CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis hilang ditemui mati dalam kereta kawasan parkir ‘mall’

31-10-2025 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1955| Komen: 9

 


KUCHING – Misteri kehilangan seorang perempuan di Tabuan Jaya pada Sabtu lalu terjawab apabila ditemui meninggal di dalam keretanya yang diparkir di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa berusia 24 tahun itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.55 petang semalam.

“Si mati dijumpai dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS). “Si mati merupakan orang yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat, siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082 332522 atau tampil di balai polis berhampiran.  



Sumber:– KOSMO! ONLINE 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 31-10-2025 09:43 AM
Mati terhidu gas ke
Quote BoongaKertas 31-10-2025 09:50 AM
innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote PULANGKAN 31-10-2025 10:17 AM
mungkin penat balik kerja, terlelap bila duduk. tapi tak buka tingkap, akhirnya keracunan carbon
Quote pengecatbintang 31-10-2025 10:26 AM
ramai la ni mati akibat sesak nafas
Quote BungaKencana 31-10-2025 10:32 AM
BoongaKertas replied at 31-10-2025 09:50 AM
innalillahiwainnailaihirojiun...

non muslim kaka..
Quote BoongaKertas 31-10-2025 10:40 AM

oh alamak. RIP mcm tu...
Quote gigahertz 1-11-2025 01:53 AM
BungaKencana: non muslim kaka..

pakai skirt muda lagi. keje salesgirl
Quote B40tastePosh 1-11-2025 03:30 AM
Jarang berita Negara Sarawak masuk dalam ni.
Quote Pumpkinhead 3-11-2025 01:45 PM
Allahu! Kesiannya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039437 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top