CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia-AS perkukuh pertahanan, tandatangan perjanjian rasmi pertama

31-10-2025 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 805| Komen: 5

 


KUALA LUMPUR – Hubungan pertahanan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah baharu apabila kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan rasmi buat julung kali bagi memperkukuh keselamatan serantau serta meningkatkan keupayaan ketenteraan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perjanjian itu menandakan satu langkah besar selepas hubungan antara Malaysia dan AS selama ini hanya berasaskan bentuk kerjasama tidak rasmi.

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai rangka kerja kerjasama yang formal, namun kita banyak menjalankan latihan bersama, pertukaran pegawai dan menerima sokongan daripada Amerika Syarikat di bawah pelbagai program peningkatan keupayaan pertahanan sebelum ini.

“Dengan adanya perjanjian rasmi ini, segala bentuk kerjasama dapat disusun dengan lebih teratur, terselaras dan menepati keperluan serta kepentingan pertahanan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 dan ADMM-Plus Ke-12 di sini, hari ini.


Menurut Mohamed Khaled, perbincangan dengan Hegseth turut menumpukan kepada isu keselamatan dua hala dan cabaran di Laut China Selatan yang kekal menjadi antara kawasan strategik serta sensitif di rantau ini.

“Kita turut menekankan kepentingan memastikan kawasan ini kekal selamat, stabil dan bebas bagi laluan perairan antarabangsa. Ini merupakan antara perkara utama yang dibincangkan dalam platform ADMM-Plus,” katanya.

Beliau juga menyifatkan diplomasi pertahanan sebagai sesuatu yang sangat penting.

“Melaluinya, negara lain boleh membantu jika berlaku sebarang situasi tidak diingini, di samping menyumbang kepada peningkatan keupayaan pertahanan kita.

“Semakin berkesan diplomasi kita, semakin tinggi keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia berdepan cabaran keselamatan,” ujarnya.

Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa perjanjian pertahanan dengan AS ini mencerminkan kejayaan diplomasi pertahanan Malaysia yang berjaya mengekalkan hubungan baik bukan sahaja dengan Washington, tetapi juga bersama Beijing. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 31-10-2025 10:12 AM
laju pulak as buat kerja kalini. desperation?

biasanya kita juggle 3 negara ni, us-china-arab. bertahun main tarik tali
Quote Mahathirina 31-10-2025 06:15 PM
Jangan mintak buat ujian nuklear kat laut kita sudah..
Quote L.U.S.M 1-11-2025 11:18 AM
https://vt.tiktok.com/ZSy6FoUFn/

Dh kena gelak dgn negara luar...jilat p4ntat trump..menang sorak kg tergadai hahahaa
Quote Dwdrum 4-11-2025 05:32 AM
Intel tentang SCS pun dari US..
Quote Firenzza 4-11-2025 06:36 AM
Knp tgok menlu kita tu mcm xde ketokohan?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038867 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top