tangan yang dipercayai milik mereka berdua. 

Pada ukiran arca tersebut tertera tulisan nama 'Amy X Ash' (bekas suami) yang dilihat dibuang terus ke dalam tong sampah dipercayai dibuat untuk menutup kisah lama. 

Amylea sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya telah berpisah, namun tidak berkongsi tarikh sebenar perceraian.

Dalam kenyataan pada 12 Oktober lalu, penyanyi berkenaan hanya memaklumkan tempoh idahnya telah berakhir.

Untuk rekod Pada 27 November 2023, Amylea sah bergelar isteri kepada Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash namun merahsiakan tarikh sebenar pernikahannya. 

Pasangan ini menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan anggota bomba di Singapura.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-10-2025 07:13 PM
Klu suami hadiahkan emas or kereta or banglo, buang tak semua tu?
Quote Akalditipumata 16-10-2025 08:24 PM
Perawankota: Klu suami hadiahkan emas or ke ...


Pulang balik x[em:4:]
Quote sleepandream 16-10-2025 10:33 PM
ni cerai sebab apa pulek? kelas belakang vs kelas depan jugak ke? #tanyaje
Quote kerani_je 17-10-2025 12:32 AM
sleepandream: ni cerai sebab apa pulek? kela ...


Nampk busuk n kepam dua2 laki binik ni
Quote Itzy 17-10-2025 06:37 AM
Perawankota: Klu suami hadiahkan emas or ke ...


Mesti la tak buang hahaha perempuan kan? Hahahaha
Quote Itzy 17-10-2025 06:39 AM
kerani_je replied at 17-10-2025 12:32 AM
Nampk busuk n kepam dua2 laki binik ni

Suami dia ada kecoh cam bini dia tak? Kalau takde bising, bini dia je la yg busuk dan kepam. Kahwin senyap2, bila bercerai kecoh riuh dalam ig hahahah. Dunia oh dunia???????????????? wanita islam makin hilang islamnya.
Quote KamikuP 17-10-2025 08:22 AM
Sorang duduk pulau singapura, sorang duduk pulau langkawi.. mana maunyer... ekekeke
Quote sue_liah 17-10-2025 04:12 PM
x bahagia mulakan la hidup baru
duduk dlm perkahwinan toksik x guna juga
byk je kat thread isteri2 muda ni dicerai mahu bercerai
sbb kebanyakan lelaki x guna di buat suami
Quote heythere123 19-10-2025 05:32 AM
baru haritu meols puji sheols ingatkan sejenis low profile. Apo meroyan jua.

hmm tarik balik la puji haritu
Quote ashilalat 19-10-2025 07:02 AM
heythere123 replied at 19-10-2025 05:32 AM
baru haritu meols puji sheols ingatkan sejenis low profile. Apo meroyan jua.

hmm tarik balik la pu ...


Low profile? Bukan dari zaman AF ke dia ni mmg kaki meroyan? Baru2 ni kan ada meroyan lagi pasal kata karya x dihargai. Konon nak undur diri. Banyak la dia ni meroyan.

By the way, dlu dia bercinta dgn farouk roman kan? Boleh get back ke? Ke farouk dah kawen lepas frust aritu?
Quote awexgaban7 19-10-2025 10:50 AM
ashilalat replied at 19-10-2025 07:02 AM
Low profile? Bukan dari zaman AF ke dia ni mmg kaki meroyan? Baru2 ni kan ada meroyan lagi pasal k ...

Rada Farouk mcm dah ada gf baru… ataupon someone special…
Quote heythere123 19-10-2025 05:42 PM
ashilalat replied at 19-10-2025 07:02 AM
Low profile? Bukan dari zaman AF ke dia ni mmg kaki meroyan? Baru2 ni kan ada meroyan lagi pasal k ...

bukan, ingatkan low profile tang kawen je kaka sheols kawen haritu pon kemain sorok kan

tapi nak buat camane memang dia takleh menahan diri dari meroyan. Segenap aspek gamaknye sheols akan meroyan

meols tak pasti pulak pasal love life sheols

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.044921 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top