|
KUALA LUMPUR – Proton hari ini melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, iaitu Proton e.MAS 5 pada harga dari RM56,800 bagi varian Prime, termasuk rebat pelancaran istimewa RM3,000 untuk tempoh terhad, sehingga 31 Disember 2025. Tanpa rebat tersebut, harga atas jalan tanpa insurans EV segmen-B itu ialah RM59,800 bagi varian Prime, manakala varian Premium berharga RM72,800 di Semenanjung. Dengan keluasan yang setanding dengan kenderaan dalam segmen-C, EV mampu milik pertama Malaysia itu memiliki jarak pemanduan WLTP sehingga 325 kilometer (km), menjadikannya sesuai untuk perjalanan dan urusan seharian, selain percutian hujung minggu. Dikuasakan oleh motor 85 kilowatt di bahagian belakang yang menghasilkan tork 150Nm, Proton e.MAS 5 mampu memecut dengan lancar daripada kedudukan pegun kepada kelajuan 50 km sejam dalam hanya 3.9 saat.
Aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan 12 fungsi bantuan pemanduan termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning dan Blind Spot Detection. Struktur badan pula diperkukuh dengan Star Armor Cage Structure, manakala bateri CATL LFP menawarkan sistem perlindungan berlapis 3+2 bagi memastikan keselamatan terma, ketahanan jangka panjang serta ketenangan minda kepada pemandu. Pelanggan turut menikmati waranti kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan serta waranti bateri dan komponen voltan tinggi selama lapan tahun atau 160,000 km. Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, pelancaran Proton e.MAS 5 menandakan satu lagi detik membanggakan dalam usaha syarikat menerajui peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik. “Menerusi jenama Proton e.MAS, kami membawa teknologi hijau agar dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia dengan menggabungkan inovasi canggih, keselamatan yang boleh dipercayai dan mampu milik untuk menjadikan pemilikan EV sesuatu yang mampu dicapai oleh semua, bukan hanya segelintir sahaja,” katanya. Sumber:– KOSMO! ONLINE |
shida81 replied at 31-10-2025 10:17 AM
EV car ni sesuai ke utk long journey.. Ari2 150km..

Samerosie replied at 31-10-2025 01:55 AM
Rasa cam nak beli sbb cute lak, novelty tapi malas nak simpan keta banyak2 nanti weols kena extend p ...


BungaKencana replied at 31-10-2025 02:48 AM
hr tu ada pengguna EV mnta parking i sbb parking EV yg kosong tu kabelnya tak smpai dkt port kete di ...

Kitty_catz replied at 31-10-2025 02:34 PM
kut port belah depan, dia park la masuk kepala dulu
kut port kat bontot, masuk bontot dulu

BungaKencana replied at 31-10-2025 06:38 AM
tak blh juga u.. kabel yg searah dgn port dia ada BYD sedan guna & kabel yg lg satu tu kosong tp p ...
Kitty_catz replied at 31-10-2025 02:42 PM
ohhh BYD kaaa... hmm takde experience le BYD ni
sje melorat sbb takde kete EVA-Are replied at 31-10-2025 06:40 AM
kerita ev ni kalau nak beli sesuai as second car...jalan jauh pakai je kerete biasa senang nak isi m ...
ADVERTISEMENT